Khamis, 9 Februari 2017

Siapa ULAMA SUK (Ulama yang berhati Srigala)

Siapa ULAMA SUK (Ulama yang berhati Srigala)
(klik kepautan asal)




Siapa ULAMA SUK (2)
(Ulama yang berhati Srigala)
Kadang kita sengaja diajak oleh ilmuan supaya TERJUN KENERAKA dengan seruan-seruanya mempergunakan kesucian agama serta Dalil dan Nas sewenang-wenangnya utk kepentingan dirinya bagi meninggikan darjat mereka didunia. Dan mereka inilah GOLONGAN ULAMA SUK.

Iaitu golongan yang mengharap sokongan pujian manusia bagi meninggikan darjatnya dengan berkata pada perkara yang memberi kepuasan serta menyukakan hati kita sedangkan perkara itu adalah perkara yang Allah murka. Kami warga miskin kadang hairan mengapa ilmuan dan orang ramai sering mempergunakan nasib kami menghasut kami supaya ikut sama KUFUR? Allahuakbar.

Allah dan Rasulullah saw sudahpun mengingatkan mereka. Tapi NAFSU mereka tetap ingkar walaupun mereka sendiri adalah TAHFIZ. Dalam hadis FITNAH AKHIR ZAMAN Rasulullah saw mengumpamakan mereka sebagai manusia yang BERHATI SRIGALA.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.
(H.R Termizi)


Manakala Allah beri perumpamaan kepada mereka seperti anjing yang menjelir lidah walhal sepatutnya dengan KETINGGIAN ILMU mereka itu Allah TINGGIKAN DARJAT MEREKA. Dan Allah umpamakan mereka persis anjing yang menjelir lidah.

Firman Allah: (maksudnya)
“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. 
(Surah al-A’raf: ayat 175-176). 

Begitulah hebatnya FITNAH AKHIR ZAMAN maka itulah semakin ramai meninggalkan amalan-amalan islam sengaja mengikut kafir dengan amalan-amalan orang kafir. Lihat saja FENOMENA POLITIK sekarang usankan saudara mukmin kita sedangkan ustaz-ustaz politik pun berlumba-lumba mengikut kafir mengamalkan amalan orang kafir.

Semoga kita semua terhindar dari tipu daya FITNAH DAJAL AKHIR ZAMAN.