Sabtu, 29 April 2017

Mintalah pertolongan dan perlindungan dari Allah







Mintalah pertolongan dan perlindungan dari Allah
Kakek(Org Tua) pesan. 
Mintalah pertolongan & perlindungan dari Allah diawali dgn niat ikhlas berserah diri kpd Nya pd setiap perkara dan pekerjaan yg kita lakukan. Kerana kita tidak ada upaya apa pun tanpa pertolongan Nya. Lafazkanlah "Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah." Setiap masa.


Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ: “بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ” قَالَ: « يُقَالُ حِينَئِذٍ: هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ. فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ، فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ: كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِىَ وَكُفِىَ وَوُقِىَ 

“Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca (zikir): Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah 

(Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya), 

maka malaikat akan berkata kepadanya: “(sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh Allah Ta’ala), dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (dari semua keburukan)”, sehingga setan-setanpun tidak bisa mendekatinya, dan setan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana (mungkin) kamu bisa (mencelakakan) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga (oleh Allah Ta’ala)?” 
[HR Abu Dawud (no. 5095), at-Tirmidzi (no. 3426) dan Ibnu Hibban (no. 822)].



Malangnya umat islam sekarang cenderung mengharap pertolongan Dajal mengharap redha dajal DAP semata-mata menganggap diri mereka dizalimi. Walhal mereka tidak sedarpun sedang bersusah payah menzalimi diri.
Contohnya dipautan ini.



Sepatutnya Allah sudah tunjukan jalan mudah kearah kesejahteraan, kebaikan, kebahagiaan dan kedamaian dalam kehidupan kita didunia hinga akhirat. Iaitu kita taat segala perintahNya tinggalkan segala larangan-Nya berusaha tawaqal istiqamah dengan sabar ikhlas redha & bersyukur. Jika kita bersyukur Allah tambah lagi nikmat kepada kita walaupun tidak mewah sekurang2nya mencukupi untuk keperluan kita.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
(Surah Ibrahim: ayat 7)




Awas tipu daya iblis dajal laknat






Awas tipu daya iblis dajal laknat.
#AttackMode #MissiMemburuDajal.

Dajal sedang giat berusaha menternak melayu dengan menyuntik 
#JarumHalus diawal usia kanak-kanak lagi iaitu bermula dengan tipu daya untuk merosakan jiwa dan minda anak-anak kita. 


Lihat saja bagaimana pelajar-pelajar IPT yang telah berjaya diternak sehingga ramai anak muda melayu yang berlumba-lumba mengajak rakan-rakan sebaya mereka ikut dajal beramal dengan amalan orang kafir harbi DAP.
Contohnya dipautan ini.
https://www.facebook.com/kang.nasir/photos/a.833457476710422.1073741867.465342536855253/1394056240650540/?type=3&theater



Semoga Allah selamatkan anak-anak kita dari diperdaya dajal iblis laknat.

رَبَّنَا َ لا تَجْعَلْنَا فِتْنًَة لِّلَْقوِْم الظَّالِمِينَ وَنَجِّنَا ِبرَحْمَتِكَ مِنَ الَْقوِْم الْ َ كافِِرينَ

"Robbanaa laa taj’alnaa fitnatan lil qoumil dzoolimin wa najjinaa bi rohmatika minal qoumil kaafiriin"

“Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zholim, dan selamatkanlah kami dengan curahan rahmat
Mu dari tipu daya orang orang yang kafir. 
(Yunus: ayat 85-86).


Jumaat, 28 April 2017

Setiap diri adalah PEMIMPIN.





Setiap diri adalah PEMIMPIN.
Daulat Tuanku.
Titah Duli Tuanku dihari pertabalan baru-baru ini baginda berpesan.
 "Setiap daripada rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dan tanggung jawab mereka dan rakyat tidak boleh cuai dan alpa dalam melaksanakannya kepada negara."


 Inilah jalan penyelesaian dalam ISLAM. Kerana setiap diri antara kita adalah PEMIMPIN dan bertanggung jawab kepada diri dan pada orang yang kita pimpin iaitu anak isteri, masyarakat dll.

Hal ini Rasulullah saw sudah ingatkan.
Abdullah bin Umar radhiallahu anhuma berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
ﻛُﻠُّﻜُﻢْ ﺭَﺍﻉٍ ﻭَﻛُﻠُّﻜُﻢْ ﻣَﺴْﺌُﻮﻝٌ ﻋَﻦْ ﺭَﻋِﻴَّﺘِﻪِ ﺍﻟْﺈِﻣَﺎﻡُ ﺭَﺍﻉٍ ﻭَﻣَﺴْﺌُﻮﻝٌ ﻋَﻦْ ﺭَﻋِﻴَّﺘِﻪِ ﻭَﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﺭَﺍﻉٍ ﻓِﻲ ﺃَﻫْﻠِﻪِ ﻭَﻫُﻮَ ﻣَﺴْﺌُﻮﻝٌ ﻋَﻦْ ﺭَﻋِﻴَّﺘِﻪِ ﻭَﺍﻟْﻤَﺮْﺃَﺓُ ﺭَﺍﻋِﻴَﺔٌ ﻓِﻲ ﺑَﻴْﺖِ ﺯَﻭْﺟِﻬَﺎ ﻭَﻣَﺴْﺌُﻮﻟَﺔٌ ﻋَﻦْ ﺭَﻋِﻴَّﺘِﻬَﺎ ﻭَﺍﻟْﺨَﺎﺩِﻡُ ﺭَﺍﻉٍ ﻓِﻲ ﻣَﺎﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻩِ ﻭَﻣَﺴْﺌُﻮﻝٌ ﻋَﻦْ ﺭَﻋِﻴَّﺘِﻪِ
“Setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dimintai pertanggungjawaban atas yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin yang akan diminta pertanggungjawaban atas rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggungjawaban atas keluarganya. Seorang istri adalah pemimpin di dalam urusan rumah tangga suaminya, dan akan dimintai pertanggung jawaban atas urusan rumah tangga tersebut. Seorang pembantu adalah pemimpin dalam urusan harta tuannya, dan akan dimintai pertanggung jawaban atas urusan tanggung jawabnya tersebut.” 
[HR. Al-Bukhari no. 844 dan Muslim no. 1829]



Peringatan Allah kepada kita pula sepertimana berikut ini :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allâh terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
[at-Tahrîm : ayat 6]







Isnin, 24 April 2017

Sedangkan DAP pun panas dengan A9




Sedangkan DAP pun panas dengan A9.
Apatahlagi dengan 93.4% caitro, inikan para sahabat-sahabat seperjuangan.

Syabas kepada sahabat yang tidak rasa dengki iri hati.
Sebenarnya saya tidak mengharap imbuhan. Kerana mesej saya mengajak seluruh mukmin kembali kepada islam. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan kita dengan keperluan kita. Semoga sahabat semua juga akan kecapinya suatu masa nanti.
https://www.facebook.com/kang.nasir.10/posts/825032491006496

Saya tahu ramai yang kecewa tidak dapat peluang memperolehi senjata A9.
Itu menandakan kita perlu berusaha lebih gigih lagi dengan IKHLAS berjuang kearah kebaikan bersama kerana Allah.

IKHLAS itu bukan kerana mengharap imbuhan dari redha manusia tetapi IKHLAS MENGHARAP REDHA ALLAH. Bila lidah berkata ikhlas tapi dihati tidak nahh sekarang inilah Allah tunjukan siapa antara sahabat-sahabat yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan, kerana ikhlas itu tidak mengharap balas dan tidak ada tersimpan hasad dan iri hati apatah lagi amarah dan dendam.
Itulah jln penyelesaian dlm islam.
https://www.facebook.com/kang.nasir.10/posts/825792284263850



Sepatutnya jika sahabat tidak berpeluang memilikinya, sahabat perlu bersyukur kerana ada hikmah disebaliknya. Rupanya, Semakin canggih membuatkan saya semakin tidak berkesempatan mendekati Allah. 2-3 jam kita abaikan dari jam 6.00pm hingga 9.00 mlm lebih 1000 mesej whatsaap masuk dan lebih 1000 mesej telegram masuk belum lagi lain-lain media. Sunnguh, Allah uji kita dengan nikmat yang dikurniakan oleh Nya kepada kita. Allahuakbar.
Ya Allah.
"Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."
(Fatihah ayat 6-7)




Ahad, 23 April 2017

Menyeru Amar Maarof & Nahi Mungkar itu KEWAJIPAN






Menyeru Amar Maarof & Nahi Mungkar itu KEWAJIPAN.

Dalam seruan agama menyeru kepada Maarof dan mencegah kemungkaran ini. Umumnya kita sengaja dipesongkan pengertian maksud sebenar Amar Maarof Nahi Mungkar disebabkan kepentingan politik bukan untuk kearah kebaikan sebagaimana Allah perintahkan. Mencegah kemungkaran yang wajib didahuukan itu sepatutnya KEMUNGKARAN YANG MENJURUS KEARAH KEMUDARATAN UMAT ISLAM AGAMA BANGSA & NEGARA.



Apa yang dimaksudkan dengan MAAROF & Mungkar? Amar Maarof adalah perkara-perkara kebaikan kepada kita dunia hingga akhirat atau perkara-perkara dan amalan-amalan yang Allah REDHAI. Manakala Mungkar itu adalah perkara-perkara keji yang memudaratkan dan perkara yang membawa KEMURKAAN Allah.

Sebagaimana Rasulullah saw sebutkan dalam hadis.

لاَ طَاعَةَ لِمَخْلُوْقٍ فِيْ مَعْصِيَةِ الْخَالِقِ إِنَّمَا الطَّاعَةَ فِي الْمَعْرُوْفِ

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah, sesungguhnya ketaatan itu dalam kebaikan.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim dari shahabat ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu)


Saya harap sahabat faham sedikit penerangan ringkas itu. Kerana apa yang saya lihat dari pandangan-pandangan 93.4% pengamal cyber beranggapan. Segala kemungkaran itu salah UMNO dan segala amal maarof itu yang diamalkan oleh lebai branded islam. Maka itulah sejak dulu lagi saya menyeru jauhilah hasutan ulama politik paksalaf & pakwahab. Angkara hasutan merekalah anda semua tidak mampu melihat perbezaan perkara yang Haq & yang Bathil.


Baiklah. Kita tinggalkan dulu penerangan tentang Amar Maarof Nahi Mungkar itu. Kita bincang KESAN MUDARAT PERKARA KEJI & MUNGKAR Rafizi Ramli AKIBAT MENURUTI SURUHAN SYAITAN LALU MENGAJAK MENGHASUT UMAT ISLAM BERSAMA-SAMA JADI SYAITAN MENGHASUT MEMFITNAH MENGADU DOMBA BERKONGSI DOSA-DOSA MENJADIKANYA DOSA YANG BERANTAI.


AKIBATNYA. 93.4% pengamal cyber menganggap KEBENARAN ITU PADA SETIAP APA YANG RAFIZI & DAP Democratic Action Party RoketkiniPERKATAKAN HINGA ADA YANG SENGAJA MENOLAK DENGAN MENCIPTA PELBAGAI ALASAN MENOLAK KEBENARAN QURAN & SUNNAH JALAN PENYELESAIAN DALAM ISLAM.


Walaupun ramai sahabat-sahabat dari kalangan penyokong pemerintah sudah menjelaskan dan mengingatkan kebanyakan cerita dongeng ciptaan Rafizi itu adalah FITNAH yang tujuanya semata-mata mahu menjatuhkan pemerintah atau semua yang dilakukanya untuk menyalahkan Najib Razaksebagaimana PROJEK mereka pada pautan ini.
https://www.facebook.com/kang.nasir/photos/a.539107536145419.1073741835.465342536855253/1330047150384783/?type=3&theater

Dalam Al-Quran bukanya satu dua ayat peringatan Allah menyuruh kita menjauhi syaitan. Dalam ayat ini umpamanya Allah memperingatkan bagaimana keangkuhan iblis;
"Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup."
(Al-Israa' : ayat 63)


Selagi tidak tercapai kepuasan hati pada segala apa yang dihajati selagi itulah syaitan membantu Rafizi dengan membangkitkan PERASANGKA BURUK untuk terus menerbitkan FITNAH HASUTAN yang berpotensi untuk memecahbelahkan ummah dan sengketa sesama saudara.


Baru-baru ini kerana motif utama menghancurkan pentadbiran DS Najib. Fitnah yang dilemparkannya melampai jangkaan sehingga melibatkan ilmuan agama. Malah beliau bangga melakukan kemungkaran itu yang dianggap untuk kebaikan kerana kebenaran.

Antaranya dakwaan penglibatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa memperoleh dana dari 1MDB. Dalam pautan ini.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/tuduhan-rafizi-fitnah-berniat-jahat-nasharudin-1.659688

Ustaz Nasha menafikan dakwaan itu Pada 14 Apr 2017 baru-baru ini.

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menafikan ada kaitan berhubung dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mengaitkan beliau dengan isu penerimaan dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya dengan ini menegaskan bahawa segala pernyataan beliau yang melibatkan saya adalah tidak benar malah kenyataannya itu adalah fitnah dan berniat jahat kepada saya serta Pas.

Manakala tuduhan berat Rafizi melibatkan Hakim & Peguam Syarie dengan mendakwa para ilmuan itu tidak terlepas dari Rasuah. Dan Rafizi bakal berhadapan dengan tindakan saman yang difailkan terhadapnya.

Dipautan ini,
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/ambil-tindakan-terhadap-rafizi-1.661158

Juga dari akhbar Sinar Harian yang diterbitkan pada 17 Apr 2017.
SHAH ALAM - Persatuan Peguam-Peguam Muslim mendesak agar Penguatkuasa Agama mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli atas kenyataan beliau berkaitan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, Rafizi mesti bertanggungjawab terhadap apa yang diucapkannya semasa sidang parlimen 'olok-oloknya' itu.

Oleh itu. Fikirlah kebenaran perkara apa yang rafizi cuba tegakan itu? Dan apa menfaatnya untuk diri kalian sehingga begitu mudah kalian percaya hingga ada yang beriman kepadanya lalu kufur menolak kebenaran islam jalan penyelesaian.

#MissiMembakarSetan
#AttackMode





Sabtu, 22 April 2017

GO GO GO PM Najib Razak




GO GO GO PM Najib Razak
#AttactMode. Biar terkucil IBLIS DAJAL LAKNAT yang menghasut seluruh rakyat ikut mereka terjun keneraka bersama mereka.

Selama ini kita sekadar menangkis segala hasutan dan fitnah-fitnah serta cerita dongen rekaan mereka sehingga 93.4% caitro berlumba-lumba ikut iblis dajal kafir laknat DAP beramal amalan orang-orang kafir harbi DAP. Sekarang sampai masanya kita Attact mereka agar seluruh rakyat sedar kehancuran dan musibah didepan mata angkara hasutan mereka.

Kali kedua masakan Tony Pua masih tidak serik lagi dimana sebelum ini siiblis ini merayu mahkamah tolak saman yang dikemukakan sehingga kes ini tertangguh bertahun-tahun.

Ini adalah saman fitnah kedua Najib terhadap Pua. Beliau mendakwa Pua pada tahun 2015 mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan dirinya dengan skandal 1MDB. Selanjutnya dipautan ini.
http://www.malaysiakini.com/news/379929

Pada 11 April lalu, Najib menuntut permohonan maaf daripada Pua dan berhubung video berkenaan, yang dianggap memfitnahnya dan mahu ia ditarik balik.

Klip video berkenaan dimuat naik pada 6 April, tidak lama selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentang usul pindaan kepada Akta 355.

Dalam surat tuntutan yang telah disampaikan kepada Pua, peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata klip video yang dipersoalkan itu memberi bayangan bahawa anak guamnya mencuri dan menyalahgunakan kuasa.

Katanya, video itu memfitnah anak guamnya mengikut Seksyen 5 Akta Fitnah 1957 terhadap jawatannya selaku perdana menteri dan menteri kewangan yang bermaksud beliau menyalahgunakan kuasa.

Pada 11 May 2015
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengemukakan permohonan bagi membatalkan tuntutan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke atasnya bagi kes fitnah berhubung isu 1MDB.
Berita ini dipautan ini.
https://www.youtube.com/watch?v=T8z2p3VNncc

Dimana dari kenyataan fitnah oleh iblis laknat inilah punca 93.4% caitro hilang akal hilang pedoman menjadikanya FAKTA sehingga membuatkan mopty pun percaya dengan menolak kebenaran Quran & Sunnah dan ISLAM JALAN PENYELESAIAN.

Sebelum itu 6hb Mar 2015
Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman fitnah terhadap Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee dan seorang lagi berhubung isu One Malaysia Development Berhad (1MDB). Bertindak atas kapasiti peribadi, Najib memfailkan saman itu pada Khamis di Pejabat Pendaftar
Berita dipautan ini.
https://www.youtube.com/watch?v=AfZRL8x2yds

Ternyata sifat azali iblis laknat sememangnya angkuh sombong & takbur. Selagi tidak dihalang selagi itulah semakin ramai yang diperdaya oleh iblis mengajak manusia jadi iblis dengan hasutan dan fitnah agar ikut sama terjun keneraka.

"Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka."
(Fathir : ayat 5-6)




Allah sudah atur hidup mati kita






Allah sudah atur hidup mati kita.
Pesan kakek(orang tua oku)
Berusahalah ikhlaskan hati, tawaqal & sabar menjalani kehidupan, redha & bersyukur pada setiap kekurangan dan kelebihan kerana itulah yang terbaik yang Allah aturkan untuk kebaikan diri kita dengan Qada & Qadar yang telah ditetapkan-Nya.


“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”
(al-Hadid : ayat 22)



Sebaliknya, dinegara kita umat islam sedang berlumba-lumba  mahu mengharap bencana sepertimana negara Plastine, Syiria dan lain-lain negara arab. Iaitu dengan menuruti kemahuan nafsu bertindak melulu dan berkata apa yang mereka mahu mencaci melaknat memfitnah menghasut mengadu domba dengan sengaja mahu mencetus sengketa. Seolah-olah enggan menerima takdir menolak qada & qadar ikut kafir DAP beramal amalan-amalan orang kafir harbi dap sengaja mengundang musibah pada diri dan seluruhnya.


Dalam ayat lain Allah Ta’ala berfirman:

{وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ}

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan (dosa)mu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)”
(QS asy-Syuura: ayat 30).



Selasa, 18 April 2017

Dajal laknat berusaha menternak melayu






(Klik pada tajuk diatas kepautan asal)

Dajal laknat mahu kalian ikut perintah mereka.
Sepatutnya umat islam mampu berfikir kepada siapakah mereka beriman? Mustahil ramai yang tidak tahu sengaja membiarkan anak-anak gadis diternak dijadikan betina oleh mereka dan lebai-lebai bangga diternak juga oleh mereka walhal berulang-ulang peringatan Allah dalam Quran.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan – dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman."
(Al Maidah : ayat 57)

Sewajarnya. Dengan pertolongan dari Allah mengembalikan segala fitnah-fitnah terhadap ulama politik itu dijadikan sebagai pengajaran. Dan segala apa jua hinaan cercaan serta fitnah-fitnah yang dihadapi oleh Tuan Guru Haji Hadi yang selama ini bangga mendewakan dajal laknat akhirnya sedar siapa saudara siapa musuh Allah.

Dan sepatutnya kita semua bersatu atas persaudaraan sesama mukmin dimana selama ini saudara mukmin dianggap musuh jihad dajal kafir laknat dianggap saudara dunia akhirat utk berjihad.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Dalam himpunan hadis-hadis #FitnahAkhirZamanRasulullah saw ada mengingatkan kepada kita suasana getir sebagaimana yang kita sedang alami ketika ini.

Iaitu terjadinya perselisihan yang banyak dan tiada henti kesan akibat dari fitnah dan hasutan dajal iblis laknat akhir zaman.

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. beliau berkata "Telah menasihati kami Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berikanlah pesanan kepada kami" Lalu baginda pun bersabda "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat"
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Oleh itu sahabat, Tiada siapa yang akan menyelamatkan diri kita selain dari Allah. Marilah kita sama-sama berusaha mendekatkan diri kepada-Nya. Tinggalkan soal kepentingan duniawi kerana dari situlah awal mula fitnah-fitnah.

#MissiMengejarDajal.



Sabtu, 15 April 2017

Sudah sampai masanya berjihad berbekal senjata 32GB


Sudah sampai masanya berjihad berbekal senjata 32GB



Sudah sampai masanya berjihad berbekal senjata 32GB.
Iaitu dengan berusaha membasmi dan menyerang punca wabak penyakit yang membawa mudarat kepada seluruh rakyat Malaysia.


Kerana, kecacatan jiwa & minda 93.4% caitro dan segolongan rakyat Mlysia sudah sampai pada tahap yang membimbangkan sehingga dalam kajian yang dijalankan penyakit mental meningkat. Kesemua ini adalah berpunca dari terpedaya oleh fitnah serta hasutan tipu helah iblis dajal laknat.


Kepada seluruh 93.4% caitro yang sudah terlanjur rosak jiwa dan minda. Kalian bukanlah sasaran saya dan musuh yang saya cuba serang kerana saya sedang berusaha menyelamatkan kalian. Selama inipun saya terima segala fitnah caci maki nista kalian semua kerana usaha saya semata-mata mahu menyelamatkan kalian dari kemungkaran kerana itu yang Allah perintahkan, selebihnya saya serahkan urusan itu kepada Allah.


Sudah sampai masanya saya menyerang membasmi punca wabak penyakit yang sedang dihadapi oleh 93.4% pengamal media pembangkang serta kalangan segelintir rakyat majmuk yang sedang menderita ketika ini. Kerana sebagaimana sebelum inipun, usaha saya menyelamatkan para penganut branded islam yang terlanjur beriman kepada manusia yang berhati srigala sekarang Allah telah tunjukan bagaimana FITNAH-FITNAH telah kembali kepada mereka dan segelintir dari ulama yang berhati srigala ada yang sudahpun kelihatan menginsafi. Sebagaimana usaha saya sebelum ini begitulah usaha saya masa kini dan In'shaa Allah selamanya selagi hayat masih ada untuk terus berusaha menyelamatkan kalian dan seluruh rakyat dari mengikut dajal iblis laknat kafir harbi DAP & Piji beramal dengan amalan orang-orang kafir harbi DAP sehingga ada yang bangga diternak babi.


Saya harap sahabat-sahabat faham bahawa ISLAM adalah JALAN PENYELESAIAN.

Hal ini membuatkan saya teringat tentang pesanan Rasulullah saw mengenai #FitnahAkhirZaman.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 
“Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia."
(Hadis Riwayat Muslim)



Pesan PM Najib Razak kepada kita semua




(Klik tajuk kepautan asal)


Pesan PM Najib Razak kepada kita semua. 
"Janganlah kita bersengketa sesama sendiri hanya kerana perkara yang remeh yang tidak memuaskan hati." 

Sebenarnya, sebelum terjadi perbalahan itu Rasulullah saw sudah tunjuk ajar kepada kita dan jalan mencegah sudah tersedia ada garis panduanya malah jalan penyelesaian juga tersedia ada garis panduanya dalam Quran & Sunnah. Tetapi NAFSU antara kita yang menjadi punca kita bersengketa. Kerana punca utama terjadinya sengketa itu datangnya dari HASUTAN SYAITAN. Dalam situasi sekarang apatah lagi kita sedang berhadapan dengan ERA ZAMAN #FITNAHAKHIRZAMAN ini. Semua orang mudah sangat diperdaya oleh hasutan dari fitnah-fitnah mengadu domba oleh dajal iblis laknat DAP & Piji. Jika dengan hasutan merekapun semua bersusah payah menyusahkan diri berlumba-lumba ikut iblis DAP mengamalkan amalan iblis laknat DAP. Mana mungkin masyarakat mampu menghindar halusnya bisikan Syaitan?

Jika kita suka dengan sengketa, itu bermakna kita ikut apa yang syaitan suruh kita lakukan. Na'uzubillah.
"... sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia."
(Al Israa ; ayat 53)

Itulah tips jalan penyelesaian untuk kita menghindari kemudaratan kearah kebaikan dalam islam. Lagipun apa yang kita mahu dan kita suka disukai oleh kepuasan hati nafsu itu bukanlah perkara yang memberi menfaat untuk diri kita. Allah dah pesan,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: ayat 216)

Rasulullah saw berpesan. Setiap perkara yang disenangi oleh NAFSU itu adalah perkara yang membawa kemudaratan. Kerana itulah saya menyeru sahabat, bersamalah kita dekati ilmuan TAREKAT #TASAWUF agar kita mampu mentadbir nafsu kita dari cenderung menuruti kemahuan nafsu sehingga kita ingkar kepada Allah.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda,

حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ

“Surga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci (oleh jiwa/nafsu) dan neraka itu diliputi perkara-perkara yang disukai nafsu/syahwat.” 
(HR. Muslim)


Ahad, 9 April 2017



(Klik kepautan asal)


Bersama hindari dari pergunakan kata-kata TGNA sebagai FAKTA.
Sebaiknya, hindari dari pergunakan kata-kata TGNA yang bertentangan dengan Quran & Sunnah dari dijadikan modal untuk menegakan benang yang basah. Kerana tindakan ini hanya menambah beban-beban dosa kepada Almarhum. Cukup-cukuiplah pergunakannya sebagai MODAL kepentingan POLITIK.


Kasihanilah beliau.
"Dan sesungguhnya mereka akan menanggung beban-beban dosa mereka dan beban-beban (dosa orang-orang yang mereka sesatkan) bersama-sama dengan beban-beban dosa mereka sendiri; dan sesungguhnya mereka akan ditanya pada hari kiamat kelak tentang apa yang mereka pernah ada-adakan secara dusta itu."
(Al-Ankabut ; ayat 13)


Malangnya, bila kita menyeru sebegini. Ada ustaz tahfiz fiqh menanggap saya memfitnah arwah. Walhal sejak awal dulu semasa hayatnya masih ada lagi saya menyeru agar minta beliau serta semua ilmuan politik paksalaf pakwahab agar mengajar kepada kita ILMU TASAWUF. Kerana menfaatnya selain untuk memberi menfaat kepada kita, ianya juga diharap memberi menfaat kepada mereka.


Islam jalan penyelesaian dan sudah tersedia ada dalam Quran & sunnah garis panduanya. Mana mungkin para ulama yang tahfiz tidak pernah jumpa peringatan Allah dalam Al-Quran dalam Surah Al-Hujurat dan lain-lain peringatan?

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
(Al Hujurat ; ayat 10)


Itulah jalan penyelesaian dan itulah tanda orang yang beriman. Lagipun Rasululaah saw juga ada berpesan. Sepatutnya AGAMA adalah NASEHAT.

Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda,
" Agama itu adalah nasihat". Kami bertanya, "Untuk siapa?" Baginda menjawab, "Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya".
(Hadith Riwayat Muslim)
 

Sabtu, 8 April 2017

Istiqamah dalam memimpin diri.




Istiqamah dalam memimpin diri.
Jika kita sendiri tidak tahu memimpin diri kemana arah tuju dikemudian hari. Tak perlulah menyalahkan pemimpin hanya dengan alasan TIDAK BERPUAS HATI. Kerana NAFSU yang cenderung menuruti hawa nafsu itulah punca kita tidak tetap pendirian.


Dulu masa jadi ostajah kata daftar masuk PAS sebab nak daftar masuk syurga. Sekarang ini ikut kafir harbi DAP itu pula mahu daftar kemana?


Itulah perlunya kita dekati guru tarekat tasawuf. Kerana Hati yang teguh suci walau pahit getir azab menimpa walaupun dengan ugutan ancaman manusia, hati mereka tetap TEGUH ISTIQAMAH berserah diri hanya kepada Allah. Lihat saja sejarah para sahabat Nabi saw ketika diseksa dengan pelbagai cara.


Oleh kerana kita tidak sedar kerosakan hati kita itulah punca kita tidak mampu memikirkan menfaat untuk diri dikemudian hati disebabkan akal kita telah dijajah oleh nafsu. Dan nafsu yang cenderung menuruti nafsulah punca kita bertindak diluar batas logik akal. Pesan orang tua masa kanak-kanak dulu. "Orang yang tidak tetap pendirian itu adalah orang yang tidak tetap iman.


Ayuh sahabat, kita tetapkan pendirian dalam Istiqamah dalam memimpin diri.
Apakah yang dimaksudkan dengan istiqamah itu? Istiqomah berasal dari kata “qaama” yang artinya berdiri.

Guru tabika kemas pernah mengingatkan masa saya remaja dulu supaya kita berusaha teguhkan hati kita dengan ISTIQAMAH. Pesanya lagi (Lupa dari kitab apa yang Almarhum bacakan)

1. Abu Bakar Shiddiq ra ketika ditanya tentang istiqamah ia menjawab; bahwa istiqamah adalah kemurnian tauhid (tidak boleh menyekutukan Allah dengan apa dan siapapun)

2. Umar bin Khattab r.a. berkata: “Istiqamah adalah komitment terhadap perintah dan larangan dan tidak boleh menipu sebagaimana tipu musang”

3. Utsman bin Affan ra berkata: “Istiqamah adalah mengikhlaskan amal kepada Allah swt”

4. Ali bin Abu Thalib ra berkata: “Istiqamah adalah melaksanakan kewajiban-kewajiban”


Rasulullah saw pula pesan dalam hadis.
Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya,
“Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”
(Hadith Riwayat : at-Tirmizi)


Selasa, 4 April 2017

Belajarlah sampai pandai berfikir bukan pandai ikut kafir

Belajarlah sampai pandai berfikir bukan pandai ikut kafir
(Klik pada tajuk untuk kepautan asal)



Belajarlah sampai pandai berfikir bukan pandai ikut kafir
#SayangiDiri anda. Belajarlah sampai pandai berfikir pada perkara yang memberi menfaat, bukan pandai ikut orang kafir tanpa sedar membawa mudarat.


Jika anda fikir segala kebenaran itu dari setiap apa yang dikatakan dan disuruh oleh iblis laknat kafir harbi DAP & Piji. Sebenarnya itu satu kesilapan daya fikir anda, sebaliknya jiwa dan minda anda perlu dirawat dengan segera kerana kebenaran itu sudah tersedia ada garis panduanya dalam Quran & Sunnah. Dan itulah jln penyelesaian pada setiap apa jua perkara yang NAFSU kalian pertikaikan.

Rasulullah saw berpesan.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda,

حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ

“Surga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci (oleh jiwa/nafsu) dan neraka itu diliputi perkara-perkara yang disukai nafsu/syahwat.”
(HR. Muslim)


Ahad, 2 April 2017

Tidak membentangkan RUU bukan bermakna menolak hukum.

Tidak membentangkan RUU bukan bermakna menolak hukum.
(Klik utk kepautan asal)



Tidak membentangkan RUU bukan bermakna menolak hukum.
Sebelum mempergunakan hukum untuk memfitnah menghina dan menghukum. Cuba tanya kepada diri hukum perintah siapakah anda ikuti dengan angkuh sombong lambung-lambung sewenang-wenangnya sesuka hati mempergunakan hukum untuk menghina memfitnah dan menghukum? Kerana itulah dari awal dulu lagi admin ingatkan HUKUM ALLAH BUKAN HUKUM MAIN-MAIN.

Sahabat-sahabat nak tahu tak?
Usahkan mempergunakan hukum untuk memfitnah menghina dan menghukum. Sedangkan angkuh sombong lambung-lambung itu pun sudah cukup utk menghumban diri kita kedalam neraka inikan pula sewenang-wenangnya sesuka hati mempergunakan hukum untuk menghina memfitnah dan menghukum? Maka itulah admin ulangi pesanan. Hukum Allah ini bukanya hukum main-main.

Nak tahu apa pesan Rasulullah saw dalam perkara ujub bangga diri dan sombong lambung-lambung ini?

Rasulullah saw bersabda:

لَوْ لَمْ تَكُوْنُوْا تُذْنِبُونَ لَخِفْتُ عَلَيْكُمْ مَا هُوَ أَكْبَرُ مِنْ ذَلِكَ الْعُجْبُ الْعُجْبُ

“Jika kamu tidak berbuat dosa, sungguh aku mengkhawatirkan kamu pada perkara yang lebih besar dari itu, yaitu ‘ujub, ‘ujub (kagum terhadap diri sendiri)”
[Hadist Hasan Lighairihi, sebagaimana di dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, no. 658, karya syaikh Al-Albani]



PM kita bukanlah seperti pemimpin pembangkang yang lain. Lihat sahaja kesemua pemimpin pembangang dalam bicara mereka itu pun mereka berkata ikut suka sesuka hati mereka tidak pernah fikir apa menfaat untuk kebaikan pada seluruh rakyat jelata. Dan segala tindakan mereka juga melulu ikut kehendak nafsu tak fikit pun tindakan terburu-buru itulah punca tidak akan pernah selesai sejak dulu.

Apa yang saya nampak. PM kita sentiasa mengambil berat pandangan dan nasihat-nasihat dari sesiapapun jua khususnya nasihat ilmuan islam. Hampir 7 tahun setiap hari ada saja hamba Allah yang perasan dirinya tinggi darjatnya disisi Allah mengkafirkan PM kononya PM menolak hudud. Walhal admin sudah kongsi TIDAK MELAKSANAKAN HUDUD BUKAN BERMAKNA MENOLAK HUKUM ALLAH. Malangnya 93.4% caitro tetap berusaha menjadikan FITNAH itu amal ibadah kononya itulah bukti mereka paling mulia paling tinggi darjatnya disisi Allah.

Sabtu, 1 April 2017

Jalinan ukhwah hidup barokah.

Jalinan ukhwah hidup barokah. (klik kepautan asal)



Jalinan ukhwah hidup barokah.
Menjalin ukhwah amalan mulia islam sifat Mahmudah  amalan #TASAWUF. Amalan-amalan juga amalan yang membersihkan hati selain Zikrullah. Dan inilah JLN PENYELESAIAN menghindar dari persengketaan itupun jika kita mahu hidup bahagia dunia hingga akhirat dengan limpahan rahmat dari Allah. Dan jika kita mahu dipanjangkan usia untuk terus berusaha beramal ibadah, dimurahkan rezki dan disayangi sesama saudara kita juga disaran agar menjalian ikatan silaturahim.

Dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhu ia berkata.
“Artinya : Barangsiapa bertaqwa kepada Tuhannya dan menyambung silaturrahim, niscaya dipanjangkan umurnya, dibanyakkan rezekinya dan dicintai oleh keluarganya”
(Riwayat Imam Al-Bukhari)


Malangnya, amalan-amalan mulia islam ini sekarang seakan sudah seperti asing dinegara kita. Malah semakin ramai ilmuan yang berlumba-lumba mengajak kita bersengkrta menjauhi limpahan rahmat Allah dengan menghampiri laknat dari Allah. Disebabkan keengganan kita beramal dengan amalan islam itulah kita diazab dengan kepayahan kerana Allah sudah tidak lagi menolong kita malangnya ramai kalangan kita terus angkuh sombong enggan muhasabah diri lalu sengaja menzalimi diri dengan melakukan perbuatan keji memfitnah mencaci mencela konon dizalimi.

Rasulullah saw ada mengingatkan kepada kita,
"Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum pasti Dia menguji mereka. Maka siapa yang redha (terhadapnya) maka baginya keredhaan Allah, dan siapa yang marah (terhadapnya) maka baginya kemurkaan Allah."
(Hadits Riwayat Al-Tirmidzi dan Ibnu Majah)


Oleh itu, bersamalah kita hindari sengketa semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita selama ini.

Dari al-Barraa' bin Azib r.a., katanya telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah."
(HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)