POLITIK OH POLITIK
Assalammualaikum.w.w kepada sahabat-sahabat yang di rahmati ALLAH SWT sekalian.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat-sahabat Baginda.
Untuk bercerita soal hukum, saya bukanlah org yg layak utk menyatakannya. Apatah lagi menghukum. Kerana apa yg saya tulis ini, saya ingin mengajak saudara-saudara semua berfikir demi kebaikan bersama. Bukan kepentingan ketika didunia.
Dalam kemelut politik,
Yg menampilkan perbalahan antaraBANGSA melayu.
Kini wabak merebak hingga dalam kalangan para ilmuan, alim ulama seolah2 masing2 benar walaupun memang benar tetapi tidak mendatangkan kebaikan utk agama, bangsa & agama.
Kerana kuasa ada yg terlupa YG MAHA BERKUASA.
Segalanya adalah berpunca dari MASING2 MEMPERJUANGKAN soal KEPENTINGAN lebih diutamakan. Sewajarnya, kita semua adalah bersaudara, sepatutnya kita perlu membicarakan KEBENARAN UTK KEBAIKAN SEMUA, TAPI MALANGNYA, APA YG KITA LIHAT FENOMENA SKRG, MASING2 MEMPERKATAKAN UTK KEPENTINGAN SEMATA. Sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 10:
Firman Allah swt," Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat".
Siapa orang mukmin yg dimaksudkan itu?
Paling menyedihkan. Antara para ulama sendiri saling mempertikaikan kenyataan antara satu dgn yg lain tanpa meneliti dalil & nas yg dinyatakan oleh kalangan yg dipertikaikannya.
Antaranya Kalimah Allah, Org kafir berdakwah utk kepentingan kepartian membaca & menterjemah ayat suci Al-Quran dll.
Pautan2 sebagai rujukan.
Bila Kor ming - baca quran
Pandangan Ustaz azhar- kafir baca quran
(Pautan)
Pandangan Tuan Guru Nik Aziz
(Pautan)
Pandangan TS Hurussani
(Pautan)
Sedangkan Allah berfirman,
"Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.
Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?"
(An-Nissa : 144)
Setelah perbalahan demi perbalahan terjadi, caci maki sesama sendiri berlaku. Hampir satu tahun barulah majlis fatwa mengistiharkan larangan ini.
Muzakarah juga menasihatkan semua pihak supaya berhati-hati agar tidak menyalahgunakan ayat-ayat suci al-Quran demi meraih sokongan atau mendapatkan sesuatu kepentingan.”
Pautan majlis fatwa