Sabtu, 24 Oktober 2009

Dayus


Petikan dari harian metro.

KUALA LUMPUR: Sanggup membutakan mata dengan kecurangan isteri, membiarkan isteri menyara keluarga sementara suami lebih selesa duduk goyang kaki di rumah dan mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

berita penuh...

Bismillahirahmannirahim..

bila saya baca artikal ini,
hati jadi sebak, tak tahu kenapa.
malang sungguh nasib mu wanita.

Dayus?
sebenarnya lebih ramai lagi kawan2 ku dayus tanpa mereka sedari.
yg mana saya kenal & tahu,
alhamdulillah sedikit sebanyak teguran & komen yg saya berikan meninggalkan kesan pada mereka yg faham & mereka yg benar2 berilmu & beramal.

Bila kita lihat disekeliling kita.
kita fikirkan mengapa wanita ramai yg berkerja?
utk apa mereka berkerja?
adakah betul tempat mereka disitu?

pada waktu sama.
kita lihat kaum adam.
dimana mereka?
mengapa mereka disitu?
utk apa mereka lakukan itu?
adakah mereka tahu?
adakah kita tahu?
adakah semua tahu?

Dizaman serba canggih ni.
berapa bilangan wanita di IPT berbanding lelaki.
sedarkah kita,
Bila adik2 perempuan kita sampai ketahap itu,
maka, keluarga & ayah ibu tentu berbangga.
mempunyai pekerjaan dengan gaji lumayan.
tapi malangnya jodoh pertemuan ALLAH tentukan,
pasangannya berpendapatan jauh lebih kecil.
(ramai berpendapat itu lumrah kehidupan)

Ditempat lain (di kampung2) pun sama.
Ramai wanita mengambil upah dengan berbagai2 cara bagi menampung keperluan keluarga.
sedangkan pada waktu yg sama,
dimana suami2 mereka berada?

ALANGKAH MALANG NASIB MU KAUM HAWA.
amat besar pengorbanan mu cuma sia2 & dipersiakan.
tugas suami dimana?
tugas istri dimana?
malang.... lebih ramai dari kamu melakukan tugas bagi tuntutan emosi zahir.
tanpa sedar membelakangkan syariat.
tanpa sedar mengikut emosi & nafsu.
tanpa sedar menjadikan suami2 menjadi DAYUS.
kerana tugas mu adalah dirumah.
rumah itu adalah syurga keluarga.
bersyukur apa yg diperolehi & reda apa yg ada,
insya'allah. kita mendapat keberkatannya.

semoga dengan ini,
kita fikirkan utk kebaikan keluarga & ummah.

Khamis, 22 Oktober 2009

Syawal yg berlalu tahun ini.

Syawal.

sempena merayakan kejayaan melawan nafsu.

bagi kanak2,
mereka belum faham mengenai perayaan menjelang syawal.


kebanyakan mereka kenal gembira berhari raya.






hari raya inilah saat yg mereka tunggu2 dgn rasa gembira.
mungkin kerana duit raya agaknya.

namun tak semua mereka bergembira.







pada hakikatnya,
ada antara mereka tidak bernasib baik.









juga bagi mereka yg kekurangan dalam ketaqwaan.

syawal lebih bermakna utk memperkuatkan keimanan.




smga bertemu di ramadhan akan datang bagi merayakan hari bermakna utk semua.






Isnin, 12 Oktober 2009

Mencari jalan menuju kepuasan.

Alhamdulillah.
Bersyukur kita kehaderat ALLAH, kerana menciptakan maanusia sebaik2 makhluk ciptaannya.
Bersyukur kita kerana maanusia diberi akal & perasaan@nafsu.
Bersyukur kita kerana maanusia diciptakan dengan pancaindera yg sempurna.

Langkah pertama mencari jln kepuasan.
Saya cuba menghayati naluri kanak2 dipusat2 beli-belah & pasar2.
Disini, kita akan lihat gelagat kanak2.
Selagi keinginannya tidak tercapai, mereka sanggup meraung2 meronta2.
Ada yg sanggup mengelupor dilantai kerana tidak berpuas hati hajatnya tidak tercapai.

Dalam usia sebegini, mereka belum mempunyai akal utk berfikir.
Apa yg ada pada mereka hanyalah perasaan@nafsu.

Langkah seterusnya mencari jln kepuasan.
Saya cuba mempelajari kemahuan mereka dialam persekolahan(tahap rendah).
Dalam usia sebegini, mereka mula belajar menggunakan akal yg di anugerahkan illahi.
Namun begitu anak2 gadis lebih awal menerima & menggunakan akal.

Bukan semua anak2 lelaki kita dalam usia  sebegini dapat menggunakan akal,
Mereka masih cenderung kepada sesuatu yg mereka minati(hiburan&permainan).

Ketika ini, sudah terlewat utk kita katakan bukan salah ibu mengandung.
Sebaik2nya, pada peringkat anak dalam kandungan,
kita hiburkan mereka dgn kalimah2 & zikir,
kita dendangkan dgn bacaan ayat2 suci al-quran.

Langkah mencari jln kepuasan selanjutnya.
Saya cuba melangkah mengikut rentak mereka.
Disinilah pentingnya disiplin dari rumah.
Mendisiplinkan mereka bukan ketika berada diusia ini.
Mendisiplinkan mereka sejak dari mereka belum menggunakan akal(kanak2).
Dalam usia remaja ketika ini, apa yg mereka mahu adalah ingin belajar & mencuba.
Mereka akan berbangga & megah sekiranya mereka lebih tahu dari rakan sebayanya,
Ketika inilah mereka berlumba2 menggunakan perasaan@nafsu.
Bukan menggunakan akal yg sepatutnya kita harapkan.

Tidak semua remaja gagal mengunakan akal.
Kerana kebanyakan dari ibu bapa berjaya mendisiplinkan mereka,
Namun begitu, pengaruh rakan2 akan membuatkan mereka tercabar dgn bertindak menggunakan emosi nafsu & perasaan.

Langkah mencari jln kepuasan belum berakhir.
Disini, terdapat banyak liku2 & cerun2 yg kita lalui.
Bagi mereka yg berjaya meneruskan pengjian & meneruskan bagi mengisi sisa2 hidup bercabang2 & bersimpang siur.
Belia yg diharapkan menjadi pewaris pemimpin utk bangsa, agama & Negara tidak ramai.
Majoritinya terdiri dari pemusnah bangsa itu sendiri.
Manakala, beliawanis lebih banyak Berjaya,
Akan tetapi..
Mereka Berjaya & bijak tidak semestinya Berjaya menggunakan akal,
Apa yg kita lihat dengar & baca, ramai kalangan belia & beliawanis terjebak dalam perkara yg tidak sihat.
Rata2, ramai berpendapat ini adalah dari pengaruh IT, media masa(eletronik & cetak), pengaruh rakan2 & berbagai2 alasan.
Pernahkah kita terfikir, ada kalanya rakan2 seusia dgn saya sendiri yg memerlukan mereka. (na’uzubillah).

Langkah terakhir  mencari jln kepuasan.
Semoga allah melindungi diri kita & keluarga kita dari godaan iblis laknat.
Jika tindakan kita lakukan menggunakan akal kita akan selamat dunia & akhirat.
Manakala, jika tindakan kita menggunakan emosi perasaan & nafsu.
Kecundanglah kita. kerana nafsu sentiasa didampingi iblis laknatullah.

Dalam politik.
Adakalanya rakan2 seusia dgn saya terlalu taksub dgn parti yg mereka sokong.
Ada yg sanggup berpanas, berhujan & dihujani air pancutan asal mereka puas.
& mereka bangga lakukan begitu.

Ada juga antara pemimpin2 bertindak dgn beremosi.
berwajah ceria tapi kata2 nista. Ada juga berwajah murung tapi tenang berbicara.
Inilah politik. Bila islam dijadikan politik. Maka terpesong aqidah bangsa ku.
Orang bertaqwa & berilmu tidak akan bertindak ketika dalam keadaan marah.
Kerana, bila emosi menguasai akal, segala tindakan diluar batasan.
Sebagaimana orang mabuk ketika bertindak.

Maka Langkah perjalanan ku  mencari jln kepuasan.
Berakhir disini. Semoga kita tidak tergolong dgn mereka yg menggunakan emosi@nafsu dari menggunakan akal. Kita semua bukanlah kanak2 yg hanya ada naluri nafsu.
Selagi tindakan & keinginan kita tidak tercapai, kita tidak dapat mencapai tahap klimak kepuasan.
Akan tetapi, jika sentiasa reda & bersyukur. Keberkatan, ketenangan & kepuasan akan menyusul.
Insya’allah.

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang.
Dan bukan mudah utk memuaskan hati salah seorang diantara mereka.
Kerana salah seorang dari mereka itulah penyebab kepada merebaknya penyakit dengki & khianat.
Seperti virus yg mudah berjangkit dikalangan masyarakat.
Pada umumnya.
Undang2 atau hukum2 ketetapan ALLAH adalah hukum yg sebaik2nya.
manakala, undang2 dan hukum ciptaan manusia boleh diubah bila2 masa dan mengikut selera semasa.

Sudah memang sifat manusia.
Mereka seolah2 tidak gentar pada hukuman,
kesalahan bagi pengedar dadah umpamanya, disabit kesalahan dikenakan hukuman gantung sampai mati.
namun org islam tidak gentar berjihad menuntut kepuasan emosi.
apatah lagi hukuman dari ALLAH yg kesannya tidak dapat dirasai semasa hayat masih ada.
Iman dan taqwa saja dapat menangkis segalanya. dan bertapa besarnya azab dari ALLAH diakhirat nanti.
semoga kita dijauhi.
insya'allah.