Sabtu, 7 Januari 2012

Anjing 901 yg liar.



Anjing liar 901 tu jinak.

Kawan2 ku berkata,
Anjing2 liar tu jinak,
Mereka mengiaw bukannya menyalak.

Mengiaw sekadar ingin bermesra bermanja,
Supaya diberi perhatian oleh semua,
Sekadar menuntut hak kebebasan yg sebenarnya,

Aku ni agak khairan jugak,
Anjing liar nak bebas macamana pulak,
Dah habitatnya liar nak liar yg macamana dia nak?

Atau mungkin juga nak bebas seperti biawak,
Diair makan bangkai sambil merangkak,
Didarat lidah bercabang sambil berak.

Atau seperti bebasnya burung gagak.
Didarat cari bangkai sambil menguak,
Diudara ketawa sambil berak.

Kawan ku2 tetap berkata.
Pelacur yg beri minum anjing liar yg dahaga,
Allah menentukan nasibnya disyurga.
Bagi ku, Itu semua ketentuan Allah sebenarnya,
Syurga neraka bukannya kita yg tentukannya.

Hairan!!!
Kawan2 ku tetap bertegas dgn pendirian.
Anjing liar tu sekadar ingin perhatian.
Bagi ku, perhatian bagaimana lagi yg mereka inginkan.
Sedangkan bertindak ikut perasaan itu didorong oleh syaitan.

Kawan2 ku semua!!!
Fikirkanlah dgn sebaik2nya,
Adakah anjing liar itu memperjuangkan agama?
Apatah lagi utk bangsa & negara.

Sudah habitat asalnya anjing,
Mereka tidak akan mengiaw,
Walau jinak tetap menyalak.

@Kang Nasir(07012012)