Sabtu, 18 Februari 2012

Bicara DEBAT Soi Lek dan Guan Eng.







Saya tidak menyalahkan kenyataan mereka,
Mereka hanya dgn kefahaman yg mereka faham utk menilainya.
Kerana mereka tidak pun faham tentang hukum2 yg terkandung dalam kitab Al-Quran.

Kenyataan Soi Lek, saya anggap lebih tepat & benar, kerana mungkin beliau lebih faham dari Guan Eng dan org pas bahawa HUKUM KETETAPAN YG TERKANDUNG DALAM KITAB AL-QURAN ADALAH HUKUM YG TEPAT & BENAR SEPANJANG ZAMAN BAGI SELURUH UMAT MANUSIA.
Bertepatan dgn firman Allah dalam Surah ke-25. Al-Furqan ayat pertama.
Bermaksud:
"Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam."

Sedangkan ramai tokoh2 juga kalangan2 sahabat hanya ingin menegakkan hukum dgn menghukum umat islam sahaja. Dgn ini, secara langsung, org bukan islam semakin takut dan menentang islam kerana SEOLAH-2 ISLAM ADALAH AGAMA YG MENGHUKUM.

Walhal pada asasnya.
Agama ISLAM yg kita kita anuti adalah utk kita mengamalkan dan dijadikan sebagai amalan dgn mengamalkannya bagi kejayaan & kebaikan bersama dunia dan akhirat.

Tetapi.
Lebih ramai antara kita yg lantang berkata memperjuangkan hukum,
Dgn angkuh terus menjatuhkan hukum.
Tapi dgn sendiri sengaja melanggar hukum2 larangan2 yg terkandung dalam kitab panduan Al-Quran.
Di awal Surah ke31. Lukman bermaksud:
[1]
Alif, Laam, Miim.
[2]
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
[3]
Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik
[4]
Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.
[5]
Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.






Saya tahu, Saya ni jahil. 
Kerana, Ilmu Allah amat luas.
Masih banyak yg kita perlu pelajari.
Jika kenyataan saya ini tidak bertepatan, silalah beri teguran.

Allah juga menyuruh kita berkata yg benar utk kebaikan bersama.
Dalam 4 ayat terakhir dari surah ke-33.Al Ahzab ayat 70-73 bermaksud:
[70]
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara),
[71]
Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
[72]
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
[73]
(Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik, dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik; dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Suatu masa,
Insya'Allah.
Mereka akan dibukakan pintu hati utk menerima baik islam sekiranya kita menampilkan dan memperkatakan tentang kebenaran dan kebaikan islam dijadikan amalan.
Dalam ayat terawal surah ke-15. Al-Hijr ayat 1-3 bermaksud:
[1]
Alif, Laam, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan.
[2]
Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam.
[3]
Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka).


Sekian,
Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum.wmt.wbkt.

Kang Nasir(19022012)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.

luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.

Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.

salam ukhwah utk semua.