Rabu, 14 Disember 2011
Politik oh politik
Hanya kerana bantuan kecil
Walau tidak mencukupi,
Sekurang2nya meringankan.
Ada juga yg menganggp ianya HARAM hanya sekadar terasa menggugat kepentingan.
Dalam pautan FB
saya cuba mengupas.
Berterima kasih pilih kasih.
Kata2 seorang kenalan 1990 dahulu.
Utk berlaku adil pada semua itu mudah,
Tetapi..
Utk memuaskan hati semua itu yg payah.
Berterima kasih tidak perlu pilih kasih,
Bersyukur tidak perlu melaungkan dgn takbur.
Rheda apa yg ada itu bermakna kita sudah mensyukuri nikmat kurniaan-NYA.
" Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kepayahan, tetapi Ia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. "
(surah al-Maidah : ayat 6)
"Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?"
(Surah Al-Fathir : ayat 3)
Adakalanya,
Ada antara kita mempersoalkan rezki mereka,
Ada antara kita tidak senang hati org lain disenangi.
Ada antara kita sakit hati org lain bermurah hati.
"Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia juga menyempitkannya. Orang yang ingkar itu bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak kekal, berbanding dengan kesenangan hari akhirat."
(Surah Al-Ra'd : ayat 26).
"Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
(Surah An-Nissa : ayat 32)
"Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka.Dan sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia"
(Surah Al Isra : ayat 53)
Kerana kepentingan diri,
Kerana kepentingan perjuangan,
Perkara yg baik akan jadi buruk.
sedangkan yg buruk itu terbit dari dalam hati yg mati.
"Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata."
(Az Zumar : ayat 22)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.
(Bukhari dan Muslim)
Kang Nasir(15122011)
Langgan:
Catatan (Atom)