Khamis, 15 Julai 2010

Facebook | Sajian hidangan hanya utk suami.

Facebook | Kang Nasir, Sajian hidangan hanya utk suami.

Alhamdulillah..
tksh is3 ku,
tksh kemuliaan mu,
tksh keperihatinan mu,
tksh pengorbanan mu.

sajian terhidang dibalik tudung,
aku yakin tiada lalat yg menghurung,
sajian terhidang tertutup rapi,
aku percaya pasti tiada lalat menghampiri.
kemuliaan mu membuat aku mengasihi,
keperihatinan mu membuat aku menyayangi,
pengorbanan mu membuat aku mensyukuri.

tksh seadanya,
tksh segalanya.



Wahai saudara ku,
Alhamdulillah,
mungkin kau jua mungkin seperti ku,
hidangan tersedia bersih & suci,
tiada apa yg perlu diragui,
kerana is3 sentiasa menyayangi,
sentiasa menjaga kehormatan diri.



Aduhai anak2 ku,
aduhai adik2 ku,
bagaimanakah kamu,
apakah persediaan dari mu,
utk insan yg bakal menjadi teman mu,
utk insan yg bakal menyayangi mu,
kerana diri mu adalah utk suami mu.

Maka itu hargailah diri kalian semua,
tega kah kau menyajikan sisa2 utk mereka,
tega kah kau menghidangkan hidangan yg telah tercela.
tutuplah tubuh mu agar lalat tidak menghurungi,
jagalah kehormatan mu agar tiada najis menghinggapi.


kang nasir(11.00pm-13july2010)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.

luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.

Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.

salam ukhwah utk semua.