Ahad, 30 Ogos 2009

Salam kemerdekaan.


Aslmkum.w.w.

SALAM KEMERDEKAAN SEMUA.

Sejenak..cuba kita lupakan ttg politik.

skrg kita fikir masa depan bangsa kita.

BANGSA YG MERDEKA.

Bangsa kita dlm apa jua yg berkaitan salahlaku seperti DADAH, ARAK, RAGUT, KHALWAT/ROGOL, BUANG ANAK & kebanyakannya dimenopoli bangsa kita melayu@islam. Mengapa terjadi?

Adakah salah pemerintah yg tidak melaksanakan hokum hudud?

Adakah salah pemerintah yg tidak menjalankan tugas penguatkuasaan?

Adakah salah pemerintah yg tidak tegas menangani isu2 atau gejala2 sosial?

Adakah salah pemerintah yg membenarkan media2 masa memberi hiburan2 bagi menggalakan remaja2 terjerumus ke dalam maksiat?

Banyak lagi pertanyaan yg ingin saya kongsikan bersama anda semua.

Dimanakah silapnya.

Dalam pada kita bertelagah sesama sendiri tentang politik,

Cuba kita toleh seketika tentang adik2 kita, anak2 kita atau saudara2 kita.

Kita semua masing2 berlumba2 bercakaran kerana taksub pada pemimpin masing2 yg konon pembela bangsa. Tak kira dari mana parti politik.

Samada yg berlabelkan islam mau pun pertimbangan. Mereka semua org melayu@islam.

Sedang kita & pemimpin2 kita bertelagah sesama sendiri,

Mereka adik2 lelaki kira juga berlumba2 mengejar maut,

Ada yg memburu impian menjadi doctor sendiri,

Tak kurang juga pelakon pemuas nafsu,

Dalam pada itu juga, adik2 perempuan kita masing2 bermegah dapat jadi alat sebagai permainan kepada bangsa2 asing yg romentik.

Berlumba2 mengejar dosa & maksiat.

APA SEBENARNYA MATLAMAT PERJUANGAN BANGSA KITA?

Pemimpin kita memperjuangkan keamanan, keharmonian dalam politik tetapi dipersalahkan.

Pemimpin2 kita memperjuangkan keadilan & memperjuangkan islam tetapi yg sering kita dengar, baca & lihat Cuma bermati2an mencari salah org.

DIMANAKAH KEBENARAN MATLAMAT PERJUANGAN MEREKA/KITA UNTUK BANGSA, AGAMA & NEGARA.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Sultan Selangor tolak usul untuk seleweng wang zakat

2009 Ogos 19


Sultan Selangor tolak usul untuk seleweng wang zakat


Ogos 19, 09 2:57pm

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini dengan tegas menolak sebarang cadangan untuk menggunakan wang zakat bagi tujuan selain daripada membantu umat Islam dan pembangunan ummah di negeri itu.

"Beta sekali-kali tidak berkenan wang zakat ini diambil, dipinjam atau disalurkan untuk perkara-perkara lain," titah baginda ketika merasmikan Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor di sini hari ini.

Dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya wang Baitulmal yang diperoleh daripada sumbangan zakat digunakan bagi tujuan pembangunan negeri.

"Beta tidak berkenan mereka yang luar dari pentadbiran Lembaga Zakat Selangor ini campur tangan dalam pengurusan zakat negeri ini," titah baginda, lapor Bernama.

Baginda juga mahu supaya dijelaskan kepada rakyat mengenai perbelanjanan kutipan zakat pada setiap tahun.

"Pengurusan zakat hendaklah dilakukan dengan betul dan janganlah adanya berlaku penyelewengan dalam pengurusan, kutipan dan pembahagiannya. Mereka yang melakukan penyelewengan maka akan menerima pembalasan dari Allah Subhanahu Wata'ala," titah Baginda.

Sultan Selangor juga menjelaskan bahawa baginda sangat-sangat mengambil berat dan mengikuti akan pengurusan zakat di negeri itu.

Baginda bertitah bahawa mereka yang terlibat dalam pengurusan zakat di negeri itu telah diberi penuh kepercayaan dan segala kutipan yang telah dibuat hendaklah diserahkan kepada Lembaga Zakat Selangor sepenuhnya untuk diuruskan dengan sempurna.

Konvensyen sehari itu dianjurkan bersama oleh Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

sumber - malaysiakini


Dicatat oleh AIDC di 8/19/2009 04:11:00 PM https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigAyNdgM3EZsOp2Q6j4lq3BHcWHyxL8X5V3fXUyf4mP9XL5uR2NkIHt4TX44Ehj-gwJIE6aju14Pmaw4d01-04Wc_d6pXiyAv0kvdK_7W58JortUT-E2Xj-FES2GBTi1FjKY5d0bnxx47c/s1600-h/sultanselangor.gif


Daulat Tuanku.

Seandainya mereka tetap lakukan tanpa perkenan DULI.
Maka, saya tidak tahu bagaimana jadinya,
mungkin ada orang yg menunaikan kewajipan tetapi tidak ikhlas.


Andai terjadi diPenang.
Hanya ada yg Dipertua, Bagaimanakah akhirnya?
setiap tahun sebelum menjelang syawal.
anak2 yatim disetiap kg2 & warga2 tua serta ibu2 tunggal dan keluarga miskin akan menerima bantuan, sumbangan serta zakat dari individu2 semasa era pemerintahan BN.

amat menyedihkan,
tahun lalu kebanyakan individu termasuk keluarga2 miskin mengeloh tidak ada ertinya syawal di tahun lalu.

Apa yg agak mengecewakan.
AJK2 PKR mewah dapat duit raya. tetapi dari siapa utk siapa.
dgn bangga mereka berkata bahawa ini sumbangan bukannya penyelewengan.
semoga terbuka hati mereka utk membantu yg memerlukan.





(bicara saya sebelum ini)

Salam Ramadhan



slmt beribadah d bulan ramadhan.
Smga dilimpahkan rezekinya, jauhkan drp fitnah,
penganiayaan & penghinaan,
suburkan benih keimanan dgn penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Makbulkan cita2nya yang murni.
Amin Ya Rabbal A''lamin.
Selamat menyambut ramadhan.




Aktivity Ramadhan sebelum menjelang Syawal.


aslmkum.w.w.


Zakat & Fitrah.

setiap tahun sebelum menjelang syawal.

anak2 yatim disetiap kg2 & warga2 tua serta ibu2 tunggal dan keluarga miskin akan menerima bantuan, sumbangan serta zakat dari individu2 semasa era pemerintahan BN.


amat menyedihkan,

tahun lalu kebanyakan individu termasuk keluarga2 miskin mengeloh tidak ada ertinya syawal di tahun lalu.


Apa yg agak mengecewakan.

AJK2 PKR mewah dapat duit raya. tetapi dari siapa utk siapa.

dgn bangga mereka berkata bahawa ini sumbangan bukannya penyelewengan.

semoga terbuka hati mereka utk membantu yg memerlukan.





Jumaat, 7 Ogos 2009

Pendirian ku tentang wang segera.



Terdapat banyak progaram atau pun MLM mau pun jualan langsung.


Bagi saya,
biarlah saya sebagaimana skrg ini,
asalkan ianya dari hasil yg kita usahakan dan dari sumber yg kita tahu.
alhamdulillah.
walau serba kekurangan, sekurang2nya saya mampu membantu keluarga dan mereka yg lebih memerlukannya.

KEANPA?

Biasanya, skim itu menganjurkan agar kita menaja org bawahan dan seterusnya,
org yg kita taja perlu mencari yg lain agar aliran sentiasa berkembang maju.
Dari sini maka kita dapat hasil lumayan dari hasil usaha org yg kita taja itu.

Cuba kita bayangkan dlm kekeluargaan umpamanya.
kita selaku anak pertama.
kita lantik seorang adik, dan salah seorang anak kita.
secara langsung, adik dan anak kita juga terpaksa melantik salah seorang adik/anak yg lain. sehinggalah kecucu/cicit.
diakhirnya. bagaimana nasib cucu2 dan cicit2 tu nanti?
berapa lama mereka harus menunggu agar mereka juga akan mengecapi kemewahan yg kita kecapi?

Kesimpulannya.
Hasil yg kita perolehi itu seolah2 sama seperti kita mencuri hasil titik peloh org lain.
Dan kita menipu shbt/saudara sendiri utk kepentingan diri.