Sabtu, 16 April 2011

HIBURAN TERANCANG YG TERLAMPAU. (3)

HIBURAN TERANCANG YG TERLAMPAU. (3)

Gembira yg menggembirakan,
Bukanlah kerana hiburan yg menghiburkan.
Ianya dari kedamaian, ketenangan yg menyenangkan,
Timbulnya Bahagia yg membahagiakan.
Sentiasa dan selamanya.


Saya berminat pada satu artikel dalam Harian metro,
Jumaat 15hb.Apr2011

Hiburan barat saji adegan ganas (sila klik utk kepautan)

Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my
Antara perkongsiannya.
Jelas sekarang kita sedang berdepan budaya berhibur luar biasa yang boleh menggugat kedudukan umat Islam. Jika dibuat perbandingan, program televisyen berbentuk keagamaan atau pendidikan masih terlalu kecil peratusannya berbanding program hiburan. 

Selain itu.
Sekiranya diamati, hiburan melampau datangnya daripada pengaruh golongan kafir yang jauh dari tuhan. Maka mereka mencari jalan untuk menggembirakan diri dengan hiburan.
Semua itu agenda Yahudi bagi merosakkan akhlak umat Islam. Paling ditakuti, jika matlamat mereka itu tidak disekat maka ia pasti mengakibatkan akidah umat Islam terjejas teruk.
Memang tidak dapat disang�kal, isu keruntuhan moral dalam masyarakat kita seperti seks bebas, pembuangan dan pembunuhan bayi luar nikah adalah berpunca daripada hiburan yang tidak terkawal.
Bagi remaja yang bermasalah seperti itu, mereka pasti ‘tempang’ dari segala sudut termasuk pendidikan, akhlak, hubungan dengan masyarakat sekeliling, malah hubungan mereka dengan ibu bapa sendiri juga bermasalah.
Mana mungkin mereka berupaya menjadi teladan kepada adik-beradik lain jika mereka terjebak dengan masalah sosial. Tentu sekali luluh sama sekali perasaan ibu bapa jika mendapati anak gagal dalam kehidupan mereka.
Bolehlah dirumuskan, jika hiburan diangkat ke tahap melampau pasti ia membawa kesan buruk kepada pembentukan keluarga, masyarakat dan negara.

Sebelum ini 
Saya juga pernah beberapa kali membincangkannya dalam FaceBook.
Antaranya 
5 - Malah posting dalam terdahulu dalam blog Muzik dalam hidupku.

Perkongsian ini sekadar mengingatkan.
Kerana, utk bercerita soal hukum,
Saya bukanlah org yg layak utk menyatakannya.
Sebagai bersaudara, maka menjadi satu kewajiban kita utk saling mengingatkan,
sebagaimana Rasullullah S.A.W bersabda dalam hadis yg bermaksud.
"Barangsiapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubah dgn tangan jika tidak boleh maka dengan  lisannya, jika tidak boleh juga maka dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman.”




Pada malam  9.25pm 03hb.Apr.2011.
Hampir kesemua remaja2 melayu@islam,
malah adakalanya kanak2 juga ibu dan bapa menyaksikan siaran langsung diTV3. 
Dimana acara kemuncak bagi Anugerah kpd artis2.
Iaitu menganugerahkan jasa mereka yg secara langsung bagi membudayakan hiburan terancang yg terlampau.
Salah satu perkongsian Maksiat dalam Malam Anugerah
Kesimpulan yang dapat diambil adalah majlis tersebut sepatutnya mengawal semua artis-artis supaya berpakian menutup aurat. Bagaimana majlis tersebut dapat memperolehi keberkatan dan mengikut cara Islam. Malangnya kebanyakkan yang terlibat itu adalah dari umat Islam, mereka tidak menghiraukan perintah Allah dan inilah yang dinamakan sebagai orang yang sesat dan rugi.

Pada artikel terdahulu dalam Akhbar sama Metro Minggu.
Dengan bangga artis menyatakan.
Gelaran seksi dari peminat itu adalah satu anugerah dari peminat.
Berkemungkinan peminat memerli atau menegur, tetapi sebaliknya mereka bertambah bangga dengan kejahilan mereka. Klik utk kepautan Bangga membanggakan keaiban.
Ada yg berbangga,
dengan fesyen menjolok mata,
hanya sekadar berbangga,
mata lelucky tertumpu kepadanya,
tanpa sedar, mereka berbangga,
memperlihatkan keaiban@kemaluan@perhiasan dirinya.

Mengapa perlu berbangga,
dengan kejahilan semata.


Malah.. satu artikel sebelum itu,
Seorang artis berpendapat.
Jangan diukur @ pandang pada pakaian.
Orang seksi kadang lebih baik dari mereka yg bertudung.

Bagi pandangan saya.
Bagaimana caranya menjaga isi buah dipokok agar berkeadaan baik sebelum dituai.
Anggap isi itu hati@iman kita.
Kulit itu diri kita.
Adakah dengan membiarkan kulit terdedah isi buah akan sentiasa baik.

Lainlah buah itu sememangnya yg tidak berharga.
Lalat habitatnya ditempat kotor.
Walau daging/buah yg segar sekalipun, andai lalat menghurung mustahil daging/buah tidak rosak berulat.

Utk menjaga isi agar sentiasa segar & baik.
Bermula dari dengan menjaga kulit, menutup dengan sempurna.
barulah isi sentiasa berkeadaan baik segar seadanya sebelum dituai.
Insya'Allah, segar hingga ke akhirat.

Oleh itu..
Gembira yg menggembirakan,
Bukanlah kerana hiburan yg menghiburkan.
Ianya dari kedamaian, ketenangan yg menyenangkan,
Timbulnya Bahagia yg membahagiakan.
Sentiasa dan selamanya.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.

luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.

Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.

salam ukhwah utk semua.