Ahad, 27 Februari 2011

Kenapa timbul persoalan yg mana lebih penting. BANGSA ATAU AGAMA?

Politik oh politik

 Kadang2 terasa pelik dgn politik.
Hilang isu lain timbul isu lain.
Kenapa timbul persoalan yg mana lebih penting.
BANGSA ATAU AGAMA?
Atas tujuan apa ye?

Darah kita.
Darah daging kita.
Hati kita.
Hati &jiwa raga kita.

agama tu tiang.
Manakala bangsa tu tapak.
Ke2nya penting.

Dalam Hadis Abu Hurairah ra...Riwayat Tirmizi,Ahmad dan Hakim serta lainnya...Rasulullah SAW bersabda:
" Pelajarilah ilmu nasab keturunan kamu supaya kamu dapat menghubungkan silaturrahim kerana
sesungguhnya hubungan silaturrahim itu boleh mencetuskan kasih sayang dikalangan keluarga,
membawa kekayaan harta dan berpanjangannya keturunan."

kita sesama Islam adalah bersaudara.
muafakat membawa berkat.

umpama buah.
Kulit sekadar melindungi isi didalamnya.
Ada kulit yg nipis licin cantik & segar.
Ada kulit yg tebal berduri kasar & tajam.

Kesimpulannya.
Tanpa kulit isi akan tercemar.
Tanpa isi yg sedap & segar kulit yg melindungi tidak membawa makna apa2.
Oleh yg demikian.
KE2NYA PERLU SEIRINGAN.
Bangsa pada diri sekadar diluaran(ZAHIR).
Manakala ISLAM@IMAN didalam (BATHIN).

Perbincangan di FaceBook 






kita sama2 hayati pengertian potongan ayat ini,
mudah2an memberi menfaat utk kita semua.

Firman Allah S.W.T. maksudnya :
"Pada hari ini sahabat-sahabat karib. Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengannya yang lain, kecuali orang-orang... yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)."
(Surah az-Zukhruf ayat 67)