Isnin, 24 Mei 2010
Facebook | Bicara Hati tentang Judi bola.
Facebook | Bicara Hati- tentang judi
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Kadang2, ramai yg tidak sedar dimana mereka berada, utk apa mereka lakukannya, pada siapa mereka berserah sujud syukur.
Ilmu Allah amat luas, lebih luas dari hamparan lautan,
tiada bertebing malah tiada penghujungnya.
setinggi mana kita miliki ilmu jgn lupa asas tunggaknya. ibarat tingginya awan cuma diawangan yg tiada tiang.
dan jgn lupa utk menyelami didalam dasar agar tidak kelemasan. itulah nasihat2 dari guru2 ku masa kanak2 dahulu.
perlukah kita lemas semata2 kerana membantu org yg melakukan kemungkaran,
perlukah kita berhambakan upah semata2 kerana ganjaran lumayan membantu mereka dalam maksiat.
kadang2 adik2, anak2 kita tidak sedar mereka berkhidmat utk bersubahat dalam maksiat.
umumnya judi itu haram,
Sekarang ini tengah panas isu berhubung Lesen Judi Bola/Sukan.
Malahan hampir setiap post berlainan namun Lesen judi juga yg diungkitkan.
Tokoh2 politik, tokoh2 agama(ulamak2) juga sering memberi pandangan.
Bahkan saya memang bersetuju lesen judi bola perlu dibatalkan.
cuma saya tidak tahu mengapa besar sangat isu ini sehingga cabar nencabar, bahkan ada yg sanggup menyatakan org kafir lebih tahu tentang hukum dari saudara mereka sendiri,
terlalu jahil sangat kah mereka?
Tetapi bagai mana lesen judi sedia ada?
bahkan sampai tinggi menggunung genting highland.
bersepah sepah macam sampah kedai no ekor,
Apa ini bukan judi kah? atau yg dah lepas tu kira halallah... begitu.
bahkan..
berduyun2 macam semut pusat2 hiburan, malah dibandar2 kecil pun ada?
tapi malangnya kenapa kita tidak bersama2 mencegah anak2 kita, saudara2 kita,
walaupun lesen tidak diberikan,
adakah anda pasti anak2, saudara2 tidak terlibat sama?
Demi kebaikan semua.
fikirkanlah kebaikan bersama.
saya tahu, pasti ada yg tidak setuju.
kerana kebaikan setiap individu ada sesuatu.
kebaikan bagi sesetengah org tidak mendatangkan keuntungan. pasti mereka menafikan.
saya harap..
jangan sampai kita seperti lalat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.
luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.
Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.
salam ukhwah utk semua.