Ahad, 20 Jun 2010

Bicara tentang judi.



Bicara tentang judi sebelum ini.
saya telahpun huraikan dalam FB dipautan ini.
malah, bicara sebelumnya juga mengenai isu yg sama.


Hingga sekarang saya masih tak faham,
Mengapa isu ini dibesar2kan. malah pemimpin2 politik yang sering memperbesarkannya bukanlah calang2. sebagaimana kebanyakan rakan2 lain, keseluruhannya tergolong dari kalangan bijak pandai. malah lebih arif tentang hukum2. Salah satu diantaranya.


malah, ada juga saya terbaca pandangan dari kalangan bukan islam
pandangan yg lain



mengingatkan saya thn lalu,
sebuah gedung pasaraya mengadakan cabutan bertuah seperti ini. kebetulan... seorang rakan sedang menolak troli penuh muatan diiringi anak2 dan is3. saya menghampiri sekadar bertanya khabar, kedengaran dari kejauhan sibapa yg berkopiah putih, berbaju jubah memberitahu anaknya.. masih belum sampai jumlah yg disyaratkan.  selepas bertanya khabar dan sebagainya, saya bertanya sambil bergurau apa yang belum cukup? dengan bangga beliau memberitahu, jumlah pembelian dalam 1 resit lebih dari RM100 layak untuk cabutan bertuah. terkezutt juga saya.. takkan lah seorang pendidik malah dari keluarga yg berada serta berketurunan baik2 tidak tahu.
lalu saya pun bertanya bukankah ini judi?
dgn selamba dia menjawap, saja suka2 utk anak2..
(banyak lagi perbualan yg ingin dikongsikan tetapi itu bukan asas yg ingin saya sampaikan)
persoalannya..
berapa ramai kalangan kita yg tahu tentang judi?
Apa benarkah beliau menjawap secara jujur, atau sekadar jawapan atas alasan kerana keegoan?
Atau saja suka2 untuk anak2 belajar buat dosa?


Setiap kali ada post mengenai judi mahupun tidak berkaitan dgn judi,
namun, adakalanya terdapat komen menyentuh tentang judi.
pandangan2 yg biasa kita baca.
Judi org kafir pun tahu haram.
pemimpin kerajaan/penyokong2 umno kata halal.

pemimpin kerajaan/penyokong2 umno jahil.
pemimpin kerajaan/penyokong2 umno tak tahu hukum,
pemimpin kerajaan/penyokong2 umno main judi,
pemimpin kerajaan/penyokong2 umno tak pernah sembahyang di masjid.
pemimpin kerajaan/penyokong2 umno ...... bermacam2 lagi anggapan.
dan hasil haram dalam kerajaan haram juga kedengaran.

dalam pada waktu sama.
ada juga penyokong2 umno cuba menangkis dakwaan namun hanya menggunakan emosi,
tanpa disedari, kadang2, bila kita meluahkan pandangan mengikut hati pasti akan tampakkan kelemahan diri.
sampai bila pun penyelesaian tidak akan terjadi.

Kepada semua rakan2 ku, saudara2 ku,
Kita adalah bersaudara,
sewajarnya.. kita saling bantu membantu,
berpesan2, ingat mengingati antara satu dgn yg lain.
andai mereka tidak sudi mendengar,
lebih baik pergi jauh menghindar,
sejauh mana kita tahu tentang hukum2,
sedang dalam waktu yg sama kita sendiri melanggar hukum.
oleh itu.. jgn lah kita takbur dengan melulu menuding jari.


sebelum ini saya pernah bertanyakan dalam setiap komen2 malah post yg terdahulu juga.
bagaimana lesen judi sedia ada?
Jika ingin dikaitkan dgn dari sumber haram.
bukan semata2 lesen judi sahaja, arak, haiwan peliharaan babi dan anjing, dan yg lain2 perkara remeh yg bersabit dengannya.
bagi saya.. org2 cina memang mengalu2kan lesen judi dimansuhkan.
sedangkan.. adanya lesen juga mereka tetap lakukan diam2.
dari sini.. adakah kalian semua terfikir. perlukah pemantauan?
berapa ramai penguat kuasa yg diperlukan bagi memantaunya.

jika kita tidak mahu kerajaan mendapatkan sumber dari perkara haram.
berapa ramai pula kerajaan perlu menggaji bagi memantau urusan jual beli seluruh rakyat negara kita memastikan mereka berurusan dalam perniagaan berlandaskan syarak. bagaimana pula dengan CUKAI, cukai perniagaan cukai pendapatan dll. sedangkan premis perniagaan warung cina umpamanya, menjual masakan babi, halalkah cukai dari hasil perniagaannya, begitulah seterusnya.  atau kita hapuskan saja cukai dan kita mewajibkan kalangan bukan islam bayar zakat, adakah begitu?

sekali lagi.. saya hanyalah insan biasa yg kerdil lagi hina.
marilah kita bersatu utk kebaikan agama demi masa depan anak bangsa kita.
sekian...
Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu'alaikum.w.w.

1 ulasan:

  1. Salam Kang, sebenarnya puak-puak PAS ini bukan tidak tahu atau tidak sedar, tetapi kerana memang sudah menjadi sifat dalam diri mereka yg angkuh, riak, takbur serta hipokrit menyebabkan mereka semua menjadi munafik semata-mata untuk menipu umat Melayu Islam dalam negara ini...... kerana kebodohan serta kejahilan sesetengah masyarakat, maka setiap perbuatan mungkar puak-puak ini menjadi betul belaka.....

    BalasPadam

salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.

luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.

Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.

salam ukhwah utk semua.