Belum puas ku berkorban dan berbakti utk mu.
namun kau pergi jua akhirnya dengan senyum ceria terukir diwajah mu ibu ku MIMAH BT ABD JALAL.
smga Allah menempatkan dirimu bersama dalam golongan org2 terbaik dikalangan yg terbaik disisiNya.
anak2 mu akan sentiasa berdoa agar ibu damai disana
Pemergiannya tanpa diduga.
Mak pergi tanpa ku disisi.
Kerana ketika itu,
aku jauh diselatan tanah air. pemergian mak aku baru sampai di Pagoh.
Bapak menyusul selepas 15hari emak damai disana.
Ketika ku menemani bapak,
aku bagai menanti kehadiran Izrail.
Bacaan yassin ke-2 sebelum tiba waktu maghrib.
aku cium bapak yg sudah 3hari koma.
dan aku mohon ampun serta aku mewakili semua kakak, abang serta adik memaafkan dan memohon maaf padanya. kami reda andai itu yg terbaik utknya,
ku lihat bapak terus teringat seorang shbt yg pernah koma (alhamdulillah skrg sihat) dia sedar apa yg adik2 kawan2 ucapkan agar sebut nama Allah mengucap dan sebagainya. dia tahu semua itu dan sampai naik muak ucap beliau.
aku lihat air mata bapak berlinangan bagai mengerti apa yg ku nyatakan.
bapak pergi selepas bacaan yassin ke-3 jam 2.30pagi.
jam 3.00pg denyutan dan jantung bapak terhenti.
adik2 ku hubungi sebagai ganti agar aku dapat pulang ke KL menjemput is3.
Tepat azan subuh ketika dalam perjalanan ke surau, bapak pergi utk selama2nya.
Alhamdulillah.
harta yg paling berhaga emak dan bapak tinggalkan utk kami adalah ILMU.
Aku memerlukan.
Doa restu emak ketika aku kehausan & kegelapan,
Doa dan restu mak ketika aku tergapai2 kelemasan.
Memang sudah lumrah kehidupan.
Penghinaan, cacian, cercaan dan fitnah sentiasa mengiringi kami.
Bila ada insan yg bersimpati,
Tetapi ada juga org yg sakit hati.
Ada segelintir yg membantu,
Tetapi lebih ramai yg tidak ambil tahu,
Bila ada insan yg baik hati,
tetapi terlalu ramai yg jadi batu api.
Kemana saja langkah pasti ada mata memerhati.
maka jika ada insan yg daif skrg ini pergi menjauhkan diri.
aku bersimpati dan mengerti.
kerana itu lebih baik dari dari mendampingi mereka yg sentiasa bersimpati kerana iri hati.
Ketika jatuh dan bangun bersama doa dan restu emak
Tinggal lah kami bersama2 tanpa mu emak ku
Search Amazon.com for Search Amazon.com for