Sabtu, 29 Disember 2012


Bicara tentang HUDUD.














Sahabat2 yg dirahmati Allah.
Assalamualaikum.w.w.

Utk berbicara soal hukum,
Saya bukanlah org yg layak utk membicarakannya.
Oleh kerana desakkan rakan fb dari Hitbut Tahrir, Juga rakan2 yg lain yg lantang memperjuangkan HUKUM ALLAH lalu menghukum rakan2 lainnya. Walaupun berulang kali sudah dijelaskan, namun soalan sama berulang kali dilontarkan. Maka saya harap penjeasan ini dapat membantu agar tiada lagi rakan2 fb yg memperdebatkan hukum langsung terus menghukum.

Pemerintah bukan menolak mahu pun enggan melaksanakannya,  kerana, pemerintah melihat secara umum dan menyeluruh sebelum melaksanakan supaya tidak mendatangkan kesan kpd seluruh umat yg berbilang agama juga kaum dan bangsa.

Saya amat bersetuju jika pemerintah melaksanakan HUKUM ISLAM INI SEPENUHNYA.
Kerana,
Hukum2 ketetapan yg terkandung dalam Al-Quran adalah yg terbaik sebaik2nya malah sesuai bahkan bertepatan hingga akhir zaman dan seluruh umat manusia disetiap pelusuk dunia. Sedangkan hukum ciptaan manusia boleh diubah ikut selera semasa ikut suka-suka.

Ramai rakan2 memperkatakan UMNO kafir hanya kerana menolak hukum Allah. walhal mereka hanya faham apa yg mereka faham. sedangkan org yg layak memperkatakan tentang hukum pun tidak berani menghukum sebegitu. Dan ada kalanya mereka berkata pemerintah SEKULAR yg melanggar perintah Allah dgn meliksanakan undang2 LORD REID. Wal hal, Emak bapak mereka, malah mereka juga bernikah melalui jabatan agama islam bahkan bercerai mahupun poligami perlu merujuk mahkamah syarie, kenapa perlu menafikan undang2 islam sedia ada?

Mereka fikir MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH ditahap tertinggi ini mudah sepertimana mendesak anak2 tadika agar menurut kemahuan & kata mereka apa ke?

Bila kita tanyakan adakah jumlah peguam syarie skrg melebihi peguam2 sivil? adakah hakim2 mahkamah syarie skrg sama banyaknya dgn hakim2 mahkamah sivil? tetapi tiada jawaban yg jelas utk ini. kerana inilah kekuatan kita bagi melaksanakan HUKUM ALLAH sebagaimana yg mereka kehendaki.
      DaJaL yg akan merubah system perundangan bebas.
Saya akui saya ni masih jahil, masih banyak yg perlu saya pelajari. Namun begitu jgnlah terlalu mudah menuding jari dgn mudah menghukum saudara2 yg lain hanya kerana TIDAK MENURUTI KEMAHUAN MEREKA,

Wal hal, mereka tidak secerdik mana pun, kerana bila kita minta izin perkongsian ilmu mereka menjawab pergilah belajar dengar ceramah takzirah disurau2, sedangkan, lebih banyak ceramah2 skrg bukannya menyeru agar mengamalkan islam dijadikan sebagai amalan utk kebaikan & kejayaan dunia dan akhirat, akan tetapi ceramah hasutan adu-domba yg mengajak memerangi bermusuhan sesama saudara.

Saya menolak hudud yg dimainkan oleh pas kerana jelas bercanggah dgn Al-quran. kerana, Hukum Allah ialah hukum yg adil seadilnya sesuai utk seluruh umat manusia dunia hingga akhir zaman'

Sedangkan pas kata hudud hanya utk org islam bila diasak oleh karpal dap. Bila kita pula tanya alasannya org kafir tidak solat org kafir tidak puasa. Tapi. Adakah org kafir tidak mencuri. Adakah mereka baik dan mulia maka tidak perlu dihukum?



Insya'Allah. Mudah2an terlaksana kearah memertabatkan perundangan syarie yg sedang dalam kajian.


Dan berita terkini(27062012) (PAUTAN)

Kerajaan sedang dalam perancangan untuk menaik taraf Mahkamah Syariah daripada tiga peringkat sekarang kepada lima peringkat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom


Pesanan ilmuan Arab saudi, Hukum Allah tidak wajar dipolitikkan.  (pautan)


Bila ramai yg pandai memandai2 lantang menghukum yg lainnya membicarakan soal hudud, Selalu juga saya bertanya kpd mereka yg lantang & pandai berkata hudud.
Kerana, bagi mereka, suka sama suka seperti anu tidak menjadi kesalahan. malah tiada pun peruntukan dalam undang2 sivil. maka itu saya menyatakan diatas. saya amat bersetuju jika pemerintah menjalankan hukum Allah yg adil seadilnya ini..

Sahabat2 ku yg dirahmati Allah.
Kadang2, kita sekadar hanya faham apa yg kita fahami.
Tetapi kita bertegas mahu org faham apa yg kita fahami.
Namun, kita tidak langsung mahu memahami apa yg org lain fahami.

Sedangkan,
Kita sekadar tahu apa yg kita tahu.
Bagaimanapun mereka lebih tahu apa yg kita tidak tahu.
Tetapi kita tidak mahu tahu dari mereka yg tahu.
Namun, kita sekadar hanya mahu mereka tahu apa yg kita mahu.
Wal hal, kita tidak mahu faham utk memahami.

Dan Ada kalanya,
Kita sengaja memaksa org menurut KATA kita,
Sedangkan kita sekadar memenuhi kepuasan kepentingan.
Tanpa sedar kita menurut KATA hati.
Sedangkan kita sekadar menurut bisikan syaitan.

Adakalanya juga,
Kita mahu org lain menruti kemahuan kita,
Sedangkan kita menuruti Nafsu.

Saya akui saya ni jahil,
Maka, peringatkanlah saya jika saya tersasar apatahlagi apa yg saya bicarakan memudaratkan@menyesatkan rakan2 lainnya.

Semua org tahu,
Ketinggian Ilmu antara kita boleh memisahkan, menjarakkan taraf darjat kita didunia.

Namun siapakah antara kita tahu,
Ilmu yg diamalkan dalam beramal & dimenfaatkan utk memberi menfaat boleh memisahkan menjarakkan taraf & darjat antara kita disisi-NYA dalam rahmat-NYA.
Tahukah nasib kita disana?

Sedikit pesanan mengapa kita PERLU tahu jgn sampai kita menolak HAQ tentang kebenaran PERINGATAN HUKUM ALLAH.

Jgn sampai kita meletakkan diri dalam kalangan org yg zalim menzalimi diri.
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu itu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran daripada keimanan, dan barangsiapa diantara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" 
[Surah Attaubah : 29].

"Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.”
 (Surah Al Ma’idah : 45)


Jgn sampai kita meletakkan diri dalam kalangan org yg FASIQ.
"Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” 
(Surah Al Ma’idah : 47)


Jgn sampai kita meletakkan diri menjadi kafir
"Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” 
(Surah Al Ma’idah : 44)


Kang Nasir (27062012)



HUKUM KETETAPAN ALLAH INI bukanlah HUKUM MAIN-MAIN utk dipermainkan kerana kepentingan politik.. 

Sejak 1993 hudud telah diluluskan diKelantan.
Kenapa beralasan dgn menuding tetapi lari dari kebenaran?
Apa kah tok guru lebih takutkan org lain dari takut kpd Allah, walhal selama ini menghukum kafir, fasik jika tidak melaksanakan hukum islam. apakah tuan guru tidak rasa bersalah takut menjadi kafir fasik kerana enggan melaksanakan hudud yg telah diluluskan & menerima mandat?

Sepatutnya,
Apa salahnya berterus terang, kerana mendapat tentangan dari kafir. dgn cara itu kan mudah kita semua bersatu hati. cuba berbalik isu perbalahan umum tentang hudud ini. ada antaranya demi kerana mahu konon memperjuangkan hukum langsung terus menghukum yg lain kerana tidak mahu menuruti kemahuan mereka langsung terus melanggar hukum-hukum yg lainnya.

Agak2, siapalah yg kan menanggung dosa2 kesilapan kesalahan mereka semua?