Ahad, 28 Mac 2010

Menongkah arus dengan irigan doa restu ibu.

BISMILLAHIROHMANIROHIM.............


Belum puas ku berkorban dan berbakti utk mu.
namun kau pergi jua akhirnya dengan senyum ceria terukir diwajah mu ibu ku MIMAH BT ABD JALAL.
smga Allah menempatkan dirimu bersama dalam golongan org2 terbaik dikalangan yg terbaik disisiNya.
anak2 mu akan sentiasa berdoa agar ibu damai disana




Pemergiannya tanpa diduga.
Mak pergi tanpa ku disisi.
Kerana ketika itu,
aku jauh diselatan tanah air. pemergian mak aku baru sampai di Pagoh.
Bapak menyusul selepas 15hari emak damai disana.
Ketika ku menemani bapak,
aku bagai menanti kehadiran Izrail.
Bacaan yassin ke-2 sebelum tiba waktu maghrib.
aku cium bapak yg sudah 3hari koma.
dan aku mohon ampun serta aku mewakili semua kakak, abang serta adik memaafkan dan memohon maaf padanya. kami reda andai itu yg terbaik utknya,
ku lihat bapak terus teringat seorang shbt yg pernah koma (alhamdulillah skrg sihat) dia sedar apa yg adik2 kawan2 ucapkan agar sebut nama Allah mengucap dan sebagainya. dia tahu semua itu dan sampai naik muak ucap beliau.
aku lihat air mata bapak berlinangan bagai mengerti apa yg ku nyatakan.

bapak pergi selepas bacaan yassin ke-3 jam 2.30pagi.
jam 3.00pg denyutan dan jantung bapak terhenti.
adik2 ku hubungi sebagai ganti agar aku dapat pulang ke KL menjemput is3.
Tepat azan subuh ketika dalam perjalanan ke surau, bapak pergi utk selama2nya.


Alhamdulillah.
harta yg paling berhaga emak dan bapak tinggalkan utk kami adalah ILMU.
Aku memerlukan.
Doa restu emak ketika aku kehausan & kegelapan,
Doa dan restu mak ketika aku tergapai2 kelemasan.

Memang sudah lumrah kehidupan.
Penghinaan, cacian, cercaan dan fitnah sentiasa mengiringi kami.

Bila ada insan yg bersimpati,
Tetapi ada juga org yg sakit hati.

Ada segelintir yg membantu,
Tetapi lebih ramai yg tidak ambil tahu,

Bila ada insan yg baik hati,
tetapi terlalu ramai yg jadi batu api.

Kemana saja langkah pasti ada mata memerhati.
maka jika ada insan yg daif skrg ini pergi menjauhkan diri.
aku bersimpati dan mengerti.
kerana itu lebih baik dari dari mendampingi mereka yg sentiasa bersimpati kerana iri hati.

Ketika jatuh dan bangun bersama doa dan restu emak

Tinggal lah kami bersama2 tanpa mu emak ku

Search Amazon.com for Search Amazon.com for

7 ulasan:

  1. Salam !! Setelah mereka tiada baru kita terasa kehilangannya. Masa mereka ada kita lupa untuk melayaninya.. biarkan saja mereka hidup tanpa belaian kita. Kita sibuk dengan kerja dan urusan rumahtangga. Ya Allah ampunkan kami kerana tak perihatin pada orang tua kami sekalian. Amin.

    BalasPadam
  2. Tksh.
    tanpa doa restunya,
    belum pasti saya dapat bertemu shbt2 dialam maya ini.

    BalasPadam
  3. Salam...Al-fatihah Untuk Ayah & Ibu Anda. Semuga Allah Mencucuri Rahmat Ke atas Roh2 Mereka...Amiiin!

    BalasPadam
  4. tksh ct.

    entah esok, entah lusa,
    kita juga akan kesana.

    smga Allah menerima amalan kita sebagai bekalan nanti,

    BalasPadam
  5. Tersentuh sekali dgn berita yg disampaikan. Semuga kang Nasir sentiasa tabah dan dirahmati.

    BalasPadam
  6. tksh dr & semua,
    Semuga kita semua sentiasa tabah dan dirahmati Allah hendaknya.

    BalasPadam
  7. Tksh semua,
    menghargai meratapi kepayahan semasa hayatnya,
    lebih baik daripada,
    meratapi menangisi setelah pemergiannya.

    BalasPadam

salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.

luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.

Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.

salam ukhwah utk semua.