Selasa, 15 Disember 2009

slmt pengantin baru adik ku

[KANGNASIR : 84971]



aslmkum.w.w.

imej 5hb Dis lalu.

sekadar ucapan slmt pengantin baru utk adik ku.

Suhaimi bin Mohamad
(guru bsr SAR K.G.2, ajk persatuan sar kafa negeri pahang & daerah jerantut serta s/u gabungan sar kafa wilyah jengka, )
& pasangannya
Nor Fadzilah bt Ahmad
 (tenaga pengajar..sar kafa taman pertama kuala lipis).

Semoga bahagia & membahagiakan,
sentiasa & selamanya.


tahniah kerana pengorbanan demi anak bangsa.

tanpa mengambil kira imbuhan yg diterima.

smga allah memberkatinya.

ganjaran lebih besar menanti mu diakhirat nanti.


Isnin, 9 November 2009

Muzik dalam hidupku.


Bismillahirahmannirahim..

Muzik bagi ku kadang2 bukan sekadar hiburan,
Ada kalanya muzik danpat mententeramkan jiwa dan fikiran,

Suatu ketika pernah saya alami saat2 duka,
setiap detik waktu emosi celaru fikiran terganggu,
kadang kala dalam solat diraka'at terakhir iblis datang menggangggu fikiran,
walaupun banyak cara kita cuba,
Selawat, tasbih, istighfar dan lain2,
namun gangguan dibenak yg tidak diundang pasti datang,

Bila dalam keadaan begini,
buat apa saja tidak bermakna, kebosanan sentiasa ada,
muzik kadang2 juga membosankan,

utk menghilangkan kebosanan ini,
bertemu rakan2 dan memainkan alat muzik atau pun menyanyi,
disini lah tempat utk melepaskan geram yg terbuku,
bila menyanyi, boleh menjerit sekuat hati,
bila memainkan alat muzik gitar, drum atau sebagainya,
palu/pukul &dan goreng sampai puas,
asal saja tindakan itu mengikut rentak yg betul dan bersesuaian.


Satu pengalaman yg mengerikan dalam dunia hiburan.
Waktu remaja awal 80an. Kumpulan/group muzik tidak sehebat skrg ini.
Sebagai pengganti bermain sebagai kaki pukul utk menghiburkan pengunjung pusat hiburan.


Alhamdulillah,
saya tidak terus terjerumus ke alam glamer.


Sabtu, 7 November 2009

Sempena ulang thn perkahwinan ke-19thn.

 Alhamdulillah.
tak sedar sudah 19thn kami bersama.

klik link dibawah utk ke laman kami & mengenali kami dgn lebih dekat.

Ucapan2 & Doa2 dari shbt2

kenali shbt2 di radio Malaysia KLfm
bergurau senda dgn mereka di
KgMMS

Sabtu, 24 Oktober 2009

Dayus


Petikan dari harian metro.

KUALA LUMPUR: Sanggup membutakan mata dengan kecurangan isteri, membiarkan isteri menyara keluarga sementara suami lebih selesa duduk goyang kaki di rumah dan mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

berita penuh...

Bismillahirahmannirahim..

bila saya baca artikal ini,
hati jadi sebak, tak tahu kenapa.
malang sungguh nasib mu wanita.

Dayus?
sebenarnya lebih ramai lagi kawan2 ku dayus tanpa mereka sedari.
yg mana saya kenal & tahu,
alhamdulillah sedikit sebanyak teguran & komen yg saya berikan meninggalkan kesan pada mereka yg faham & mereka yg benar2 berilmu & beramal.

Bila kita lihat disekeliling kita.
kita fikirkan mengapa wanita ramai yg berkerja?
utk apa mereka berkerja?
adakah betul tempat mereka disitu?

pada waktu sama.
kita lihat kaum adam.
dimana mereka?
mengapa mereka disitu?
utk apa mereka lakukan itu?
adakah mereka tahu?
adakah kita tahu?
adakah semua tahu?

Dizaman serba canggih ni.
berapa bilangan wanita di IPT berbanding lelaki.
sedarkah kita,
Bila adik2 perempuan kita sampai ketahap itu,
maka, keluarga & ayah ibu tentu berbangga.
mempunyai pekerjaan dengan gaji lumayan.
tapi malangnya jodoh pertemuan ALLAH tentukan,
pasangannya berpendapatan jauh lebih kecil.
(ramai berpendapat itu lumrah kehidupan)

Ditempat lain (di kampung2) pun sama.
Ramai wanita mengambil upah dengan berbagai2 cara bagi menampung keperluan keluarga.
sedangkan pada waktu yg sama,
dimana suami2 mereka berada?

ALANGKAH MALANG NASIB MU KAUM HAWA.
amat besar pengorbanan mu cuma sia2 & dipersiakan.
tugas suami dimana?
tugas istri dimana?
malang.... lebih ramai dari kamu melakukan tugas bagi tuntutan emosi zahir.
tanpa sedar membelakangkan syariat.
tanpa sedar mengikut emosi & nafsu.
tanpa sedar menjadikan suami2 menjadi DAYUS.
kerana tugas mu adalah dirumah.
rumah itu adalah syurga keluarga.
bersyukur apa yg diperolehi & reda apa yg ada,
insya'allah. kita mendapat keberkatannya.

semoga dengan ini,
kita fikirkan utk kebaikan keluarga & ummah.

Khamis, 22 Oktober 2009

Syawal yg berlalu tahun ini.

Syawal.

sempena merayakan kejayaan melawan nafsu.

bagi kanak2,
mereka belum faham mengenai perayaan menjelang syawal.


kebanyakan mereka kenal gembira berhari raya.






hari raya inilah saat yg mereka tunggu2 dgn rasa gembira.
mungkin kerana duit raya agaknya.

namun tak semua mereka bergembira.







pada hakikatnya,
ada antara mereka tidak bernasib baik.









juga bagi mereka yg kekurangan dalam ketaqwaan.

syawal lebih bermakna utk memperkuatkan keimanan.




smga bertemu di ramadhan akan datang bagi merayakan hari bermakna utk semua.






Isnin, 12 Oktober 2009

Mencari jalan menuju kepuasan.

Alhamdulillah.
Bersyukur kita kehaderat ALLAH, kerana menciptakan maanusia sebaik2 makhluk ciptaannya.
Bersyukur kita kerana maanusia diberi akal & perasaan@nafsu.
Bersyukur kita kerana maanusia diciptakan dengan pancaindera yg sempurna.

Langkah pertama mencari jln kepuasan.
Saya cuba menghayati naluri kanak2 dipusat2 beli-belah & pasar2.
Disini, kita akan lihat gelagat kanak2.
Selagi keinginannya tidak tercapai, mereka sanggup meraung2 meronta2.
Ada yg sanggup mengelupor dilantai kerana tidak berpuas hati hajatnya tidak tercapai.

Dalam usia sebegini, mereka belum mempunyai akal utk berfikir.
Apa yg ada pada mereka hanyalah perasaan@nafsu.

Langkah seterusnya mencari jln kepuasan.
Saya cuba mempelajari kemahuan mereka dialam persekolahan(tahap rendah).
Dalam usia sebegini, mereka mula belajar menggunakan akal yg di anugerahkan illahi.
Namun begitu anak2 gadis lebih awal menerima & menggunakan akal.

Bukan semua anak2 lelaki kita dalam usia  sebegini dapat menggunakan akal,
Mereka masih cenderung kepada sesuatu yg mereka minati(hiburan&permainan).

Ketika ini, sudah terlewat utk kita katakan bukan salah ibu mengandung.
Sebaik2nya, pada peringkat anak dalam kandungan,
kita hiburkan mereka dgn kalimah2 & zikir,
kita dendangkan dgn bacaan ayat2 suci al-quran.

Langkah mencari jln kepuasan selanjutnya.
Saya cuba melangkah mengikut rentak mereka.
Disinilah pentingnya disiplin dari rumah.
Mendisiplinkan mereka bukan ketika berada diusia ini.
Mendisiplinkan mereka sejak dari mereka belum menggunakan akal(kanak2).
Dalam usia remaja ketika ini, apa yg mereka mahu adalah ingin belajar & mencuba.
Mereka akan berbangga & megah sekiranya mereka lebih tahu dari rakan sebayanya,
Ketika inilah mereka berlumba2 menggunakan perasaan@nafsu.
Bukan menggunakan akal yg sepatutnya kita harapkan.

Tidak semua remaja gagal mengunakan akal.
Kerana kebanyakan dari ibu bapa berjaya mendisiplinkan mereka,
Namun begitu, pengaruh rakan2 akan membuatkan mereka tercabar dgn bertindak menggunakan emosi nafsu & perasaan.

Langkah mencari jln kepuasan belum berakhir.
Disini, terdapat banyak liku2 & cerun2 yg kita lalui.
Bagi mereka yg berjaya meneruskan pengjian & meneruskan bagi mengisi sisa2 hidup bercabang2 & bersimpang siur.
Belia yg diharapkan menjadi pewaris pemimpin utk bangsa, agama & Negara tidak ramai.
Majoritinya terdiri dari pemusnah bangsa itu sendiri.
Manakala, beliawanis lebih banyak Berjaya,
Akan tetapi..
Mereka Berjaya & bijak tidak semestinya Berjaya menggunakan akal,
Apa yg kita lihat dengar & baca, ramai kalangan belia & beliawanis terjebak dalam perkara yg tidak sihat.
Rata2, ramai berpendapat ini adalah dari pengaruh IT, media masa(eletronik & cetak), pengaruh rakan2 & berbagai2 alasan.
Pernahkah kita terfikir, ada kalanya rakan2 seusia dgn saya sendiri yg memerlukan mereka. (na’uzubillah).

Langkah terakhir  mencari jln kepuasan.
Semoga allah melindungi diri kita & keluarga kita dari godaan iblis laknat.
Jika tindakan kita lakukan menggunakan akal kita akan selamat dunia & akhirat.
Manakala, jika tindakan kita menggunakan emosi perasaan & nafsu.
Kecundanglah kita. kerana nafsu sentiasa didampingi iblis laknatullah.

Dalam politik.
Adakalanya rakan2 seusia dgn saya terlalu taksub dgn parti yg mereka sokong.
Ada yg sanggup berpanas, berhujan & dihujani air pancutan asal mereka puas.
& mereka bangga lakukan begitu.

Ada juga antara pemimpin2 bertindak dgn beremosi.
berwajah ceria tapi kata2 nista. Ada juga berwajah murung tapi tenang berbicara.
Inilah politik. Bila islam dijadikan politik. Maka terpesong aqidah bangsa ku.
Orang bertaqwa & berilmu tidak akan bertindak ketika dalam keadaan marah.
Kerana, bila emosi menguasai akal, segala tindakan diluar batasan.
Sebagaimana orang mabuk ketika bertindak.

Maka Langkah perjalanan ku  mencari jln kepuasan.
Berakhir disini. Semoga kita tidak tergolong dgn mereka yg menggunakan emosi@nafsu dari menggunakan akal. Kita semua bukanlah kanak2 yg hanya ada naluri nafsu.
Selagi tindakan & keinginan kita tidak tercapai, kita tidak dapat mencapai tahap klimak kepuasan.
Akan tetapi, jika sentiasa reda & bersyukur. Keberkatan, ketenangan & kepuasan akan menyusul.
Insya’allah.

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang.
Dan bukan mudah utk memuaskan hati salah seorang diantara mereka.
Kerana salah seorang dari mereka itulah penyebab kepada merebaknya penyakit dengki & khianat.
Seperti virus yg mudah berjangkit dikalangan masyarakat.
Pada umumnya.
Undang2 atau hukum2 ketetapan ALLAH adalah hukum yg sebaik2nya.
manakala, undang2 dan hukum ciptaan manusia boleh diubah bila2 masa dan mengikut selera semasa.

Sudah memang sifat manusia.
Mereka seolah2 tidak gentar pada hukuman,
kesalahan bagi pengedar dadah umpamanya, disabit kesalahan dikenakan hukuman gantung sampai mati.
namun org islam tidak gentar berjihad menuntut kepuasan emosi.
apatah lagi hukuman dari ALLAH yg kesannya tidak dapat dirasai semasa hayat masih ada.
Iman dan taqwa saja dapat menangkis segalanya. dan bertapa besarnya azab dari ALLAH diakhirat nanti.
semoga kita dijauhi.
insya'allah.


Ahad, 13 September 2009

Mlm Lailatul Qadar.

Aslmkum.w.w.

dalam pada sebahagian dari kita memburu rahmat kurniaan ILLAHI,
sebahagian saudara2, adik2 & anak2 kita leka memburu dosa2.

Kepada semua shbt2 bloger.
cuba kita lupakan sejenak tentang politik.
SAYA MENYERU & MERAYU AGAR ANDA SEMUA MENOLEH SEBENTAR,
pandang & renung2kan lah.

KEMANA ARAH TUJU KITA SEBENARNYA.
KEMANAKAH arah tuju saudara2, adik2 & anak2 kita.

 lapuran dari
KUALA LUMPUR: Sepuluh Ramadan terakhir sepatutnya dimanfaatkan dengan memperbanyakkan ibadat pada waktu malam. Namun segelintir anak muda juga sibuk berjaga malam tetapi bukan untuk beribadat, sebaliknya menyertai pesta liar. 

myMetro

Shared via AddThis

(imbas catatan terdahulu)

Mengapa terjadi?
Adakah salah pemerintah yg tidak melaksanakan hukum hudud?
Adakah salah pemerintah yg tidak menjalankan tugas penguatkuasaan?
Adakah salah pemerintah yg tidak tegas menangani isu2 atau gejala2 sosial?
Adakah salah pemerintah yg membenarkan media2 masa memberi hiburan2 bagi menggalakan remaja2 terjerumus ke dalam maksiat?
Banyak lagi pertanyaan yg ingin saya kongsikan bersama anda semua.
Dimanakah silapnya.
Dalam pada kita bertelagah sesama sendiri tentang politik,
kita lupa seketika tentang adik2 kita, anak2 kita atau saudara2 kita.
Kita semua masing2 berlumba2 bercakaran kerana taksub pada pemimpin masing2 yg konon pembela bangsa. Tak kira dari mana parti politik.
Samada yg berlabelkan islam mau pun pertimbangan. Mereka semua org melayu@islam.
Sedang kita & pemimpin2 kita bertelagah sesama sendiri,
Mereka adik2 lelaki kira juga berlumba2 mengejar maut,
Ada yg memburu impian menjadi doctor sendiri,
Tak kurang juga pelakon pemuas nafsu,
Dalam pada itu juga, adik2 perempuan kita masing2 bermegah dapat jadi alat sebagai permainan kepada bangsa2 asing yg romentik.
Berlumba2 mengejar dosa & maksiat.
APA SEBENARNYA MATLAMAT PERJUANGAN BANGSA KITA?
Pemimpin kita memperjuangkan keamanan, keharmonian dalam politik tetapi dipersalahkan.
Pemimpin2 kita memperjuangkan keadilan & memperjuangkan islam tetapi yg sering kita dengar, baca & lihat Cuma bermati2an mencari salah org.
DIMANAKAH KEBENARAN MATLAMAT PERJUANGAN MEREKA/KITA UNTUK BANGSA, AGAMA & NEGARA.

Salam aidil fitri.

[KANGNASIR : 84971]

aslmkum.w.w.

bila kehadiran kita dinanti.
terasa diri ini dihargai.
inilah cinta insani.

segala nikmat yg diberi adalah dari kurniaan illahi.
kita terima segala dugaannya dengan reda,
agar kita sentiasa mensyukuri.


Salam aidil fitri dari kami sekeluarga,
Segala keterlanjuran bicara,
ampun & maaf kami pinta,
Semoga kita sentiasa mendapat hidayahnya,
Dari yg maha ESA.

Ahad, 30 Ogos 2009

Salam kemerdekaan.


Aslmkum.w.w.

SALAM KEMERDEKAAN SEMUA.

Sejenak..cuba kita lupakan ttg politik.

skrg kita fikir masa depan bangsa kita.

BANGSA YG MERDEKA.

Bangsa kita dlm apa jua yg berkaitan salahlaku seperti DADAH, ARAK, RAGUT, KHALWAT/ROGOL, BUANG ANAK & kebanyakannya dimenopoli bangsa kita melayu@islam. Mengapa terjadi?

Adakah salah pemerintah yg tidak melaksanakan hokum hudud?

Adakah salah pemerintah yg tidak menjalankan tugas penguatkuasaan?

Adakah salah pemerintah yg tidak tegas menangani isu2 atau gejala2 sosial?

Adakah salah pemerintah yg membenarkan media2 masa memberi hiburan2 bagi menggalakan remaja2 terjerumus ke dalam maksiat?

Banyak lagi pertanyaan yg ingin saya kongsikan bersama anda semua.

Dimanakah silapnya.

Dalam pada kita bertelagah sesama sendiri tentang politik,

Cuba kita toleh seketika tentang adik2 kita, anak2 kita atau saudara2 kita.

Kita semua masing2 berlumba2 bercakaran kerana taksub pada pemimpin masing2 yg konon pembela bangsa. Tak kira dari mana parti politik.

Samada yg berlabelkan islam mau pun pertimbangan. Mereka semua org melayu@islam.

Sedang kita & pemimpin2 kita bertelagah sesama sendiri,

Mereka adik2 lelaki kira juga berlumba2 mengejar maut,

Ada yg memburu impian menjadi doctor sendiri,

Tak kurang juga pelakon pemuas nafsu,

Dalam pada itu juga, adik2 perempuan kita masing2 bermegah dapat jadi alat sebagai permainan kepada bangsa2 asing yg romentik.

Berlumba2 mengejar dosa & maksiat.

APA SEBENARNYA MATLAMAT PERJUANGAN BANGSA KITA?

Pemimpin kita memperjuangkan keamanan, keharmonian dalam politik tetapi dipersalahkan.

Pemimpin2 kita memperjuangkan keadilan & memperjuangkan islam tetapi yg sering kita dengar, baca & lihat Cuma bermati2an mencari salah org.

DIMANAKAH KEBENARAN MATLAMAT PERJUANGAN MEREKA/KITA UNTUK BANGSA, AGAMA & NEGARA.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Sultan Selangor tolak usul untuk seleweng wang zakat

2009 Ogos 19


Sultan Selangor tolak usul untuk seleweng wang zakat


Ogos 19, 09 2:57pm

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini dengan tegas menolak sebarang cadangan untuk menggunakan wang zakat bagi tujuan selain daripada membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri itu.

"Beta sekali-kali tidak berkenan wang zakat ini diambil, dipinjam atau disalurkan untuk perkara-perkara lain," titah baginda ketika merasmikan Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor di sini hari ini.

Dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya wang Baitulmal yang diperoleh daripada sumbangan zakat digunakan bagi tujuan pembangunan negeri.

"Beta tidak berkenan mereka yang luar dari pentadbiran Lembaga Zakat Selangor ini campur tangan dalam pengurusan zakat negeri ini," titah baginda, lapor Bernama.

Baginda juga mahu supaya dijelaskan kepada rakyat mengenai perbelanjanan kutipan zakat pada setiap tahun.

"Pengurusan zakat hendaklah dilakukan dengan betul dan janganlah adanya berlaku penyelewengan dalam pengurusan, kutipan dan pembahagiannya. Mereka yang melakukan penyelewengan maka akan menerima pembalasan dari Allah Subhanahu Wata'ala," titah Baginda.

Sultan Selangor juga menjelaskan bahawa baginda sangat-sangat mengambil berat dan mengikuti akan pengurusan zakat di negeri itu.

Baginda bertitah bahawa mereka yang terlibat dalam pengurusan zakat di negeri itu telah diberi penuh kepercayaan dan segala kutipan yang telah dibuat hendaklah diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor sepenuhnya untuk diuruskan dengan sempurna.

Konvensyen sehari itu dianjurkan bersama oleh Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

sumber - malaysiakini


Dicatat oleh AIDC di 8/19/2009 04:11:00 PM http://3.bp.blogspot.com/_m9JzfOJfe8Q/Sou0dL51X0I/AAAAAAAAFHU/-6KczAoLHVc/s1600-h/sultanselangor.gif


Daulat Tuanku.

Seandainya mereka tetap lakukan tanpa perkenan DULI.
Maka, saya tidak tahu bagaimana jadinya,
mungkin ada orang yg menunaikan kewajipan tetapi tidak ikhlas.


Andai terjadi diPenang.
Hanya ada yg Dipertua, Bagaimanakah akhirnya?
setiap tahun sebelum menjelang syawal.
anak2 yatim disetiap kg2 & warga2 tua serta ibu2 tunggal dan keluarga miskin akan menerima bantuan, sumbangan serta zakat dari individu2 semasa era pemerintahan BN.

amat menyedihkan,
tahun lalu kebanyakan individu termasuk keluarga2 miskin mengeloh tidak ada ertinya syawal di tahun lalu.

Apa yg agak mengecewakan.
AJK2 PKR mewah dapat duit raya. tetapi dari siapa utk siapa.
dgn bangga mereka berkata bahawa ini sumbangan bukannya penyelewengan.
semoga terbuka hati mereka utk membantu yg memerlukan.





(bicara saya sebelum ini)

Salam Ramadhan



slmt beribadah d bulan ramadhan.
Smga dilimpahkan rezekinya, jauhkan drp fitnah,
penganiayaan & penghinaan,
suburkan benih keimanan dgn penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Makbulkan cita2nya yang murni.
Amin Ya Rabbal A''lamin.
Selamat menyambut ramadhan.




Aktivity Ramadhan sebelum menjelang Syawal.


aslmkum.w.w.


Zakat & Fitrah.

setiap tahun sebelum menjelang syawal.

anak2 yatim disetiap kg2 & warga2 tua serta ibu2 tunggal dan keluarga miskin akan menerima bantuan, sumbangan serta zakat dari individu2 semasa era pemerintahan BN.


amat menyedihkan,

tahun lalu kebanyakan individu termasuk keluarga2 miskin mengeloh tidak ada ertinya syawal di tahun lalu.


Apa yg agak mengecewakan.

AJK2 PKR mewah dapat duit raya. tetapi dari siapa utk siapa.

dgn bangga mereka berkata bahawa ini sumbangan bukannya penyelewengan.

semoga terbuka hati mereka utk membantu yg memerlukan.





Jumaat, 7 Ogos 2009

Pendirian ku tentang wang segera.



Terdapat banyak progaram atau pun MLM mau pun jualan langsung.


Bagi saya,
biarlah saya sebagaimana skrg ini,
asalkan ianya dari hasil yg kita usahakan dan dari sumber yg kita tahu.
alhamdulillah.
walau serba kekurangan, sekurang2nya saya mampu membantu keluarga dan mereka yg lebih memerlukannya.

KEANPA?

Biasanya, skim itu menganjurkan agar kita menaja org bawahan dan seterusnya,
org yg kita taja perlu mencari yg lain agar aliran sentiasa berkembang maju.
Dari sini maka kita dapat hasil lumayan dari hasil usaha org yg kita taja itu.

Cuba kita bayangkan dlm kekeluargaan umpamanya.
kita selaku anak pertama.
kita lantik seorang adik, dan salah seorang anak kita.
secara langsung, adik dan anak kita juga terpaksa melantik salah seorang adik/anak yg lain. sehinggalah kecucu/cicit.
diakhirnya. bagaimana nasib cucu2 dan cicit2 tu nanti?
berapa lama mereka harus menunggu agar mereka juga akan mengecapi kemewahan yg kita kecapi?

Kesimpulannya.
Hasil yg kita perolehi itu seolah2 sama seperti kita mencuri hasil titik peloh org lain.
Dan kita menipu shbt/saudara sendiri utk kepentingan diri.



Rabu, 29 Julai 2009

Aku & Politik.

sebenarnya. aku tak suka dgn politik.
politik ibarat dunia lakonan tanpa skrip tapi kadangkala ada pengarah.

Tetapi.
aku cukup benci dengan perbalahan kerana politik.
hingga ada org melayu sanggup memakai topeng islam demi memperjuangkan islam tetapi tidak berlandaskan islam sebenarnya.
Sehingga saat ini aku rasakan terlalu genting, bangsaku bertelagah sesama sendiri demi membela org kafir. sudah terbukti sejarah politik diperak. sebahagian besar orang melayu sanggup berjuang konon memperjuangkan keadilan bagi pihak yg majoritynya KAFIR(DAP). dan sebahagian lagi memperjuangkan maruah bangsa yg mejoritynya melayu@islam.


Kepada semua shbt2, saudara2 ku, Tak kira siapa anda yg sebangsa & seagama dengan saya. kita adalah bersaudara.
Saya harap, jgnlah kerana politik kita saling membenci.

salam tksh kerana sudi memahami saya