NAFSU punca manusia INGKAR.
Allah tetapkan hukum itu semua untuk kesejahteraan dan kebaikan pada diri kita dunia hingga akhirat. Nafsu punca kita ingkar kepada Allah.
Teringatkan tips motivasi masa belia dahulu dalam kuliah "Rumahku Syurgaku". Salah seorang penceramah seorang ustazah dari pejabat agama islam membincangkan tentang kebiasaan sikap isteri-isteri. Katanya, 88% kes yang dirujuk dijabatan agama kebanyakannya mereka yang menghadapi masalah rumah tangga para isteri mahu suaminya ikut kehendak mereka. Ini amat bertentangan dengan islam. Kalaupun mereka sayang kepada suami kenapa perlu derhaka kepada Allah? Isteri-isteri sepatutnya taat kepada suami kecuali dalam hal kemungkaran.
Rasulullah saw ada pesan dalam hadis bermaksud :
"Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)
Dalam kes MM ni lain macam pula bunyinya bila terlibat dengan NGO SIS. MM@marina ni suaminya siapa ya? Sebenarnya dalam Quran Allah dah beri perumpamaan. Isteri2 itu ibarat ladang. Mungkin suaminya setiap hari kena tendang sebab ada batasan yang direkanya mengikut hukum kemahuannya.
"Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman."
(Al-Baqarah : ayat 223)
https://www.facebook.com/
Dalam penutup kuliah berkenaan ustazah pesan dalam hadis Rasulullah saw sepatutnya wanita yang taat kepada Allah dan suami paling mudah kesyurga kerana setiap pengorbanan dan tugasannya itu adalah pahala. Malangnya golongan wanitalah paling ramai menghuni neraka.
Dalam hadis tersebut Rasulullah saw bersabda dan bermaksud :
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.
luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.
Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.
salam ukhwah utk semua.