Sabtu, 29 Julai 2017

JADILAH ISLAM YANG MEMIMPIN BUKAN KHADAM




JADILAH ISLAM YANG MEMIMPIN BUKAN KHADAM
Pesan TG Hadi Awang.

Sepatutnya.
ISLAM JALAN PENYELESAIAN.

SyukurAlhamdulillah. Semenjak Almarhum TG Dato Haron Din mengetuai ulama #PakLebai politik. 1000% kebanyakan para pak lebai dah kenal menfaatnya islam. Saya berdoa dan berharap smga TG Hj Hadi Awang mampu mengajak para penganut branded islam kembali kpd islam dgn menjadikan islam sebagai amalan kearah kebaikan utk diri masing2 dan utk seluruh ummah.

Admin amat tertarik dgn kongsian tuan guru.
Smga memberi menfaat:

 *UNTUKMU RAKYAT MALAYSIA*

*“JADILAH ISLAM YANG MEMIMPIN BUKAN KHADAM”*

https://www.pas.org.my/kenyataan-berita/12389-untukmu-rakyat-malaysia-jadilah-islam-yang-memimpin-bukan-khadam

NAFSU punca manusia INGKAR.






NAFSU punca manusia INGKAR.
Allah tetapkan hukum itu semua untuk kesejahteraan dan kebaikan pada diri kita dunia hingga akhirat. Nafsu punca kita ingkar kepada Allah.

Teringatkan tips motivasi masa belia dahulu dalam kuliah "Rumahku Syurgaku". Salah seorang penceramah seorang ustazah dari pejabat agama islam membincangkan tentang kebiasaan sikap isteri-isteri. Katanya, 88% kes yang dirujuk dijabatan agama kebanyakannya mereka yang menghadapi masalah rumah tangga para isteri mahu suaminya ikut kehendak mereka. Ini amat bertentangan dengan islam. Kalaupun mereka sayang kepada suami kenapa perlu derhaka kepada Allah? Isteri-isteri sepatutnya taat kepada suami kecuali dalam hal kemungkaran.

Rasulullah saw ada pesan dalam hadis bermaksud :
"Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Dalam kes MM ni lain macam pula bunyinya bila terlibat dengan NGO SIS. MM@marina ni suaminya siapa ya? Sebenarnya dalam Quran Allah dah beri perumpamaan. Isteri2 itu ibarat ladang. Mungkin suaminya setiap hari kena tendang sebab ada batasan yang direkanya mengikut hukum kemahuannya.

"Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman."
(Al-Baqarah : ayat 223)
https://www.facebook.com/kang.nasir.10/posts/895074127335665?pnref=story

Dalam penutup kuliah berkenaan ustazah pesan dalam hadis Rasulullah saw sepatutnya wanita yang taat kepada Allah dan suami paling mudah kesyurga kerana setiap pengorbanan dan tugasannya itu adalah pahala. Malangnya golongan wanitalah paling ramai menghuni neraka.

Dalam hadis tersebut Rasulullah saw bersabda dan bermaksud :
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)


Khamis, 20 Julai 2017

IBR - Keengganan kerajaan Penang bukti keangkuhan Dajal.





IBR - Keengganan kerajaan Penang bukti keangkuhan Dajal.

Mereka sendiri yang angkuh mendabik dada konon bersih tetapi hakikatnya keengganan bekerjasama untuk memerangi musuh nombor satu negara iaitu RASUAH tidak diendahkan oleh mereka. Ini membuktikan mereka TAKUT pada BAYANG-BAYANG sendiri kerana DAJAL TIDAK AMBIL RASUAH tetapi DAJAL PEMBERI RASUAH atau umpan bagi menjayakan rancangan mereka untuk menternak orang melayu sebagaimana sebelum kesah-kesah yang pernah berlaku sebelum ini.

Kita ikuti permainan licik dajal laknat.
Ikrar Bebas Rasuah (IBR) merupakan komitmen sesebuah institusi untuk memerangi musuh nombor satu negara itu.

Rentetan berita dipautan ini.
https://www.malaysiakini.com/news/388610?
SPRM kesal Pulau Pinang enggan tandatangani IBR. Iaitu Ikrar Bebas Rasuah (IBR) merupakan komitmen sesebuah institusi untuk memerangi musuh nombor satu negara itu. Sebaliknya dengan angkuh mereka mendakwa. "kerajaan Pulau Pinang menyifatkan prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR."

Admin berkongsi berlandaskan pengalaman admin semasa hidup daif ketika remaja dulu dipautan ini.
https://www.facebook.com/kang.nasir/photos/a.467988383257335.110022.465342536855253/823403934382443/?type=3&theater

DAJAL itu tidak ambil rasuah. tapi memberi gula-gula ataupun rasuah untuk menjadikan kita HAMBA NAFSU DUNIA sentiasa berharap umpan dari mereka. Sedangkan Rasulullah saw ada mengingatkan tentang perkara akhir zaman itu.

Dalam Hadis.
Dari Huzaifah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya: "Dajal selalu membawa air dan api. Api itu sebenarnya adalah air sejuk, sedangkan air sebenarnya adalah api. Kerana itu waspadalah kamu agar tidak celaka."
(Hadith Riwayat muslim)

Jika tidak kerana pertolongan dari Allah sudah pasti admin hanyut kerana jiwa kanak-kanak serta remaja terlalu mudah berbangga dengan habuan kesenangan dunia. Dan kerana itulah mereka mengambil kesempatan dengan berusaha menternak melayu dan umat islam dengan UMPAN bermula dari anak-anak kita. Penjelasannya ada pada pautan ini.
https://www.facebook.com/kang.nasir/photos/a.1409386739117490.1073741891.465342536855253/1423785431010954/?type=3&theater

Adakah umat islam mampu menghindar JARUM HALUS DAJAL? Sedangkan orang yang berilmu agama pun terpedaya lihat saja bagaimana ulama-ulama para #PakLebai politik hanyut sujud menuruti perintah mereka sehinggalah Almarhum TG Haron Din mengambil alih tampok kepimpinan ulama dan dari nasihat-nasihat almarhum itulah semua lebai-lebai politik baru faham selama ini mereka BERIMAN KEPADA DAJAL.

Benarkah DAP telus bersih dari RASUAH?
Semua orang cuma melihat keburukan PENERIMA RASUAH tetapi tidak mahu menghukum PEMBERI RASUAH. Sebab itulah admin katakan DAJAL TIDAK AMBIL RASUAH TETAPI PEMBERI RASUAH sebagaimana peringatan Rasulullah saw dalam hadis diatas.

Kita cuba lihat bagaimana permainan UMPAN mereka dapat mempengaruhi ilmuan dipautan ini.
https://www.facebook.com/kang.nasir/photos/a.467988383257335.110022.465342536855253/1283056368417195/?type=3&theater

Jika ilmuan pun NAFSU mereka cenderung pada dunia sehingga cenderung mengharap redha manusia adakah kita yang jahil mampu menghindar jarum halus itu?

Dari Abu Hurairah r.a Bahawa Rasulullah saw Bersabda
" Apabila Umat-umat Ku Mementingkan Hanya Dunia Maka Hati Mereka Luputlah Dari Mencintai Islam Dan Apabila Mereka Berhenti Mendakwahkan Kebenaran Maka Luputlah Mereka Dari Rahmat Allah swt Dan Apabila Mereka Saling Caci Mencaci Antara Satu Sama Lain Maka Mereka Tidak Akan Lagi Dipandang Allah swt"
(Hadis Riwayat - Tirmizi).

Hebat bukan permainan DAJAL?
Itulah hakikatnya kerana kepentingan dunia kita bersengketa sehingga terlalu mudah percaya dan beriman kepada dajal malah ada saudara kita yang bersusah payah bermati-matian mempertahankan keagungan dajal dewa pemurah bagi mereka.. Na'uzubillah.

#AttackMode #MissiMemburuSrigala.




Rabu, 19 Julai 2017

Forum 'ISLAM JALAN PENYELESAIAN.



Alhamdulillah ulama branded islam telah menyedari ISLAM JALAN PENYELESAIAN.

Alhamdulillah. Admin amat mengalu-alukan penganjuran Forum Perdana "Islam Jalan Penyelesaian" yang akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad iv bersama Ust Tuan Ibrahim, Yb Ust Mohd Amar, Dr. Najihatussolehah, Ann Wan Seng dan Ust Mohd Fadhli Saari pada 20hb July ini.

Admin amat mengalu-alukan sahabat-sahabat dikelantan agar dapat luangkan masa menghadirkan diri dalam forum ini jika boleh kongsikan klip rakaman dari forum tersebut. Nanti kita boleh bincang bersama kemudian. Adakah kongsian mereka benar-benar mengikut garis panduan yang tersedia ada dalam Quran & Sunnah atau mengikut islam branded islam sebagaimana mereka lakukannya selama ini.

Sahabat yang menghadiri forum itu boleh add nama admin atau kongsikan klip distatus admin ini atau pada pada kongsian ini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=886615944848150&id=100004992577825&fs=4&ref=bookmarks

ISLAM JALAN PENYELESAIAN membawa maksud tidak ada sebarang alasan menolak kebenaran kearah kebaikan bersama dunia hingga akhirat bersandarkan GARIS PANDUAN titik persamaan yang sedia ada dalam Quran dan Sunnah. Kerana punca tercipta TITIK PERBEZAAN itu adalah ANGKARA NAFSU ULAMA.

Kongsian admin terdahulu dipautan ini.
https://m.facebook.com/kang.nasir/photos/a.1252396331483199.1073741883.465342536855253/1268878543168311/?type=3&source=54

Kenapa ISLAM JALAN PENYELESAIAN?
1- Agama adalah nasehat.
Bersandarkan Hadis Rasulullah saw mengingatkan kepada kita menfaatnya islam.
Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda,
" Agama itu adalah nasihat". Kami bertanya, "Untuk siapa?" Baginda menjawab, "Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya".
(Hadith Riwayat Muslim)

2- Mendamaikan saudara yang bertelingkah itu KEWAJIPAN bagi orang yang beriman.
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
(Al-Hujurat ayat 10)

Ini perintah Allah yang para ulama #PakLebai politik dan #PakWahab INGKARI. Malah semakin tinggi kedudukan mereka semakin sombong mendabik dada konon bila mampu korbankan kesucian agama memburu darjat dunia itu mulia disisi Allah.

3-Setiap mukmin bersaudara.
Jika memang benar kita beriman kepada Allah. TIDAK ADA ALASAN menolak jalinan ukhwah dengan mencipta GARIS TITIK PERBEZAAN konon bila kita pejuang islam branded islam itulah islam sebenar serta golongan yang beriman. Sedangkan, Rasulullah saw dah pun pesan kepada orang yang beriman.
Daripada Anas RA, Rasulullah SAW bersabda,
"Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
( Hadith Riwayat Muttafaqun ‘Alaih)

Sama-sama kita berdoa kepada Allah semoga semua ilmuan ulama-ulama dan PakLebai politik dapat mengajak saudara mukmin branded islam agar kembali kepada islam dengan menjadikan islam sebagai AMALAN. Dan itulah jalan penyelesaian dalam islam. Bukannya mempergunakan islam dengan angkuh sombong lambung-lambung memfitnah menghina menghukum memaksa orang lain ikut kemahuan nafsu mereka dalam branded islam. Sesiapa yg menentang mereka konon golongan kafir kufur munafik fasik dan lain-lain. Walhal sikap sedemikian itu dalam tasawuf bangga tak bertempat kerana bangga terjun keneraka.

Sekiranya mereka masih tetap angkuh sampai bila pun TIDAK AKAN ADA JALAN PENYELESAIAN kerana jalan penyelesaian itu pada perkara yang Allah redha yang sudah tersedia garis panduannya bukan ikut kehendak nafsu mereka. Admin harap para ulama tidak lagi menyusahkan diri dengan bersusah payah BERKONGSI DOSA JARIAH sebelum roh terpisah dari jasad. Sebab itulah sejak dulu admin menyeru mintalah ulama politik mengajar kita ilmu #TASAWUF. Hanya ini saja jalan kearah kebaikan kita bersama.

Apakah DOSA JARIAH itu?
In'shaa Allah kita bincang dilain masa atau kepautan ini kesan mudarat pada ummah sekarang.
https://m.facebook.com/kang.nasir/photos/a.528301933892646.1073741830.465342536855253/529145513808288/?type=3&source=54









Isnin, 10 Julai 2017

#PesanPM Agama jalan Kesejahteraan.




#PesanPM Agama jalan Kesejahteraan.
"Bila kita berpegang teguh kepada agama ianya dapat membentuk kehidupan yang sejahtera." Kerana ISLAM JALAN PENYELESAIAN.

Sepatutnya. Nasihat-nasihat yang baik sebegini datangnya dari lidah para ilmuan. Tapi malangnya majority ilmuan sendiri seperti macam macai, malah nafsu mereka lebih buas dari srigala sehingga mempergunakan kesucian agama untuk dikorbankan memburu kepuasan nafsu mereka.

Allah sudah tunjukan jalan kebaikan.
Tetapi NAFSU kita sendiri yang memilih jalan kemudaratan yang membinasakan diri dikemudian hari.

Kita tidak ada upaya apapun tanpa pertolongan dari Allah. Dan Allah Maha Pengasih & Penyayang.Tidak sedikit pun Allah menzalimi kita kerana yang menzalimi kita itu adalah NAFSU kita sendiri.

Perkara ini Allah telah peringatkan dalam Quran.
"Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan."
(Surah Yusuf: ayat 53).

Dan Firman Nya dalam surah yang lain bermaksud.
"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri."
( Yunus : ayat 44 )

(Iaitu NAFSU kita sendiri yang mendorong kita MENZALIMI DIRI sendiri)

Sepatutnya, tak payahlah kita menyusahkan diri dengan bersusah payah memfitnah mencaci mencela Najib dengan alasan TIDAK BERPUAS HATI sedangkan perbuatan keji yang dilaknat Allah itulah punca kita jauh dari rahmat Allah sebab itulah kita susah jiwa tidak tenang hati sempit akal celaru sampai ada kalanya hingga hilang akal hilang pedoman kerana menuruti NAFSU.

"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!"
(Al Humazah : ayat 1-3)

Dalam Al Quran dan Sunnah khususnya dengan amalan tasawuf Allah sudah tunjukan jalan kebaikan kesenagan kebahagiaan untuk kita didunia hingga akhirat. Walaupun tidak mewah tetapi mencukupi keperluan kita untuk terus menjalankan amal ibadah bertaqwa kepada-Nya.

".. dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
(At Talaq ayat 2-3)

Jadi, kenapa kita tidak berusaha memilih jalan yang baik yang terbentang luas dalam islam? Kenapa perlu ikut hasutan dajal serta syaitan-syaitan laknat DAP, RBA, SR, piji dan lain-lain?

Sebab itulah saya tidak menyalahkan penyokong pembangkang yang TAAT GILA kepada suruhan DAP. Kerana mereka sudah tidak diajak oleh ulama#PakLebai politik dan #PakWahab yang berhati srigala agar menjadikan islam sebagai amalan kerana mereka sendiri pun berlumba-lumba mengejar kemegahan dunia lalu menghasut mengajak saudara mukmin yang lainnya turut sama terjun keneraka. Na'uzubillah.

Sepatutnya, dengan berpandukan Quran dan Sunnah sudah tersedia garis panduan kearah kebaikan bersama. Malangnya disebabkan RAKUSNYA #NAFSU #PakLebai politik dan #PakWahab kita semua dihasut diajak bersengketa walhal Allah sudah peringatkan jika kita #BERIMANmaka kewajipan kita mendamaikan pertelingkahan malangnya para TAHFIZ dlm politik GILA MENGHINA MENGHUKUM.

"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat".
( Al-Hujurat : ayat 10 )

Lagipun, Agama Adalah Nasihat,
Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda,
" Agama itu adalah nasihat". Kami bertanya, "Untuk siapa?" Baginda menjawab, "Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya".
(Hadith Riwayat Muslim)

Semoga dengan nasihat PM kita semua mampu muhasabah diri kearah kesejahteraan diri dunia hingga akhirat nanti. In'shaa Allah.

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺍِﻧَّﺎ ﻧَﺴْﺄَﻟُﻚَ ﺳَﻼَﻣَﺔً ﻓِﻰ ﺍﻟﺪّﻳْﻦِ ﻭَﻋَﺎﻓِﻴَﺔً ﻓِﻰ ﺍﻟْﺠَﺴَﺪِ ﻭَﺯِﻳَﺎﺩَﺓً ﻓِﻰ ﺍﻟْﻌِﻠْﻢِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺔً ﻓِﻰ ﺍﻟﺮّﺯْﻕِ ﻭَﺗَﻮْﺑَﺔً ﻗَﺒْﻞَ ﺍﻟْﻤَﻮْﺕِ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔً ﻋِﻨْﺪَﺍﻟْﻤَﻮْﺕِ ﻭَﻣَﻐْﻔِﺮَﺓً ﺑَﻌْﺪَﺍﻟْﻤَﻮْﺕِ

"ALLAAHUMMA INNAA NAS-ALUKA SALAAMATAN FID DIINI WA ‘AAFIYATAN FIL JASADI WA ZIYAADATAN FIL ‘ILMI WA BAROKAATAN FIL RIZQI WA TAUBATAN QOBLAL MAUTI WA ROHMATAN ‘INDAL MAUTI WA MAGHFIROTAN BA’DAL MAUTI"

"Ya Allah kami memohon kepadaMu keselamatan dalam agama, dan kesejahteraan/kesegaran pada tubuh dan penambahan ilmu, dan keberkahan rizqi, serta bertaubat sebelum mati, dan rahmat di waktu mati, dan kemampuan sesudah mati."