Ahad, 27 Mac 2011

KangNasir: Cerita berita sengketa.



KangNasir: Cerita berita sengketa.



Dalam Cerita berita Khabar diAkhbar(link Facebook)

Khabar akhbar.

Dalam Akhbar ada khabar,
Khabar tentang berita.
Berita utk cerita,
Cerita dalam cereka,
Cereka gurau senda.

Pada cerita berita ada sengketa.
Dalam satu ada semua.
Kerana semua dari satu punca.
Pembawa cerita berita sengketa.
Berkongsi suka duka,
Menghimpun dosa pahala.
Menghasut adu domba.

Kerana dalam cerita tentang berita
ada berita cerita utk sengketa.
Kerana dalam khabar di akhbar.
tidak semua ambil iktibar.


“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah oleh kalian kebanyakan dari persangkaan (zhan) karena sesungguhnya sebagian dari persangkaan itu merupakan dosa.”
(Surah Al-Hujurat: 12)

Sabda Rasulullah S.A.W daripada Abu Hurairah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badanmu, rupamu, tetapi langsung melihat kepada hati dan perbuatanmu.”
(Hadis riwayat Muslim)




Firman Allah dalam Surah An Nur : 15
“Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah ...itu soal besar.”



Adalah lebih baik kita hindarkan diri dari menghasut.
Kerana Allah telah pun menciptakan makhluk sedemikian dari api utk menghasut.


Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhn...ya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Araf : 200)
 

Jumaat, 4 Mac 2011

Janji IBLIS

JANJI


Sendirian begini.
tenang damai sekali,
Fikiran lapang,
Jiwa tenang,
Menyendiri begini.
Fikiran melayang2,
Terbit anganan,
tergambar keindahan,
terbayang keasyikan.
tercipta impian.

Hati melonjak seribu harapan.
Jiwa meronta menagih impian.
Perasaan membara menjamah keinginan.

يعدهمْ و يمنيهمْ وما يعدهمُ الشيطانُ الاغروراً اوالك مأويهم جهنمَ ولأ يجدونَ عنها محيصاً
syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. Mereka itu tempatnya jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat lari daripadanya .
(Surah An Nisa ayat :120 dan 121)



Dalam mencipta seribu impian.
Dalam keasyikan memburu harapan.
Dalam semangat membara mengejar kepuasan.
Sekadar mencapai hasil kemegahan.
Sekadar munurut akur dengan bisikan.
Kepada yg ESA jgn lupakan.

وزين لهم الشيطانُ اعمالهم فصدهمْ عنْ سبيلِ اللهِ فهمْ لآ يهتدونَ
Dan syaitan pun menampakkan sesuatu yang bagus bagi apa yang telah mereka kerjakan lalu menghalangi mereka dari jalan Allah , sehingga mereka tidak mendapat pertunjuk.
(Surah Al Naml :24)
ومنْ يتبعْ خطواتِ الشيطانِ فانهُ يأمرُ بالفحشاءِ والمنكرBarangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruhnya mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar .
(Surah An Nur ayat: 21) .




Adik2, Anak2 bangsa ku semua.
Menurut hati mati,
Menurut kata binasa.
Mengikut perasaan berakhir kesalan,
Mengikut nafsu akhirnya layu.
Itulah JANJI iblis terhadap manusia.

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Surah Al-Arraf ayat: 27).