POLITIK OH POLITIK
Assalammualaikum.w.w kepada sahabat-sahabat yang di rahmati ALLAH SWT sekalian.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat-sahabat Baginda.
Untuk bercerita soal hukum, saya bukanlah org yg layak utk menyatakannya. Apatah lagi menghukum. Kerana apa yg saya tulis ini, saya ingin mengajak saudara-saudara semua berfikir demi kebaikan bersama. Bukan kepentingan ketika didunia.
Dalam kemelut politik,
Yg menampilkan perbalahan antaraBANGSA melayu.
Kini wabak merebak hingga dalam kalangan para ilmuan, alim ulama seolah2 masing2 benar walaupun memang benar tetapi tidak mendatangkan kebaikan utk agama, bangsa & agama.
Kerana kuasa ada yg terlupa YG MAHA BERKUASA.
Segalanya adalah berpunca dari MASING2 MEMPERJUANGKAN soal KEPENTINGAN lebih diutamakan. Sewajarnya, kita semua adalah bersaudara, sepatutnya kita perlu membicarakan KEBENARAN UTK KEBAIKAN SEMUA, TAPI MALANGNYA, APA YG KITA LIHAT FENOMENA SKRG, MASING2 MEMPERKATAKAN UTK KEPENTINGAN SEMATA. Sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 10:
Firman Allah swt," Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat".
Siapa orang mukmin yg dimaksudkan itu?
Paling menyedihkan. Antara para ulama sendiri saling mempertikaikan kenyataan antara satu dgn yg lain tanpa meneliti dalil & nas yg dinyatakan oleh kalangan yg dipertikaikannya.
Antaranya Kalimah Allah, Org kafir berdakwah utk kepentingan kepartian membaca & menterjemah ayat suci Al-Quran dll.
Pautan2 sebagai rujukan.
Bila Kor ming - baca quran
Pandangan Ustaz azhar- kafir baca quran
(Pautan)
Pandangan Tuan Guru Nik Aziz
(Pautan)
Pandangan TS Hurussani
(Pautan)
Sedangkan Allah berfirman,
"Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.
Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?"
(An-Nissa : 144)
Setelah perbalahan demi perbalahan terjadi, caci maki sesama sendiri berlaku. Hampir satu tahun barulah majlis fatwa mengistiharkan larangan ini.
Muzakarah juga menasihatkan semua pihak supaya berhati-hati agar tidak menyalahgunakan ayat-ayat suci al-Quran demi meraih sokongan atau mendapatkan sesuatu kepentingan.”
Pautan majlis fatwa
Dan yg terkini, tarian poco2 yg diistiharkam haram di negeri Perak oleh TS Hurussani. Fatwa Negeri Perak berbunyi: “…memperaku supaya diharamkan tarian atau senaman poco-poco atas asas ianya mempunyai kaitan dgn kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yg menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian…
Dan tindakkannya telah dipertikaikan Oleh Prof. Dato' M. Asri.
Pautan DrMaza
Pandangan beliau -pada pandangan saya- tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah. Jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah, atau dicampuri perbuatan yang salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik.
Mana kala, perkongsian pandangan di Face Book MELAYU ISLAM BERSATU
(Klik utk ke pautan)
Dan fatwa Kebangsaan yg diumumkan baru2 ini. Tarian ini dibolehkan tetapi bersyarat. Namun setakat ini (2hb.May2011) masih belum dikeluarkan fatwa & prasyarat yg dimaksudkan di pautan ini.
http://www.islam.gov.my/
Perbezaan pandangan itu wajar. Akan tetapi mempertikaikan pandangan tanpa perbincangan seolah2 bertujuan memperlekehkan kewibawaan pada yg dipertikaikan.
Tetapi.. Saya masih mempersoalkan persoalan yg sekian lama, bagaimana mungkin secara umumnya ramai yg mengetahui gejala sosial dalam kalangan remaja melayu islam adalah berpunca dari HIBURAN TERANCANG YG TERLAMPAU. Kenapa tidak seorang pun para ilmuan sudi membincangkan bagi memberi garis panduan hiburan bagaimana yg diharuskan & diharamkan. Malah, hasil pendapatan dari HIBURAN YG BAGAIMANA YG HARUS & HARAM juga perlu diperjelaskan secara umum & mewar2kannya setiap masa dimedia masa bagi mengingatkan semua. sekurang2nya, kita dapat mengurangkan keterlaluan hiburan yg seolah2 menjadi kewajiban pada stesen2 penyiar.
Pautan HIBURAN TERANCANG YG TERLAMPAU
Manakala dari sudut lain, pandangan Prof. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
PADA PAUTAN INI
Antara perkongsiannya.
Maka janganlah hairan, jika tanpa keikhlasan iman golongan agama juga akan bertarung dan jatuh menjatuh sama seperti orang politik. Bukan kerana perbezaan idea, tetapi kerana ‘kemaruk kuasa’ seperti mana yang berlaku kepada ramai orang politik yang tidak bersandarkan wahyu. Mereka pun akan menghapuskan apa sahaja yang boleh mengikis penguasaan mereka. Kata Sufyan al-Thauri (meninggal 161H):
“Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya” (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 7/262).
Sementara itu dalam blog
PAUTAN BLOG mykhalifah
Jelaslah bahawa kesatuan umat di bawah satu Khilafah adalah satu kewajipan syar’i yang tak ada keraguan lagi padanya. Kerana itu, tidak menghairankan bila para imam-imam mazhab Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i, dan Imam Ahmad bersepakat bulat bahawa kaum muslimin di seluruh dunia hanya boleh mempunyai satu orang Khalifah saja, tidak boleh lebih:
“...para imam mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, dan Ahmad) --rahimahumullah-- bersepakat pula bahawa kaum mulimin di seluruh dunia pada saat yang sama tidak dibenarkan mempunyai dua imam, baik keduanya sepakat mahupun tidak.” (Lihat Syaikh Abdurrahman Al Jaziri, Al Fiqh ‘Ala Al Madzahib Al Arba’ah, jilid V, hal. 416) Hukum menegakkan Khilafah itu sendiri adalah wajib, tanpa ada perbezaan pendapat di kalangan imam-imam mazhab dan mujtahid-mujtahid besar yang alim dan terpercaya.
Siapapun yang menelaah dalil-dalil syar’ie dengan cermat dan ikhlas akan menyimpulkan bahawa menegakkan Daulah Khilafah hukumnya wajib atas seluruh kaum muslimin. Di antara argumentasi syar’ie yang menunjukkan hal tersebut.
Terdapat banyak lagi pandangan2 penulis juga para ilmuan berkongsi pandangan2 mereka, namun kebanyakkan pandangan2 sekadar utk KEPENTINGAN bukan kerana KEBENARAN utk KEBAIKAN.
Kita sebagai makmum,
Kita berdiri mengikut imam dishaf hadapan,
Dgn meluruskan & merapatkan barisan.
Bersama berganding bahu.
Menyembah TUHAN yg SATU.
Imam tersilap,
Kita beri isyarat,
Dgn rukun & tertib,
Dgn adab & adat.
Dengan niat kerana ALLAH Ta'ala.
mudah2an yg terbaik utk kita semua.
Didunia & akhir nyata.
Dalam 1 artikel oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Pada blognya
Antara perkongsiannya.
Persoalannya bagaimana cabaran ini harus dihadapi oleh umat Islam yang rata-ratanya belum begitu benar-benar beriman. Bagi menyelesaikan semua itu perhatikan pecahan sabar yang harus dimiliki oleh umat Islam.
1- Sabar (menahan) daripada kehendak syahwat perut dan kemaluan. Sabar ini disebut iffah.
2- Sabar dalam menghadapi musibah, lazimnya disebut sabar.
3- Sabar dalam keadaan kehidupannya yang serba cukup dan mampu. Sabar ini disebut mengawal nafsu.
4- Sabar dalam peperangan dan pertempuran. Sabar ini disebut syaja’ah (berani).
5- Sabar dalam mengekang kemarahan. Sabar ini disebut lemah lembut (al-hilmu).
6- Sabar menyimpan rahsia. Sabar itu disebut katum.
7- Sabar memiliki kelebihan dan kemewahan. Sabar ini disebut zuhud.
Mengingatkan pesanan arwah emak.
Jadikan SABAR itu AMALan.
BerSABAR ketika berAMAL.
MengAMALkan dgn keSABARan.
SABAR dalam apa jua.
kerana SABAR itu separuh dari iman.
"Sesungguhnya orang-orang yang berhati teguh(sabar)itu, akan dibayar cukup pahalanya dengan tiada terbatas."
(Az-Zumar : 10)
"Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Tuhan bersama orang-orang yang sabar."
(Al-Anfal : 46)
Pesan seorang tua arwah(bapa angkat ku),
Ketika zaman kanak2 dulu.
Jadikan IKHLAS itu amalan,
Amalkannya dengan keIKHLASan.
kerana IKHLAS menghindarkan kita dari sifat riak & takbur,
Malah IKHLAS juga mendekatkan diri agar sentiasa redha & bersyukur.
Jadikan KEBAIKAN itu sebagai amalan,
Amalkan KEBAIKAN dengan seBAIK-BAIKnya.
Kerana KEBAIKAN adalah amalan mulia.
Mudah2an KEBAIKAN kita perolehi dunia & akhirat.
AMALkan segala kewajipan dengan keIKHLASan.
IKHLASkan hati mengAMALkan keBAIKan.
SEBAIK2 AMALAN DILAKUKAN DENGAN KEIKHLASAN.
Ikhlas menurut pandangan ustaz Mohd.Zawawi Yusoh
Artikel dalam harian metro, antara lain pandangannya.
Tidak mengejar publisiti, melakukan kerja bukan hendak dipuji tetapi menunaikan tugasnya dan bila dipuji tidak lupa diri.
Tidak suka menyalahkan orang lain. Orang ikhlas kerap menyalahkan diri sendiri.
Bekerja senyap jauh daripada sorotan, mereka berkorban tanpa mengungkit. Mereka laksana akar kepada pokok, tertanam di dalam tanah tanpa orang nampak.
Tidak lokek untuk memuji orang yang patut dipuji. Mengucap tahniah kepada mereka yang wajar dihargai jasanya. Dalam konteks ini manusia selalu berhadapan dengan dua kelemahan. Pertama, memuji dan memuja orang yang tidak berhak. Kedua, tidak menghargai dan memuji orang yang patut dipuji. Rasulullah walaupun manusia yang paling sempurna tidak lokek memuji Abu Bakar, Uthman, Umar dan Ali.
Bekerja tanpa mengira kedudukan, baik sebagai pemimpin atau sebagai pengikut seperti kisah Khalid al-Walid.
Gembira dengan kemunculan tokoh baru dan bersedia memberi laluan kepada mereka membuktikan kebolehan dan kepakaran tanpa diganggu-gugat, dicemburui sebab orang tidak ikhlas biasanya gelisah dengan kemunculan tokoh baru.
Sabar dan istiqamah sepanjang masa, tidak lemah semangat, tidak buat ala kadar sebab pendorongnya kerana Allah bukan kerana manusia. Jika buat kerana orang, bila dipuji rajin, bila dikeji malas.
Justeru, keikhlasan hati itu menjadi pedoman kepada seseorang dalam melakukan apa saja pekerjaan. Orang yang bekerja dengan penuh keikhlasan sudah pasti hatinya tidak mudah patah atau putus harapan sehingga mencapai apa yang dicita-citakan.
Teringatkan,
Kata2 pesanan dari seorang pemimpin masyarakat.
(bukan pemimpin dari parti politik)
Untuk berlaku ADIL pada semua,
Amat MUDAH.
tetapi..
Untuk MEMUASKAN HATI semua.
Amat PAYAH.
Mengingatkan pesanan arwah emak.
Ingat pada Allah.
Ingat pada Allah setiap masa.
Bukan sekadar setiap waktu.
Lakukan segalanya nawaitu kerana Allah.
Bukan lakukan semata kerana keinginan & nafsu.
Mudah2an tidak terjerumus kpd kemungkaran.
Insya'Allah.
TITIAN INI.
Titian ini.
Bergatung harap keteguhan asas.
Asas bagi pengikat tali pertalian.
Supaya teguh sebuah jambatan.
Jambatan penghubung persaudaraan.
Bukan tembok utk dijadikan kebanggaan.
Atau pagar mempermudahkan memperlihatkan keaiban.
Firman Allah s.w.t," Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat".
( Al-Hujurat : 10 )
Allah s.w.t berfirman," Dan (Dialah) yang menyatukan hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau membelanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak juga dapat menyatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
(Al-Anfal : 63)
Allah menyeru kita semua agar menegakkan keadilan kerana Allah. Sebagaimana FirmanNYA yg bermaksud.
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
(Surah al-Maidah, ayat 8).
Hampir keseluruhan ayat2 yg Allah terangkan ditujukan kpd "WAHAI ORG2 YG BERIMAN". Siapakah golongan yg dimaksudkan itu? Dan antara ayat2 lainnya yg bermaksud.
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(An-Nissa : ayat 135)
Selain itu,
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu sekalian untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan ( menyuruh kamu ) apabila menetapkan hukum diantara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu dan sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.
( An - Nisa’ : ayat 58 ) :
Sementara itu, kita sama2 fikirkan siapakah yg dimaksudkan dalam hadis ini. Iaitu
Hadis riwayat Tirmizi.
Dari Abu Hurairah r.a.
Rasulullah s.a.w bersabda.
Akan keluar di akhir zaman org2 yg mencari keuntungan dunia dgn menjual agama. Mereka berpakaian dihadapan org lain dengan pakaian yg dibuat dari kulit kambing (berpura2 zuhud didunia) utk mendapat simpati org ramai.
Perkataan mereka lebih manis dari gula padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan2 yg buruk)
Dan dari hadis riwayat Muslim.
Dari abu hurairah r.a.
Rasulullah s.a.w bersabda.
Segeralah kamu beramal sebelum terjadi fitnah seperti menempuh malam yg gelap-gelita.
Ketika itu nanti ada org yg akan beriman pada waktu pagi tetapi petangnya sudah kafir.
Petang kafir pagi sudah beriman.
Dia menjual agamanya dgn harta dunia.
Manakala, dalam hadis yg lain dari,
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :
"Enam kerana enam akan dimasukkan ke neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu :
1. Kerajaan yang zalim
2. Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)
3. Ketua kampung/pemimpin yang sombong.
4. Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.
5. Orang kampung yang kerana kebodohannya.
6. Dan ahli ilmu kerana hasad dengkinya."
Sama2 kita fikirkan, pengertian maksud2 dalam hadis diatas. Manakala,
Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu mendoakan ke atas mereka, dan mereka mendoakan ke atas kamu. (Adapun) Sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu benci dan mereka pula benci kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.Berkata (Auf), kami bertanya : Wahai Rasulullah, apakah boleh kami menyerang mereka dengan pedang ? Nabi menjawab : “Tidak boleh, selama mereka menunaikan solat.” (Hadis Riwayat Muslim)
Selain itu,
Sabda Nabi SAW, maksudnya; “Dua golongan dalam umatku, apabila mereka baik, maka baiklah seluruh manusia dan apabila mereka rosak, maka seluruh umat turut menjadi rosak. Mereka ialah para umara’ (pemimpin) dan ahli feqh (ulama)”
(Hadis Riwayat Ibnu Abdil Bar dan Abu Naim).
Dan,
Di akhir zaman nanti Nabi S.A.W.membayangkan keadaan umat Islam. Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasud menghasud sehingga zalim menzalim". (Hadis Riwayat Hakim)
Hasutan & tipu daya syaitan tidak semestinya pada mereka yg jahil sahaja.
Firman Allah SWT maksudnya : " ... dan (syaitan) itu mengatakan, 'Aku pasti akan mengambil bagian tertentu dari hamba-hamba-Mu, dan pasti akan ku sesatkan mereka, dan akan ku bangkitkan angan-angan kosong pada mereka..."
(Surah an-Nissa' ayat 118-119)
Dalam Surah Al Isra' ayat 53 Allah berfirman maksudnya.
"Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka.
Dan sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia"
Dalam ayat lain, Allah mengingatkan'
Dan syaitan pun menampakkan sesuatu yang bagus bagi apa yang telah mereka kerjakan
lalu menghalangi mereka dari jalan Allah , sehingga mereka tidak mendapat pertunjuk.
(Surah Al Naml :24)
Bukan setakat itu sahaja iblis cuba membangkitkan perasaan kita, malah
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Pada hari ini sahabat-sahabat karib. Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengannya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)."
(Surah az-Zukhruf ayat 67)
Kerana segala semua ini berpunca dari Hasutan.
Adalah lebih baik kita hindarkan diri dari menghasut.
Kerana Allah telah pun menciptakan makhluk sedemikian dari api utk menghasut.
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (200)
(Al-Araf : 200)
Firman Allah s.w.t.
"Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran),
Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah menjadi teman yang selalu menyertainya "
(Surah Al Zukraf ayat :36)
Dalam ayat lain Allah mengingatkan.
“Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar.”
(Surah An Nur : ayat 15)
Sebaiknya, segala apa yg kita lakukan adalah atas "nawaitu Lillahi Ta'ala"
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."...
(al-Baqarah 2/216)
Rasulullah S.A.W berpesan dalam hadis bermaksud.
: "Barangsiapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubah dgn tangan jika tidak boleh maka dengan lisannya, jika tidak boleh juga maka dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Dan,
Dari Ibnu Umar : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang meminta perlindungan dengan nama Allah, maka berilah ia perlindungan; barangsiapa yang meminta kepada kalian atas nama Allah, maka berilah ia; barangsiapa yang meminta jaminan atas nama Allah maka berilah ia jaminan;
Dan barangsiapa yang melakukan kebaikan untuk kalian, maka balaslah ia. Jika kalian tidak mendapatkan, maka berdoalah untuknya, hingga kalian mengetahui bahawa kalian telah membalasnya.” [2566]
Manakala Allah berfirman.
“Dan tolong-menolong kamu atas kebajikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-menolong atas dosa dan permusuhan.”
(Surah al-Maidah ayat 2)
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas satu syariat (peraturan) daripada urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.”
(Surah al-Jaatsiyah ayat 18)
"Ikutilah apa yang telah diturunkan kepada kamu daripada Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya. Amat sedikitlah kamu mengambil pengajaran (daripadaNya).
(Surah al-A’raf ayat 3)
Mereka yang berjuang ke jalan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan jalan jalanKami. Sesungguhnya Tuhan berserta dengan orang-orang yang berbuat baik.”
(Surah al- Ankabut ayat 69)
Siapa kita disisi Allah.
"Katakanlah: 'Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah Tuhan semesta alam."
(Surah Al-An'aam:ayat 162)
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
(Surah at-Tahrim ayat 6)
Firman Allah swt," Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat".
(Al-Hujurat : ayat 10)
Sukar sangatkah utk kita bersyukur dan memaafkan?
Bersyukur bukannya susah.
Bersyukur bukan hanya kerana sesuatu yg diperoleh.
Bersyukur setiap masa.
Kerana segala nikmat yg kita ada yg dikecapi sekadar pinjaman semata.
“ Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurlah atas nikmat-Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat Ku. ”
(Surah al-Baqarah, ayat 152)
"Sesungguhnya orang-orang yang berhati teguh(sabar)itu, akan dibayar cukup pahalanya dengan tiada terbatas."
(Az-Zumar : 10)
Allah S.W.T berfirman dalam ayat yg bermaksud.
“Jadilah engkau pema’af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh.”
(Surah al-a’râf: ayat 199)
“Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).”
(Surah al-Zumar, ayat 53-54)
Manakala, Allah mengingatkan kita supaya kita tidak takbur sebagaimana dalam firmannya yg bermaksud.
" ...maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa".
( An-Najm : ayat 32)
Dalam ayat lain, Allah juga mengingatkan kita.
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”
(surah Al Imran; 142)
Dalam satu artikel yg tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia 24hb Apr (pautan). Baru2 ini.
Bekas Felo Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, kerjasama antara UMNO dan Pas merupakan idealisme yang ditunggu-tunggu oleh orang Melayu dan sekiranya tercapai, ia ibarat mimpi menjadi kenyataan.
Menurutnya, kerjasama itu boleh disegerakan kerana masyarakat Melayu dilihat terlalu bertoleransi dengan kaum lain dan sentiasa berpecah-belah sesama sendiri.
"Sekiranya Pas dan UMNO boleh bersama dalam aspek yang berlainan ini saya percaya penyatuan politik lambat-laun akan menjelma juga antara kedua-dua pihak.
"Namun, pada masa yang sama, pemimpin Pas perlu sanggup mengetepikan kepentingan dan perbezaan yang membelenggu mereka selama ini," katanya.
Teringatkan pesan arwah bapak dalam bahasa jawa.
Nek nang ngarep, ojo nyandong-nyandong,
Nek nang mburi, ojo nyerimpong-nyerimpong.
Nek iso bareng-bareng bodo rumongso sopo kito.
Maksudnya:
Kalau dihadapan jgn terhegeh-hegeh,
Kalau dibelakang, jgn menonjol-nonjol,
Kalau boleh seiringan, kenali diri siapa diri ini.
Sekali lagi saya ulangi.
Sebagai makmum,
Kita berdiri mengikut imam dishaf hadapan,
Dgn meluruskan & merapatkan barisan.
Bersama berganding bahu.
Menyembah TUHAN yg SATU.
Imam tersilap,
Kita beri isyarat,
Dgn rukun & tertib,
Dgn adab & adat.
Dengan niat kerana ALLAH Ta'ala.
mudah2an yg terbaik utk kita semua.
Didunia & akhir nyata.
Kebawah Duli Tuanku.
Ampun patik beribu ampun, sembah patik haraf diampun.
Adalah menjadi kewajiban kita bagi mendamaikan konflik sesama kita sebagaimana Firman Allah yg maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”
(Surah Al-Hujurat: ayat 10)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.
luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.
Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.
salam ukhwah utk semua.