Sabtu, 18 Februari 2012

Bicara DEBAT Soi Lek dan Guan Eng.







Saya tidak menyalahkan kenyataan mereka,
Mereka hanya dgn kefahaman yg mereka faham utk menilainya.
Kerana mereka tidak pun faham tentang hukum2 yg terkandung dalam kitab Al-Quran.

Kenyataan Soi Lek, saya anggap lebih tepat & benar, kerana mungkin beliau lebih faham dari Guan Eng dan org pas bahawa HUKUM KETETAPAN YG TERKANDUNG DALAM KITAB AL-QURAN ADALAH HUKUM YG TEPAT & BENAR SEPANJANG ZAMAN BAGI SELURUH UMAT MANUSIA.
Bertepatan dgn firman Allah dalam Surah ke-25. Al-Furqan ayat pertama.
Bermaksud:
"Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam."

Sedangkan ramai tokoh2 juga kalangan2 sahabat hanya ingin menegakkan hukum dgn menghukum umat islam sahaja. Dgn ini, secara langsung, org bukan islam semakin takut dan menentang islam kerana SEOLAH-2 ISLAM ADALAH AGAMA YG MENGHUKUM.

Walhal pada asasnya.
Agama ISLAM yg kita kita anuti adalah utk kita mengamalkan dan dijadikan sebagai amalan dgn mengamalkannya bagi kejayaan & kebaikan bersama dunia dan akhirat.

Tetapi.
Lebih ramai antara kita yg lantang berkata memperjuangkan hukum,
Dgn angkuh terus menjatuhkan hukum.
Tapi dgn sendiri sengaja melanggar hukum2 larangan2 yg terkandung dalam kitab panduan Al-Quran.
Di awal Surah ke31. Lukman bermaksud:
[1]
Alif, Laam, Miim.
[2]
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
[3]
Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik
[4]
Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.
[5]
Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.






Saya tahu, Saya ni jahil. 
Kerana, Ilmu Allah amat luas.
Masih banyak yg kita perlu pelajari.
Jika kenyataan saya ini tidak bertepatan, silalah beri teguran.

Allah juga menyuruh kita berkata yg benar utk kebaikan bersama.
Dalam 4 ayat terakhir dari surah ke-33.Al Ahzab ayat 70-73 bermaksud:
[70]
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara),
[71]
Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
[72]
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
[73]
(Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik, dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik; dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Suatu masa,
Insya'Allah.
Mereka akan dibukakan pintu hati utk menerima baik islam sekiranya kita menampilkan dan memperkatakan tentang kebenaran dan kebaikan islam dijadikan amalan.
Dalam ayat terawal surah ke-15. Al-Hijr ayat 1-3 bermaksud:
[1]
Alif, Laam, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan.
[2]
Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam.
[3]
Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka).


Sekian,
Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum.wmt.wbkt.

Kang Nasir(19022012)




Selasa, 7 Februari 2012


PANAZZSSSssss.



Yang mana lebih panas sebenarnya?
Adakah babak sahaja yg panas?
Tidakkah terfikir gelora hati anak2 remaja juga panazzss??
Tidakkah merasakan sumber yg diperolehi juga panas(tidak berkat)?
Atau hanya kerana kepanasan inilah yg memperoleh keuntungan yg lumayan maka persetan semua perkara biar lantak jadi setan?


Usahkan ADEGAN panas,
Sedangkan mendedahkan AURAT itu sudah cukup utk dikatakan hukumnya HARAM, 
Firman Allah dalam surah An-Nur ayat ke 31 bermaksud.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."





Inikan lagi adegan yg panas!!
Apatah lagi adegan yg memberahikan, yg mendorong nafsu lebih bergelora. Tidak kira yg tua, yg muda, yg telah berumah tangga mahupun yg duda/janda, apatah lagi yg muda remaja. 
Kita semua leka seterunya lalai hanya sekadar menuruti bisikan syaitan.

"Dan syaitan pun menampakkan sesuatu yang bagus bagi apa yang telah mereka kerjakan 
lalu menghalangi mereka dari jalan Allah , sehingga mereka tidak mendapat pertunjuk".
(Al Naml : ayat 24)



Sedangkan, 
Allah telah pun beri amaran khususnya pada kita kaum lelaki supaya tidak terpengaruh mahupun tergoda dgn tidak langsung mempedulikan tentang larangan agar menjaga mata supaya tidak melihat yg diharamkan.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
(An-Nur : ayat 30)



Walhal.
Adegan2 sebegini tidak pun mendapat menfaat apa2 selain DOSA. Jadi, kenapa kita perlu berbangga dgn melakukan DOSA? Apatah lagi adegan sebegini seolah2 menyuruh, menghasut supaya org lain melayan gelora nafsu yg memuncak. Sedangkan iblis tidak perlu bersusah payah memujuk rayu utk kita melakukan dosa2 keterlanjuran itu.
Akhirnya iblis syaitan pun berkata.

"Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya."
(Surah Ibrahim - ayat 22)

"Dan demi jiwa dan penciptaannya yang sempurna, maka Allah mengilhamkan (menunjukkan) jalan kejahatan (mengikut hawa nafsu) dan jalan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan rugilah orang yang mengotorinya."
(As-Syams ayat 7-10)


Oleh yg demikian,
Adakah kita rasakan hasil perolehan dari adegan2 ini adalah dari sumber yg suci & bersih?



Daripada Anas r.a daripada Rasulullah s.a.w sabdanya, 
Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya . maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya. 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
Usaha yang halal adalah suatu yang fardhu selepas fardhu-fardhu yang lain.
(Riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqi).


Wabillahi taufiq walhidayah,
Wassalamualaikum wrh. wbrk.











Sabtu, 4 Februari 2012


Menjolok sarang tebuan pada Maulidur Rasul.

Pautan asal dari Face Book.


Bukan niat menjolok sarang tebuan.
Tetapi sekadar merobek sarang lebah tualang,
Semoga madunya kita dapat berkongsikan bersama,
Mudah2an mendapat menfaat darinya.

Saya musykil, 
Mungkin juga ramai saudara2 ku yg lain juga sengaja dikelirukan.
Ramai yg berkata menyambut Maulidur Rasul adalah bida'ah.
BIDA'AHkah kita menyanjung tinggi, memuliakan, mencintai junjungan besar Rasulullah s.a.w?
Sedang setiap detik waktu kita BERSELAWAT kpdnya.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. 
Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda. 

Salam Maulidul Rasul.
Buat semua.


إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا 
(٥٦) سُوۡرَةُ الاٴحزَاب)) 
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
(surah Al-ahzab : ayat 56) 

Hadis Riwayat Ibn Mas'ud r.a
Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku."

Dalam Pautan ini seorang ilmuan menjelaskan tentang kerasulan Nabi s.a.w. sedangkan beliau sendiri tidak memahami sirah nabi.

Seterusnya Pautan ini beliau berkata menyambut Hari Kelahiran Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. semata-mata utk bertanding dan meniru golongan Kristian

Manakala pautan ini Ilmuan muda menjelas hukum bidaah.


Dgn ini.
Saya berharap agar
dapat menghuraikannya demi utk kebaikan ummah.


Sabtu, 7 Januari 2012

Anjing 901 yg liar.



Anjing liar 901 tu jinak.

Kawan2 ku berkata,
Anjing2 liar tu jinak,
Mereka mengiaw bukannya menyalak.

Mengiaw sekadar ingin bermesra bermanja,
Supaya diberi perhatian oleh semua,
Sekadar menuntut hak kebebasan yg sebenarnya,

Aku ni agak khairan jugak,
Anjing liar nak bebas macamana pulak,
Dah habitatnya liar nak liar yg macamana dia nak?

Atau mungkin juga nak bebas seperti biawak,
Diair makan bangkai sambil merangkak,
Didarat lidah bercabang sambil berak.

Atau seperti bebasnya burung gagak.
Didarat cari bangkai sambil menguak,
Diudara ketawa sambil berak.

Kawan ku2 tetap berkata.
Pelacur yg beri minum anjing liar yg dahaga,
Allah menentukan nasibnya disyurga.
Bagi ku, Itu semua ketentuan Allah sebenarnya,
Syurga neraka bukannya kita yg tentukannya.

Hairan!!!
Kawan2 ku tetap bertegas dgn pendirian.
Anjing liar tu sekadar ingin perhatian.
Bagi ku, perhatian bagaimana lagi yg mereka inginkan.
Sedangkan bertindak ikut perasaan itu didorong oleh syaitan.

Kawan2 ku semua!!!
Fikirkanlah dgn sebaik2nya,
Adakah anjing liar itu memperjuangkan agama?
Apatah lagi utk bangsa & negara.

Sudah habitat asalnya anjing,
Mereka tidak akan mengiaw,
Walau jinak tetap menyalak.

@Kang Nasir(07012012)







Kenapa perlu bangga dgn kebodohan

Kenapa perlu bangga dgn kebodohan





Ilmu utk kebaikan mu.
Adik2 Anak2 bangsa ku semua.
Usahlah mengikut2 mereka yg bangga menunjuk2 kehebatan.

Masa saya kanak2 dulu.
Seorang tua(kakek) berpesan.
Org bijak akan menggunakan ilmunya utk bertindak.
Tetapi.
Org yg bangga dgn kebodohan ialah org yg menunjukankan kehebatan dalam kemarahan hanya kerana menurut bisikan syaitan.

"Dan syaitan pun menampakkan sesuatu yang bagus bagi apa yang telah mereka kerjakan 
lalu menghalangi mereka dari jalan Allah , sehingga mereka tidak mendapat pertunjuk".
(Al Naml : ayat 24)

Emak bapak hantar belajar,
bukan suruh supaya belajar kurang ajar.
Emak bapak hantar sekolah tinggi-tinggi,
bukan disuruh supaya angkuh meninggi diri.
Pergunakanlah ilmu utk dimenfaatkan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali.
(Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi).


Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah bersabda: 
Sesungguhnya kebaikan yang akan mengiringi seorang mukmin setelah ia meninggal adalah ilmu yang ia ajarkan dan sebarkan, anak soleh yang ia tinggalkan dan Al Quran yang ia wariskan, atau masjid yang ia dirikan, atau rumah yang ia bangunkan untuk ibnu sabil, atau sungai yang ia alirkan (untuk orang lain), atau sedekah yang ia keluarkan dari harta miliknya dimasa sihat dan masa hidupnya, semuanya akan mengiringinya setelah meninggal dunia. 
(HR Ibnu Majah - 238) 


Kang Nasir (03012012)


Rabu, 14 Disember 2011



Politik oh politik






Hanya kerana bantuan kecil
Walau tidak mencukupi,
Sekurang2nya meringankan.

Ada juga yg menganggp ianya HARAM hanya sekadar terasa menggugat kepentingan.


Dalam pautan FB
saya cuba mengupas.

Berterima kasih pilih kasih.

Kata2 seorang kenalan 1990 dahulu.
Utk berlaku adil pada semua itu mudah,
Tetapi..
Utk memuaskan hati semua itu yg payah.

Berterima kasih tidak perlu pilih kasih,
Bersyukur tidak perlu melaungkan dgn takbur.
Rheda apa yg ada itu bermakna kita sudah mensyukuri nikmat kurniaan-NYA.

" Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kepayahan, tetapi Ia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. "
(surah al-Maidah : ayat 6)

"Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?"
(Surah Al-Fathir : ayat 3)


Adakalanya,
Ada antara kita mempersoalkan rezki mereka,
Ada antara kita tidak senang hati org lain disenangi.
Ada antara kita sakit hati org lain bermurah hati.

"Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia juga menyempitkannya. Orang yang ingkar itu bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal, berbanding dengan kesenangan hari akhirat."
(Surah Al-Ra'd : ayat 26).

"Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
(Surah An-Nissa : ayat 32)


"Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka.Dan sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia"
(Surah Al Isra : ayat 53)


Kerana kepentingan diri,
Kerana kepentingan perjuangan,
Perkara yg baik akan jadi buruk.
sedangkan yg buruk itu terbit dari dalam hati yg mati.


"Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata."
(Az Zumar : ayat 22)


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.
(Bukhari dan Muslim)


Kang Nasir(15122011)









Khamis, 9 Jun 2011

Politik oh politik - KATA NAFSU

 Kata Nafsu (Politik oh politik)
http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/253474_232047053475967_100000120210900_1050700_2442339_n.jpgKata Nafsu - Politik oh politik


Nafsu.(Politik)

Nafsu.
Yg menurut kepuasan,
Yg inginkan kesenangan,
Yg mengaut keselesaan,
Yg menuntut kekepentingan & kedudukan,
Yg rakus telah mudah agar dipermudahkan.

Nafsu.
Mengapa perlu diutamakan.
Sekadar menurut kepuasan,
Sedangkan dengan sengaja menyusahkan lain insan.
Sekadar ingin keselesaan,
Sedangkan insan lain terpaksa terseksa teraniaya,
Sekadar menuntut kedudukan,
Hingga sanggup menggadai maruah agama bangsa demi kepentingan.
sekadar mencari yg mudah,
Sedangkan membuat insan lain susah payah beralah.
Mengapa perlu menurut nafsu?




Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Yusof - ayat 53)

"Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."
(Surah Ali Imran - ayat 135)

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
(Surah Ibrahim - ayat 22)

Isnin, 2 Mei 2011

POLITIK OH POLITIK

POLITIK OH POLITIK

Assalammualaikum.w.w kepada sahabat-sahabat yang di rahmati ALLAH SWT sekalian.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat-sahabat Baginda.








Untuk bercerita soal hukum, saya bukanlah org yg layak utk menyatakannya. Apatah lagi menghukum. Kerana apa yg saya tulis ini, saya ingin mengajak saudara-saudara semua berfikir demi kebaikan bersama. Bukan kepentingan ketika didunia.

Dalam kemelut politik,

Yg menampilkan perbalahan antaraBANGSA melayu.
Kini wabak merebak hingga dalam kalangan para ilmuan, alim ulama seolah2 masing2 benar walaupun memang benar tetapi tidak mendatangkan kebaikan utk agama, bangsa & agama.

Kerana kuasa ada yg terlupa YG MAHA BERKUASA.



Segalanya adalah berpunca dari MASING2 MEMPERJUANGKAN soal KEPENTINGAN lebih diutamakan. Sewajarnya, kita semua adalah bersaudara, sepatutnya kita perlu membicarakan KEBENARAN UTK KEBAIKAN SEMUA, TAPI MALANGNYA, APA YG KITA LIHAT FENOMENA SKRG, MASING2 MEMPERKATAKAN UTK KEPENTINGAN SEMATA. Sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 10:
Firman Allah swt," Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat".

Siapa orang mukmin yg dimaksudkan itu?

Paling menyedihkan. Antara para ulama sendiri saling mempertikaikan kenyataan antara satu dgn yg lain tanpa meneliti dalil & nas yg dinyatakan oleh kalangan yg dipertikaikannya.
Antaranya Kalimah Allah, Org kafir berdakwah utk kepentingan kepartian membaca & menterjemah ayat suci Al-Quran dll.
Pautan2 sebagai rujukan.
Bila Kor ming - baca quran
Pandangan Ustaz azhar- kafir baca quran
(Pautan)
Pandangan Tuan Guru Nik Aziz
(Pautan)
Pandangan TS Hurussani
(Pautan)

Sedangkan Allah berfirman,
 "Wahai orang-orang yang beriman,
 janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.
Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?"
(An-Nissa : 144)


Setelah perbalahan demi perbalahan terjadi, caci maki sesama sendiri berlaku. Hampir satu tahun barulah majlis fatwa mengistiharkan larangan ini.
Muzakarah juga menasihatkan semua pihak supaya berhati-hati agar tidak menyalahgunakan ayat-ayat suci al-Quran demi meraih sokongan atau mendapatkan sesuatu kepentingan.”
Pautan majlis fatwa


Sabtu, 16 April 2011

HIBURAN TERANCANG YG TERLAMPAU. (3)

HIBURAN TERANCANG YG TERLAMPAU. (3)

Gembira yg menggembirakan,
Bukanlah kerana hiburan yg menghiburkan.
Ianya dari kedamaian, ketenangan yg menyenangkan,
Timbulnya Bahagia yg membahagiakan.
Sentiasa dan selamanya.


Saya berminat pada satu artikel dalam Harian metro,
Jumaat 15hb.Apr2011

Hiburan barat saji adegan ganas (sila klik utk kepautan)

Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my
Antara perkongsiannya.
Jelas sekarang kita sedang berdepan budaya berhibur luar biasa yang boleh menggugat kedudukan umat Islam. Jika dibuat perbandingan, program televisyen berbentuk keagamaan atau pendidikan masih terlalu kecil peratusannya berbanding program hiburan. 

Selain itu.
Sekiranya diamati, hiburan melampau datangnya daripada pengaruh golongan kafir yang jauh dari tuhan. Maka mereka mencari jalan untuk menggembirakan diri dengan hiburan.
Semua itu agenda Yahudi bagi merosakkan akhlak umat Islam. Paling ditakuti, jika matlamat mereka itu tidak disekat maka ia pasti mengakibatkan akidah umat Islam terjejas teruk.
Memang tidak dapat disang�kal, isu keruntuhan moral dalam masyarakat kita seperti seks bebas, pembuangan dan pembunuhan bayi luar nikah adalah berpunca daripada hiburan yang tidak terkawal.
Bagi remaja yang bermasalah seperti itu, mereka pasti ‘tempang’ dari segala sudut termasuk pendidikan, akhlak, hubungan dengan masyarakat sekeliling, malah hubungan mereka dengan ibu bapa sendiri juga bermasalah.
Mana mungkin mereka berupaya menjadi teladan kepada adik-beradik lain jika mereka terjebak dengan masalah sosial. Tentu sekali luluh sama sekali perasaan ibu bapa jika mendapati anak gagal dalam kehidupan mereka.
Bolehlah dirumuskan, jika hiburan diangkat ke tahap melampau pasti ia membawa kesan buruk kepada pembentukan keluarga, masyarakat dan negara.

Sebelum ini 
Saya juga pernah beberapa kali membincangkannya dalam FaceBook.
Antaranya 
5 - Malah posting dalam terdahulu dalam blog Muzik dalam hidupku.

Perkongsian ini sekadar mengingatkan.
Kerana, utk bercerita soal hukum,
Saya bukanlah org yg layak utk menyatakannya.
Sebagai bersaudara, maka menjadi satu kewajiban kita utk saling mengingatkan,
sebagaimana Rasullullah S.A.W bersabda dalam hadis yg bermaksud.
"Barangsiapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubah dgn tangan jika tidak boleh maka dengan  lisannya, jika tidak boleh juga maka dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman.”




Pada malam  9.25pm 03hb.Apr.2011.
Hampir kesemua remaja2 melayu@islam,
malah adakalanya kanak2 juga ibu dan bapa menyaksikan siaran langsung diTV3. 
Dimana acara kemuncak bagi Anugerah kpd artis2.
Iaitu menganugerahkan jasa mereka yg secara langsung bagi membudayakan hiburan terancang yg terlampau.
Salah satu perkongsian Maksiat dalam Malam Anugerah
Kesimpulan yang dapat diambil adalah majlis tersebut sepatutnya mengawal semua artis-artis supaya berpakian menutup aurat. Bagaimana majlis tersebut dapat memperolehi keberkatan dan mengikut cara Islam. Malangnya kebanyakkan yang terlibat itu adalah dari umat Islam, mereka tidak menghiraukan perintah Allah dan inilah yang dinamakan sebagai orang yang sesat dan rugi.

Pada artikel terdahulu dalam Akhbar sama Metro Minggu.
Dengan bangga artis menyatakan.
Gelaran seksi dari peminat itu adalah satu anugerah dari peminat.
Berkemungkinan peminat memerli atau menegur, tetapi sebaliknya mereka bertambah bangga dengan kejahilan mereka. Klik utk kepautan Bangga membanggakan keaiban.
Ada yg berbangga,
dengan fesyen menjolok mata,
hanya sekadar berbangga,
mata lelucky tertumpu kepadanya,
tanpa sedar, mereka berbangga,
memperlihatkan keaiban@kemaluan@perhiasan dirinya.

Mengapa perlu berbangga,
dengan kejahilan semata.


Malah.. satu artikel sebelum itu,
Seorang artis berpendapat.
Jangan diukur @ pandang pada pakaian.
Orang seksi kadang lebih baik dari mereka yg bertudung.

Bagi pandangan saya.
Bagaimana caranya menjaga isi buah dipokok agar berkeadaan baik sebelum dituai.
Anggap isi itu hati@iman kita.
Kulit itu diri kita.
Adakah dengan membiarkan kulit terdedah isi buah akan sentiasa baik.

Lainlah buah itu sememangnya yg tidak berharga.
Lalat habitatnya ditempat kotor.
Walau daging/buah yg segar sekalipun, andai lalat menghurung mustahil daging/buah tidak rosak berulat.

Utk menjaga isi agar sentiasa segar & baik.
Bermula dari dengan menjaga kulit, menutup dengan sempurna.
barulah isi sentiasa berkeadaan baik segar seadanya sebelum dituai.
Insya'Allah, segar hingga ke akhirat.

Oleh itu..
Gembira yg menggembirakan,
Bukanlah kerana hiburan yg menghiburkan.
Ianya dari kedamaian, ketenangan yg menyenangkan,
Timbulnya Bahagia yg membahagiakan.
Sentiasa dan selamanya.








Ahad, 27 Mac 2011

KangNasir: Cerita berita sengketa.



KangNasir: Cerita berita sengketa.



Dalam Cerita berita Khabar diAkhbar(link Facebook)

Khabar akhbar.

Dalam Akhbar ada khabar,
Khabar tentang berita.
Berita utk cerita,
Cerita dalam cereka,
Cereka gurau senda.

Pada cerita berita ada sengketa.
Dalam satu ada semua.
Kerana semua dari satu punca.
Pembawa cerita berita sengketa.
Berkongsi suka duka,
Menghimpun dosa pahala.
Menghasut adu domba.

Kerana dalam cerita tentang berita
ada berita cerita utk sengketa.
Kerana dalam khabar di akhbar.
tidak semua ambil iktibar.


“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah oleh kalian kebanyakan dari persangkaan (zhan) karena sesungguhnya sebagian dari persangkaan itu merupakan dosa.”
(Surah Al-Hujurat: 12)

Sabda Rasulullah S.A.W daripada Abu Hurairah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badanmu, rupamu, tetapi langsung melihat kepada hati dan perbuatanmu.”
(Hadis riwayat Muslim)




Firman Allah dalam Surah An Nur : 15
“Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah ...itu soal besar.”



Adalah lebih baik kita hindarkan diri dari menghasut.
Kerana Allah telah pun menciptakan makhluk sedemikian dari api utk menghasut.


Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhn...ya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Araf : 200)
 

Jumaat, 4 Mac 2011

Janji IBLIS

JANJI


Sendirian begini.
tenang damai sekali,
Fikiran lapang,
Jiwa tenang,
Menyendiri begini.
Fikiran melayang2,
Terbit anganan,
tergambar keindahan,
terbayang keasyikan.
tercipta impian.

Hati melonjak seribu harapan.
Jiwa meronta menagih impian.
Perasaan membara menjamah keinginan.

يعدهمْ و يمنيهمْ وما يعدهمُ الشيطانُ الاغروراً اوالك مأويهم جهنمَ ولأ يجدونَ عنها محيصاً
syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. Mereka itu tempatnya jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat lari daripadanya .
(Surah An Nisa ayat :120 dan 121)



Dalam mencipta seribu impian.
Dalam keasyikan memburu harapan.
Dalam semangat membara mengejar kepuasan.
Sekadar mencapai hasil kemegahan.
Sekadar munurut akur dengan bisikan.
Kepada yg ESA jgn lupakan.

وزين لهم الشيطانُ اعمالهم فصدهمْ عنْ سبيلِ اللهِ فهمْ لآ يهتدونَ
Dan syaitan pun menampakkan sesuatu yang bagus bagi apa yang telah mereka kerjakan lalu menghalangi mereka dari jalan Allah , sehingga mereka tidak mendapat pertunjuk.
(Surah Al Naml :24)
ومنْ يتبعْ خطواتِ الشيطانِ فانهُ يأمرُ بالفحشاءِ والمنكرBarangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruhnya mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar .
(Surah An Nur ayat: 21) .




Adik2, Anak2 bangsa ku semua.
Menurut hati mati,
Menurut kata binasa.
Mengikut perasaan berakhir kesalan,
Mengikut nafsu akhirnya layu.
Itulah JANJI iblis terhadap manusia.

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Surah Al-Arraf ayat: 27).


Ahad, 27 Februari 2011

Kenapa timbul persoalan yg mana lebih penting. BANGSA ATAU AGAMA?

Politik oh politik

 Kadang2 terasa pelik dgn politik.
Hilang isu lain timbul isu lain.
Kenapa timbul persoalan yg mana lebih penting.
BANGSA ATAU AGAMA?
Atas tujuan apa ye?

Darah kita.
Darah daging kita.
Hati kita.
Hati &jiwa raga kita.

agama tu tiang.
Manakala bangsa tu tapak.
Ke2nya penting.

Dalam Hadis Abu Hurairah ra...Riwayat Tirmizi,Ahmad dan Hakim serta lainnya...Rasulullah SAW bersabda:
" Pelajarilah ilmu nasab keturunan kamu supaya kamu dapat menghubungkan silaturrahim kerana
sesungguhnya hubungan silaturrahim itu boleh mencetuskan kasih sayang dikalangan keluarga,
membawa kekayaan harta dan berpanjangannya keturunan."

kita sesama Islam adalah bersaudara.
muafakat membawa berkat.

umpama buah.
Kulit sekadar melindungi isi didalamnya.
Ada kulit yg nipis licin cantik & segar.
Ada kulit yg tebal berduri kasar & tajam.

Kesimpulannya.
Tanpa kulit isi akan tercemar.
Tanpa isi yg sedap & segar kulit yg melindungi tidak membawa makna apa2.
Oleh yg demikian.
KE2NYA PERLU SEIRINGAN.
Bangsa pada diri sekadar diluaran(ZAHIR).
Manakala ISLAM@IMAN didalam (BATHIN).

Perbincangan di FaceBook 






kita sama2 hayati pengertian potongan ayat ini,
mudah2an memberi menfaat utk kita semua.

Firman Allah S.W.T. maksudnya :
"Pada hari ini sahabat-sahabat karib. Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengannya yang lain, kecuali orang-orang... yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)."
(Surah az-Zukhruf ayat 67)


Sabtu, 18 Disember 2010

Bangga membanggakan keaiban. (1)


(FB) Bangga membanggakan keaiban. (1)



Ada yg berbangga,

dengan fesyen menjolok mata,
hanya sekadar berbangga,
mata lelucky tertumpu kepadanya,
tanpa sedar, mereka berbangga,
memperlihatkan keaiban@kemaluan@perhiasan dirinya.

Mengapa perlu berbangga,
dengan kejahilan semata.


Kita melihat,
Mereka juga melihat.
Tapi DIA sentiasa melihat.


Katakanlah (wahai Muhammad)
kepada orang-orang lelaki yang beriman
supaya mereka menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram)
dan memelihara kehormatan mereka.
Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya
tentang apa yang mereka kerjakan. 

(An-Nur 30)




Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)
dan memelihara kehormatan mereka
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka
atau bapa mereka atau bapa mertua mereka
atau anak-anak mereka,
atau anak-anak tiri mereka
atau saudara-saudara mereka
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,
atau perempuan-perempuan Islam
atau hamba-hamba mereka
atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua
dan tidak berkeinginan kepada perempuan
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang
akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nur 31)

Ahad, 24 Oktober 2010

Yg mana lebih utama.

Mata pelajaran sejarah atau pendidikan agama islam

Saya tidak pasti.
Apa yg terlintas difikiran anda.
Apa yg terdetik dalam hati anda.
Shbt2 ku...
kalangan Ibu bapa.
Kalangan pendidik, pensyarah & pendakwah.
Kalangan pemimpin2.

Memandangkan..
Masalah sosial kalangan remaja malah kalangan antara kita.
Malah kearah membudayakan budaya BERADAT BIADAB.

Yang mana lebih utama.
Mata pelajaran SEJARAH ATAU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM.
Yg perlu WAJIB LULUS.

Biasanya..
Kesilapan kita lakukan mendapat teguran.
Kita akan memperbetulkan.
Demi utk kebaikan.
Bukan menegakkan kesilapan sehingga tampak kejahilan.
Kelak mengulangi kesilapan demi kesilapan.

Ikhlas memperjuangkan kebenaran utk kebaikan.
Tidak sama dengan memperjuangkan kebenaran utk kepentingan.

link perbincangan terdahulu.
http://www.facebook.com/kang.nasir/posts/127880177267874

link perbincangan album politik oh politik.
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=171349269545746&set=a.137328346281172.25496.100000120210900

Isnin, 27 September 2010

Destinasi kita

Facebook (7) | Destinasi kita

Ini bukanlah destinasi terakhir kita.
suatu masa kita akan kesini jua.
samada dgn bersedia,
mahupun ketika alpa.


3 perkara yg akan kita tinggalkan.
malah tidak terputus amalan.

1- Sedekah jariah iaitu harta diwakafkan.
2- Ilmu yg memberi menafaat.
3- Anak yg soleh (yg mendoakan).

Jumaat, 3 September 2010

Facebook - Nusantara

Facebook (1) | Gambar Saya - Nusantara: "- Sent using Google Toolbar"

saudara bangsa ku nusantara.
Dengan penuh bangga seperti anak2 kecil bermain.
Nggak bisa bermain diinjak2 kepala saudaranya.

Tanpa kalian sedar.
Aku juga saudara kalian.
Malah ramai saudara2 kalian menumpang disini.
Bahkan kebanyakannya mereka adalah maling & perampok.
Oleh itu.
Sukarkah utk kita saling menghormati.
Sukarkah utk kita muafakat.

Islam adalah yg terbaik.
Maka itu. Amalkanlah agar kalian benar2 saudaraku yg sentiasa redha & bersyukur.

 Pencetus
pasukan-tni-indobatt-unifil-indonesia.html#comments
 FB

Diluar jendela

http://www.facebook.com/photo.php?pid=271032&id=100000120210900

jendela ini.

Jendela mahligai ini.
Lebih indah dari yg pernah ku alami.
Atap rumbia melindungi panas hujan.
Dinding anyaman menutup maruah.
Lantai nibung alas bertahta.
Tiang nibung asas perkasa.
Berduri asalnya.

Diluar jendela mahligai ini.
Merenung masa yg silam.
Pengalaman menjadi ilham.
Sebagai sandaran menempuh bertam.

Diluar jendela mahligai ini.
Merenung hari mendatang.
Lebih sukar keliling pinggang.
Kemampuan terbatas menadah dulang.

Diluar jendela yg sama.
Ada kereta berjela.
Ada astro ria.
Namun masih dapat sumbang sara.

Diluar jendela lainnya.
Aku seperti mereka.
Aku ingin seperti mereka.
Dapat memberi walau sedikit cuma.
Walau tidak dihargai namun punya harga diri.


@kang nasir (300810)

_________________(^_^)_______________




© segala copy dari artikal kang nasir adalah dialu-alukan.

asal bagi tujuan utk perkongsian.
segala hasil pendapatan dari penyiaran atau penerbitan,
jgn lupa sebahagiannya kpd mereka yg memerlukan.

tksh dari @kang_nasir@ovi.com

Facebook - Politik oh politik

Facebook | Gambar Saya - Politik oh politik: "- Sent using Google Toolbar"

Sebenarnya saya tak faham,
hebat sangat kah dia ni.
tetiba namanya menjadi sebutan.
malah ada yg membanggakan.

walau apa pun pandangan kalian,
itu terpulang..
BAGI SAYA..
NUR HIDAYAH AKAN TERBIT DIHATI KPD SESIAPA YG DIKEHENDAKI ILLAHI.

MENDENGAR KATA,
TIDAK SAMA DENGAN BERKATA-KATA.

jika kita inginkan kebaikan & kebenaran,
perlulah sentiasa mendengar kata2 nasihat.
jika kita suka berkata-kata,
akhirnya kita bangga dgn kejahilan kita.


Sebagai rujukan.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelancong-bukan-islam-memasuki-masjid-dan-ruang-solat-utama-di-dalam-masjid
dari link http://www.e-fatwa.gov.my/

sila fahamkan fatwa sebelum memberi ulasan.
adakah persamaan atau jelas perbezaan.
saya harap,
jgn taksub sehingga menyalah artikan.


Persoalan saya.
Mendengar kata & Berkata2 mempunyai maksud berbeda utk menerima hidayah.

Menghadiri majlis ilmu utk mendengar & membicarakannya juga berbeza.
...Jadi...
Atas alasan apa anda setuju beliau berceramah.
Utk muzakarahkah?
Utk majlis ilmu akhiratlah?
Tapi utk agama apa?
Atau utk kepentingan semata?

Sebab itu saya tidak faham mengapa kita berbalah mengenainya.
Mengapa pula kita perlu mengaitkan org lain.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Adat beradab

Adat beradab



Hebat org kita skrg ni.
Ada mak/ bapak kadang2 dibentak dipijak.
Ada cikgu/ustaz disepak terajang.
Ada pemimpin juga alim ulamak dicaci maki.


















Siapa diri kita dikalangan mereka.
Siapa diri kita disisi yg esa.
Ohh.. Inikah budi bahasa budaya baru kita.

Lahir ibarat kain putih bersih.
diperingatkan dgn hukum dan syarak,
dipeliharakan dgn rukun dan tertib.

disematkan dgn adat dan adab,
dihiaskan dgn sopan dan santun.






Kemana hilangnya taqwa dan iman,
kemana lunturnya adat dan adab.
mengapa bangga menjadi insan yg beradab BIADAB.


Sukarkah utk saling muafakat,
Sukarkah utk saling menghormati,
Sukarkah utk kita saling membantu.
Bukankah kita adalah bersaudara.


Bila muafakat.
Yg ringan sama dijinjing,
Yg berat sama dipikul.


Jika hendak seribu tipu daya,
jika tak hingin seribu helah dan muslihat yg ada.




bersama mengambil Air yg jernih.

Khamis, 15 Julai 2010

Facebook | Sajian hidangan hanya utk suami.

Facebook | Kang Nasir, Sajian hidangan hanya utk suami.

Alhamdulillah..
tksh is3 ku,
tksh kemuliaan mu,
tksh keperihatinan mu,
tksh pengorbanan mu.

sajian terhidang dibalik tudung,
aku yakin tiada lalat yg menghurung,
sajian terhidang tertutup rapi,
aku percaya pasti tiada lalat menghampiri.
kemuliaan mu membuat aku mengasihi,
keperihatinan mu membuat aku menyayangi,
pengorbanan mu membuat aku mensyukuri.

tksh seadanya,
tksh segalanya.



Wahai saudara ku,
Alhamdulillah,
mungkin kau jua mungkin seperti ku,
hidangan tersedia bersih & suci,
tiada apa yg perlu diragui,
kerana is3 sentiasa menyayangi,
sentiasa menjaga kehormatan diri.



Aduhai anak2 ku,
aduhai adik2 ku,
bagaimanakah kamu,
apakah persediaan dari mu,
utk insan yg bakal menjadi teman mu,
utk insan yg bakal menyayangi mu,
kerana diri mu adalah utk suami mu.

Maka itu hargailah diri kalian semua,
tega kah kau menyajikan sisa2 utk mereka,
tega kah kau menghidangkan hidangan yg telah tercela.
tutuplah tubuh mu agar lalat tidak menghurungi,
jagalah kehormatan mu agar tiada najis menghinggapi.


kang nasir(11.00pm-13july2010)