Melalui perkongsian dalam pautan dibawah ini.
Tergerak dihati utk menyeru agar para ilmuan tidak ketinggalan ulama politik supaya dapat mengajarkan umat islam tentang ILMU TASAWUF.
Kerana umat islam sengaja dikelirukan antara kesucian islam sebagai amalan dan kesucian islam utk menghukum.
Kerana itulah jelas perbezaannya antara Politik islam vs tasawuf.
Iaitu satu ilmu yg Membersihkan hati.
Sebelum kita mampu membina minda yg membina,
Terlebih dahulu kita perlu mendidik mengawal nafsu yg membelenggu.
Sebelum kita mampu mengawal nafsu yg membelenggu, terlebih dahulu kita perlu membersihkan hati agar mampu membentuk dan mengawal hati sehingga mencapai tahaf Nafsu Mutmainah.
Perkongsian ini bukan bermaksud saya menyombong diri membangga diri membodohkan diri utk memperlekehkan ketinggian ilmu DrMaza apatah lagi sangkaan menghinanya, amat jauh dilubuk hati utk berniat sedemikian keji. Apatah lagi ketinggian ilmu antara saya dan DrMaza bak langit dan bumi.
Saya akui saya jahil jika tidak, masakan saya hanya berkerja sebagai pencuci jamban sahaja kan? Saya dari keluarga DAIF. Tidak terlintas pun menganggap saya dizalimi selama ini. Kerana ISLAM mengajak kita supaya sentiasa redha & bersyukur atas pemberian-Nya yg sekadar dipinjamkan seketika.
Kerana kita sebagai mukmin, Saling berpesan & saling mengingatkan adalah satu tuntutan. Itulah yg Allah peringatkan kpd kita dalam Surah Al-Ashr. Malah dalam tertib dan rukun ketika berjemaah juga kita sebagai makmum wajar memberi isyarat jika imam tertinggal salah satu rukun dan sebagainya.
(PS)
Saya tidak dapat berkongsi pandangan disetiap perkongsian beliau, kerana semenjak saya disekat oleh admin pada akaun saya terdahulu, saya akur tidak lagi mengganggu beliau dgn pelbagai persoalan yg sering mengelirukan. Tapi sejak akhir-akhir ini, seolah ada yg membangkitkan semangat saya pada setiap awal pagi selepas subuh bagi memerangi golongan berilmu yg rakus mempergunakan kesucian agama bagi meninggikan darjat kedudukan masing-masing utk dunia sehingga dgn sengaja mengelirukan seluruh umat islam.
Dipautan ini.
Beliau menulis,
"wahai yang bergaya dengan harta negara..yang berumah dan istana mega..berkereta bangga..bercutian seenak rasa..atas tiket 'pembesar negara'..ianya duit kita semua..kasihanilah kami rakyat jelata..barang makin naik harga..makan dan minum makin tinggi belanja..anak kecil belum faham drama..mereka lihat mewahnya negara..bangunan, istana, kereta, semua kaya-kaya..mereka fikir bapa mereka pun sama..tentu banyak harta..padahal 'harta rampasan' itu tidak dikongsi oleh semua..hanya gambar menjelang pilihanraya..wahai penguasa..simpatilah kepada kita..."
Saya agak hairan.
Kenapa perlu mempersoalkan bahagian yg Allah sudah tetapkan kpd masing-masing? Sedangkan setiap bahagian antara kita masing-masing itu juga adalah antara ujian Allah kpd diri kita masing-masing. Tidak sepatutnya kita menghasut utk saling membenci kearah persengketaan sedangkan jika mereka mewah Allah sudah letakkan syarat WAJIB BERZAKAT dari mereka bagi membantu kami yg kurang bernasib baik.
Malah, Pemerintah telahpun memberi AMANAH kpd badan yg bertanggung jawab bagi mengutip dan mengagih-agihkannya. Tetapi malangnya pemegang amanah & yg terlibat dgn nya sewenang-wenangnya bermegah mempergunakan hasil dari amanah dgn melancung bersama keluarga keluar negara konon urusan kerja.
Siapa yg perlu dipersalahkan? Sedangkan DrMaza sendiri pernah diamanahkan sebelum ini.
Bermula dari sinilah:
Setiap hari saya MENYERU DAN KALI INI MERAYU.
(klik pada pautan perkongsian)
Marilah kita bermohon supaya mereka yg berilmu jgn lupa pesanan Rasulullah saw mengenai golongan umat akhir zaman yg mempergunakan kesucian agama bagi meninggikan darjat kedudukan mereka didunia. Mereka golongan yg berserban berjanggut berpura-pura zuhud ucapan manis seperti gula tetapi hati seperti serigala umat islam sengaja dikelirukan mereka.
Tidak sepatutnya golongan yg diangkat sebagai ULAMA berusaha mengajak umat islam mengamalkan dan menanamkan sifat dan amalan keji dan tercela iaitu HASAD DENGKI. Kerana HASAD DENGKI ini adalah amalan yg MEROSAKKAN HATI DALAM SIFAT MAZMUMAH ILMU TASAWUF.
Malah sewenang-wenangnya mentafsir KEZALIMAN pemerintah adalah berpunca dari rasa kecewa mereka gagal mengejar kemegahan dunia. Sedangkan TIADA ISTILAH DIZALIMI dalam ilmu tasawuf melainkan pemerintah melarang dan menghukum siapa saja yg mengerjakan amal ibadah. Jika dakwaan bahawa kita dizalimi kerana kecewa memburu KEMEGAHAN HARTA DUNIA itu bukanlah dizalimi, akan tetapi MENZALIMI DIRI.
Mungkin ramai yg kurang ambil perhatian.
Kerana HASAD lah bermulanya perpecahan ummah sehingga menghasut mengadu domba dijadikan amalan mulia & menganggap fitnah itu jihad & ibadah asal saja memerangi org yg konon menzalimi kerana tidak memenuhi kepuasan nafsu dan hati.
Semua ini berpunca dari leka mengejar kemegahan dunia,
Sehingga bercambah golongan berilmu berlumba-lumba mempergunakan kesucian agama bagi meninggikan darjat kedudukan mereka utk dunia dgn sengaja mengelirukan umat islam yg lainnya.
Apatah lagi mengajak umat islam mempersoalkan tentang kemegahan kesenangan dunia, kerana bermegah dgn kebanggaan darjat kedudukan & kemegahan dunia itu adalah sebahagian dari amalan yg keji dan tercela yg merosakkan hati dalam sifat Mazmumah Ilmu Tasawuf. Bahkan terlalu banyak larangan-larangan peringatan-peringatan Allah dalam Al-Quran iaitu peringatan yg berulang-ulang malah diulang-ulang tentang bermegah mengejar pangkat darjat & kekayaan dunia melalaikan agar kita semua tidak leka dgn peringatan itu. "Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)!" (At-Takathur)
Terlanjur membuka minda sebegini cuma sekadar menerbitkan bibit hasad dengki tamak haloba yg akhirnya mengajak umat islam kearah kekufuran akhirnya.
Kerana itulah saya sentiasa menyeru dan merayu. Marilah kita mohon supaya mereka mengajarkan umat islam tentang ILMU TASAWUF.
Semoga dgn ini.
Kita tidak dgn sengaja dikelirukan oleh mereka.
Insya'Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.
luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.
Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.
salam ukhwah utk semua.