POLITIK ISLAM vs TASAWUF.
Sahabat-sahabat yg dirahmati Allah.
Assalamualaikum.w.w.
Pentingnya ILMU TASAWUF agar kita tidak sengaja dikelirukan oleh mereka yg berilmu yg rakus mempergunakan kesucian agama berlumba=lumba meninggikan darjat kedudukan didunia.
Kerana,
Ilmu tasawuf mengajak kita kearah membersihkan hati mendidik nafsu dan membina akal.Antara 3 perkara amalan mulia dalam sifat mahmudah itu menyentuh tentang
1) Taubat .
2) Khauf ( Takut )
3) Zuhud
Seterusnya klik pada pautan,
Agak pelik juga.
Kenapa ramai ilmuan khususnya para pembangkang malah umat pas apatah lagi kafir yg diupah sebagai tentera hantu kacang berusaha mencari helah mencari alasan dgn mencari salah utk menyalahkan?
Klik pautan persoalan.
Jika sifat mahmudah KHAUF (TAKUT) tidak ada dalam hati. Mana mungkin ada perasaan merasa BERSALAH kpd ALLAH?
Atas alasan apa bersungguh-sungguh bersusah payah berusaha mencari helah mencari alasan dgn mencari salah utk menyalahkan? Malah akhbar yg konon islamik sendiri berusaha menghasut memperdaya dan mengelirukan umat islam supaya sesama islam bersengketa demi kerana sanggup BERKORBAN kpd KAFIR DAP dgn MENGORBANKAN KESUCIAN ISLAM.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15995-kalimah-allah-impian-umno-perdaya-umat-islam-ranap
Dan,
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15984-isu-kalimah-allah-tenggelam-isu-lebih-besar-ngo-pondok
Terbaru,
Dr Asri (DrMaza) berpendapat dalam artikel di M'kini.
Emosi & realiti di sebalik kalimah 'Allah'
Apakah mereka terpaksa menahan diri dari menyebut masya-Allah dengan diganti ‘masya-God'.
Klik Dipautan ini
Orang Islam seluruh dunia setiap hari melafazkan ayat dalam Surah al-Fatihah (maksudnya): "Segala puji bagi Allah tuhan segala alam."
Tiada Muslim pun yang menyebut "segala puji bagi Allah Tuhan kaum Muslimin sahaja". Ini kerana Muslim mengakui Allah itu tuhan untuk semua, bukan tuhan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja.
Agak pelik juga bunyinya bila mentafsir ikut suka bagi mengelirukan umat islam. Kenapa perlu mengambil satu contoh ayat utk membuktikan satu pengorbanan mengorbankan kesucian islam kpd kafir? Sebelum ini saya ada mempersoalkan kenyataan beliau malah Yusuf Qardawi dipautan ini.
Klik utk ke pautan
Beliau juga berpendapat,
Isu kalimah Allah ini akan menjadi satu sejarah yang menarik dan tersendiri di Semenanjung Malaysia. Isu seperti ini tidak wujud di negara-negara Arab kerana Kristian Arab dan Bible dalam Bahasa Arab sejak sebelum dan selepas Nabi Muhammad SAW memang menggunakan perkataan Allah merujuk kepada Tuhan.
Bahkan kaum Quraish sebelum kehadiran Nabi Muhammad SAW juga guna nama Allah. Bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Padahal bapa Nabi Muhammad SAW tidak sempat pun bertemu dengan Nabi SAW sebagai Rasulullah. Kristian Qibti (Coptic) di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan ‘Allah'.
Apa yg dinyatakannya itu betul.
Tetapi lebih tepat lagi bila beliau berkata ALLAH itu adalah Nama khas bagi Tuhan dalam bahasa arab yg juga bahasa Al-Quran. Tetapi kenapa beliau tak fikir tentang itu?
Sekali lagi saya mempersoalkannya,
Saya harap ada sahabat-sahabat yg sudi bertanyakan kpd beliau atau memanjangkan mesej perkongsian ini kpd beliau.
Persoalan saya terdahulu dipautan ini:
Persoalan saya sebelum ini:
Memang Allah Tuhan seluruh Alam. Memang Allah Tuhan seluruh jin dan manusia tetapi Allah adalah "Tuhan yg berhak disembah oleh sekelian manusia" (surah An-Nas ayat 3). Hanya Satu Yg Maha Esa. "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakan;" (surah Al-Ikhlas ayat 3)
Merujuk ayat ke 3 surah An-Nas yg bermaksud Allah adalah "Tuhan yg berhak disembah oleh sekelian manusia" Jadi, adakah sikafir laknat itu akan menyembah Allah setelah mempergunakan Kalimah Allah?
Bertambah celaru bila yg berilmu berusaha bersusah-payah memenuhi kemahuan kafir.
Pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik berkata:
Nooh Gadut tak wajar 'gopoh, terlalu teruja'
Pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik berkata penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut tidak wajar gopoh dan terlalu teruja menggugurkan akidah umat Islam yang bersetuju dengan langkah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah.
Dipautan ini malaysiakini
Sedangkan Prof Dato Harun Din juga pernah menyatakan perkara yg sama,
Dan terbaru beliau tetap dgn pendirian Allah eksklusif untuk Islam
Haron Din: Allah eksklusif untuk Islam
dikemaskini: Kenyataan Haron itu berbeza dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengekalkan pendirian mereka bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah.
Penjelasannya klik pada pautan malaysiakini.
Atas alasan apa Pakatan bertegas: Bukan Islam boleh guna kalimah 'Allah'
Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali yang menjawab soalan pemberita berkata, pendirian Pakatan tidak berbeza dengan pendirian yang dinyatakan sebelum ini.
Seterusnya pada pautan. http://www.malaysiakini.com/news/244109
Sehingga siKAFIR dgn angkuh semakin berani mencabar kesucian islam.
DAP tetap mahu Kristian dibenar guna kalimah 'Allah'
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menegaskan bahawa parti itu tetap dengan pendiriannya agar penganut Kristian dibenarkan mengguna kalimah 'Allah' dalam Bible versi bahasa Malaysia.
Manakala para Peguam Muslim mengingatkan:
Jangan sembarangan ulas kes 'Allah'
Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainur Rijal Abu Bakar berkata kenyataan yang dibuat sewenang-wenangnya boleh menimbulkan kekeliruan atau menghina mahkamah.
Oleh kerana ramai ILMUAN YG BERKATA DGN LOGIK AKAL.
Saya juga ingin kongsikan pandangan dan persoalan dgn mengguna pakai LOGIK AKAL juga.
Jika kita mengaku kita beriman, taat dan kpd Allah, Apakah pengorbanan kita? Adakah dgn MENGORBANKAN kesucian KALIMAH ALLAH sesuka hati suka sama suka dikongsi itu membuktikan kita BERKORBAN kerana ALLAH?
Jika mereka para ilmuan itu masih enggan berfikir tentang PERSOALAN LOGIK AKAL itu, Saya ingin memberi contoh mudah. Adakah dikatakan kita sayang kpd anak gadis kita, isteri kita, malah ibu kita dgn sengaja MENGORBANKAN kesuican maruah harga diri mereka sesuka hati DIKONGSI-KONGSI suka sama suka sesuka hati sepuas hati itu membuktikan SATU PENGORBANAN SUCI kerana sayangkan mereka?
Sahabat-sahabat yg dirahmati Allah,
Sepertimana selalunya saya menyeru,
Kita sebenarnya sengaja dikelirukan oleh mereka yg berilmu mempergunakan ilmunya dan mempergunakan kesucian agama bagi meninggikan darjat kedudukan mereka utk dunia.
Sila ke pautan perkongsian. ini.
Oleh itu,
Marilah kita menyeru bermohon supaya mereka mengajarkan kita tentang ILMU TASAWUF. Daripada mereka berceramah disurau dimasjid dan dimana-mana pentas politik dgn menghasut dan menyuruh mengamalkan hasad dengki iri hati serta memusuhi saudara sendiri. Kan lebih baik mengajar umat islam kearah kebaikan kita semua.
Ketahui selanjutnya dipautan ini.
Andai perkongsian dan persoalan ini juga ramai yg enggan kembali kpd kesucian islam.
Tiada apa yg dapat saya katakan selain,
BISMILLAHI TAWAKKALTU 'ALALLAH WALAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAH
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya”
( Surah Ali ‘Imran: ayat 8 )
Aminn.