Isnin, 12 Oktober 2009

Mencari jalan menuju kepuasan.

Alhamdulillah.
Bersyukur kita kehaderat ALLAH, kerana menciptakan maanusia sebaik2 makhluk ciptaannya.
Bersyukur kita kerana maanusia diberi akal & perasaan@nafsu.
Bersyukur kita kerana maanusia diciptakan dengan pancaindera yg sempurna.

Langkah pertama mencari jln kepuasan.
Saya cuba menghayati naluri kanak2 dipusat2 beli-belah & pasar2.
Disini, kita akan lihat gelagat kanak2.
Selagi keinginannya tidak tercapai, mereka sanggup meraung2 meronta2.
Ada yg sanggup mengelupor dilantai kerana tidak berpuas hati hajatnya tidak tercapai.

Dalam usia sebegini, mereka belum mempunyai akal utk berfikir.
Apa yg ada pada mereka hanyalah perasaan@nafsu.

Langkah seterusnya mencari jln kepuasan.
Saya cuba mempelajari kemahuan mereka dialam persekolahan(tahap rendah).
Dalam usia sebegini, mereka mula belajar menggunakan akal yg di anugerahkan illahi.
Namun begitu anak2 gadis lebih awal menerima & menggunakan akal.

Bukan semua anak2 lelaki kita dalam usia  sebegini dapat menggunakan akal,
Mereka masih cenderung kepada sesuatu yg mereka minati(hiburan&permainan).

Ketika ini, sudah terlewat utk kita katakan bukan salah ibu mengandung.
Sebaik2nya, pada peringkat anak dalam kandungan,
kita hiburkan mereka dgn kalimah2 & zikir,
kita dendangkan dgn bacaan ayat2 suci al-quran.

Langkah mencari jln kepuasan selanjutnya.
Saya cuba melangkah mengikut rentak mereka.
Disinilah pentingnya disiplin dari rumah.
Mendisiplinkan mereka bukan ketika berada diusia ini.
Mendisiplinkan mereka sejak dari mereka belum menggunakan akal(kanak2).
Dalam usia remaja ketika ini, apa yg mereka mahu adalah ingin belajar & mencuba.
Mereka akan berbangga & megah sekiranya mereka lebih tahu dari rakan sebayanya,
Ketika inilah mereka berlumba2 menggunakan perasaan@nafsu.
Bukan menggunakan akal yg sepatutnya kita harapkan.

Tidak semua remaja gagal mengunakan akal.
Kerana kebanyakan dari ibu bapa berjaya mendisiplinkan mereka,
Namun begitu, pengaruh rakan2 akan membuatkan mereka tercabar dgn bertindak menggunakan emosi nafsu & perasaan.

Langkah mencari jln kepuasan belum berakhir.
Disini, terdapat banyak liku2 & cerun2 yg kita lalui.
Bagi mereka yg berjaya meneruskan pengjian & meneruskan bagi mengisi sisa2 hidup bercabang2 & bersimpang siur.
Belia yg diharapkan menjadi pewaris pemimpin utk bangsa, agama & Negara tidak ramai.
Majoritinya terdiri dari pemusnah bangsa itu sendiri.
Manakala, beliawanis lebih banyak Berjaya,
Akan tetapi..
Mereka Berjaya & bijak tidak semestinya Berjaya menggunakan akal,
Apa yg kita lihat dengar & baca, ramai kalangan belia & beliawanis terjebak dalam perkara yg tidak sihat.
Rata2, ramai berpendapat ini adalah dari pengaruh IT, media masa(eletronik & cetak), pengaruh rakan2 & berbagai2 alasan.
Pernahkah kita terfikir, ada kalanya rakan2 seusia dgn saya sendiri yg memerlukan mereka. (na’uzubillah).

Langkah terakhir  mencari jln kepuasan.
Semoga allah melindungi diri kita & keluarga kita dari godaan iblis laknat.
Jika tindakan kita lakukan menggunakan akal kita akan selamat dunia & akhirat.
Manakala, jika tindakan kita menggunakan emosi perasaan & nafsu.
Kecundanglah kita. kerana nafsu sentiasa didampingi iblis laknatullah.

Dalam politik.
Adakalanya rakan2 seusia dgn saya terlalu taksub dgn parti yg mereka sokong.
Ada yg sanggup berpanas, berhujan & dihujani air pancutan asal mereka puas.
& mereka bangga lakukan begitu.

Ada juga antara pemimpin2 bertindak dgn beremosi.
berwajah ceria tapi kata2 nista. Ada juga berwajah murung tapi tenang berbicara.
Inilah politik. Bila islam dijadikan politik. Maka terpesong aqidah bangsa ku.
Orang bertaqwa & berilmu tidak akan bertindak ketika dalam keadaan marah.
Kerana, bila emosi menguasai akal, segala tindakan diluar batasan.
Sebagaimana orang mabuk ketika bertindak.

Maka Langkah perjalanan ku  mencari jln kepuasan.
Berakhir disini. Semoga kita tidak tergolong dgn mereka yg menggunakan emosi@nafsu dari menggunakan akal. Kita semua bukanlah kanak2 yg hanya ada naluri nafsu.
Selagi tindakan & keinginan kita tidak tercapai, kita tidak dapat mencapai tahap klimak kepuasan.
Akan tetapi, jika sentiasa reda & bersyukur. Keberkatan, ketenangan & kepuasan akan menyusul.
Insya’allah.

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang.
Dan bukan mudah utk memuaskan hati salah seorang diantara mereka.
Kerana salah seorang dari mereka itulah penyebab kepada merebaknya penyakit dengki & khianat.
Seperti virus yg mudah berjangkit dikalangan masyarakat.
Pada umumnya.
Undang2 atau hukum2 ketetapan ALLAH adalah hukum yg sebaik2nya.
manakala, undang2 dan hukum ciptaan manusia boleh diubah bila2 masa dan mengikut selera semasa.

Sudah memang sifat manusia.
Mereka seolah2 tidak gentar pada hukuman,
kesalahan bagi pengedar dadah umpamanya, disabit kesalahan dikenakan hukuman gantung sampai mati.
namun org islam tidak gentar berjihad menuntut kepuasan emosi.
apatah lagi hukuman dari ALLAH yg kesannya tidak dapat dirasai semasa hayat masih ada.
Iman dan taqwa saja dapat menangkis segalanya. dan bertapa besarnya azab dari ALLAH diakhirat nanti.
semoga kita dijauhi.
insya'allah.


1 ulasan:

salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.

luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.

Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.

salam ukhwah utk semua.