Rabu, 19 Julai 2017

Forum 'ISLAM JALAN PENYELESAIAN.



Alhamdulillah ulama branded islam telah menyedari ISLAM JALAN PENYELESAIAN.

Alhamdulillah. Admin amat mengalu-alukan penganjuran Forum Perdana "Islam Jalan Penyelesaian" yang akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad iv bersama Ust Tuan Ibrahim, Yb Ust Mohd Amar, Dr. Najihatussolehah, Ann Wan Seng dan Ust Mohd Fadhli Saari pada 20hb July ini.

Admin amat mengalu-alukan sahabat-sahabat dikelantan agar dapat luangkan masa menghadirkan diri dalam forum ini jika boleh kongsikan klip rakaman dari forum tersebut. Nanti kita boleh bincang bersama kemudian. Adakah kongsian mereka benar-benar mengikut garis panduan yang tersedia ada dalam Quran & Sunnah atau mengikut islam branded islam sebagaimana mereka lakukannya selama ini.

Sahabat yang menghadiri forum itu boleh add nama admin atau kongsikan klip distatus admin ini atau pada pada kongsian ini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=886615944848150&id=100004992577825&fs=4&ref=bookmarks

ISLAM JALAN PENYELESAIAN membawa maksud tidak ada sebarang alasan menolak kebenaran kearah kebaikan bersama dunia hingga akhirat bersandarkan GARIS PANDUAN titik persamaan yang sedia ada dalam Quran dan Sunnah. Kerana punca tercipta TITIK PERBEZAAN itu adalah ANGKARA NAFSU ULAMA.

Kongsian admin terdahulu dipautan ini.
https://m.facebook.com/kang.nasir/photos/a.1252396331483199.1073741883.465342536855253/1268878543168311/?type=3&source=54

Kenapa ISLAM JALAN PENYELESAIAN?
1- Agama adalah nasehat.
Bersandarkan Hadis Rasulullah saw mengingatkan kepada kita menfaatnya islam.
Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda,
" Agama itu adalah nasihat". Kami bertanya, "Untuk siapa?" Baginda menjawab, "Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya".
(Hadith Riwayat Muslim)

2- Mendamaikan saudara yang bertelingkah itu KEWAJIPAN bagi orang yang beriman.
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
(Al-Hujurat ayat 10)

Ini perintah Allah yang para ulama #PakLebai politik dan #PakWahab INGKARI. Malah semakin tinggi kedudukan mereka semakin sombong mendabik dada konon bila mampu korbankan kesucian agama memburu darjat dunia itu mulia disisi Allah.

3-Setiap mukmin bersaudara.
Jika memang benar kita beriman kepada Allah. TIDAK ADA ALASAN menolak jalinan ukhwah dengan mencipta GARIS TITIK PERBEZAAN konon bila kita pejuang islam branded islam itulah islam sebenar serta golongan yang beriman. Sedangkan, Rasulullah saw dah pun pesan kepada orang yang beriman.
Daripada Anas RA, Rasulullah SAW bersabda,
"Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
( Hadith Riwayat Muttafaqun ‘Alaih)

Sama-sama kita berdoa kepada Allah semoga semua ilmuan ulama-ulama dan PakLebai politik dapat mengajak saudara mukmin branded islam agar kembali kepada islam dengan menjadikan islam sebagai AMALAN. Dan itulah jalan penyelesaian dalam islam. Bukannya mempergunakan islam dengan angkuh sombong lambung-lambung memfitnah menghina menghukum memaksa orang lain ikut kemahuan nafsu mereka dalam branded islam. Sesiapa yg menentang mereka konon golongan kafir kufur munafik fasik dan lain-lain. Walhal sikap sedemikian itu dalam tasawuf bangga tak bertempat kerana bangga terjun keneraka.

Sekiranya mereka masih tetap angkuh sampai bila pun TIDAK AKAN ADA JALAN PENYELESAIAN kerana jalan penyelesaian itu pada perkara yang Allah redha yang sudah tersedia garis panduannya bukan ikut kehendak nafsu mereka. Admin harap para ulama tidak lagi menyusahkan diri dengan bersusah payah BERKONGSI DOSA JARIAH sebelum roh terpisah dari jasad. Sebab itulah sejak dulu admin menyeru mintalah ulama politik mengajar kita ilmu #TASAWUF. Hanya ini saja jalan kearah kebaikan kita bersama.

Apakah DOSA JARIAH itu?
In'shaa Allah kita bincang dilain masa atau kepautan ini kesan mudarat pada ummah sekarang.
https://m.facebook.com/kang.nasir/photos/a.528301933892646.1073741830.465342536855253/529145513808288/?type=3&source=54









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.

luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.

Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.

salam ukhwah utk semua.