Sabtu, 18 Februari 2012

Bicara DEBAT Soi Lek dan Guan Eng.







Saya tidak menyalahkan kenyataan mereka,
Mereka hanya dgn kefahaman yg mereka faham utk menilainya.
Kerana mereka tidak pun faham tentang hukum2 yg terkandung dalam kitab Al-Quran.

Kenyataan Soi Lek, saya anggap lebih tepat & benar, kerana mungkin beliau lebih faham dari Guan Eng dan org pas bahawa HUKUM KETETAPAN YG TERKANDUNG DALAM KITAB AL-QURAN ADALAH HUKUM YG TEPAT & BENAR SEPANJANG ZAMAN BAGI SELURUH UMAT MANUSIA.
Bertepatan dgn firman Allah dalam Surah ke-25. Al-Furqan ayat pertama.
Bermaksud:
"Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam."

Sedangkan ramai tokoh2 juga kalangan2 sahabat hanya ingin menegakkan hukum dgn menghukum umat islam sahaja. Dgn ini, secara langsung, org bukan islam semakin takut dan menentang islam kerana SEOLAH-2 ISLAM ADALAH AGAMA YG MENGHUKUM.

Walhal pada asasnya.
Agama ISLAM yg kita kita anuti adalah utk kita mengamalkan dan dijadikan sebagai amalan dgn mengamalkannya bagi kejayaan & kebaikan bersama dunia dan akhirat.

Tetapi.
Lebih ramai antara kita yg lantang berkata memperjuangkan hukum,
Dgn angkuh terus menjatuhkan hukum.
Tapi dgn sendiri sengaja melanggar hukum2 larangan2 yg terkandung dalam kitab panduan Al-Quran.
Di awal Surah ke31. Lukman bermaksud:
[1]
Alif, Laam, Miim.
[2]
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
[3]
Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik
[4]
Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.
[5]
Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.






Saya tahu, Saya ni jahil. 
Kerana, Ilmu Allah amat luas.
Masih banyak yg kita perlu pelajari.
Jika kenyataan saya ini tidak bertepatan, silalah beri teguran.

Allah juga menyuruh kita berkata yg benar utk kebaikan bersama.
Dalam 4 ayat terakhir dari surah ke-33.Al Ahzab ayat 70-73 bermaksud:
[70]
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara),
[71]
Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
[72]
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
[73]
(Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik, dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik; dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Suatu masa,
Insya'Allah.
Mereka akan dibukakan pintu hati utk menerima baik islam sekiranya kita menampilkan dan memperkatakan tentang kebenaran dan kebaikan islam dijadikan amalan.
Dalam ayat terawal surah ke-15. Al-Hijr ayat 1-3 bermaksud:
[1]
Alif, Laam, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan.
[2]
Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam.
[3]
Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka).


Sekian,
Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum.wmt.wbkt.

Kang Nasir(19022012)




Selasa, 7 Februari 2012


PANAZZSSSssss.



Yang mana lebih panas sebenarnya?
Adakah babak sahaja yg panas?
Tidakkah terfikir gelora hati anak2 remaja juga panazzss??
Tidakkah merasakan sumber yg diperolehi juga panas(tidak berkat)?
Atau hanya kerana kepanasan inilah yg memperoleh keuntungan yg lumayan maka persetan semua perkara biar lantak jadi setan?


Usahkan ADEGAN panas,
Sedangkan mendedahkan AURAT itu sudah cukup utk dikatakan hukumnya HARAM, 
Firman Allah dalam surah An-Nur ayat ke 31 bermaksud.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."





Inikan lagi adegan yg panas!!
Apatah lagi adegan yg memberahikan, yg mendorong nafsu lebih bergelora. Tidak kira yg tua, yg muda, yg telah berumah tangga mahupun yg duda/janda, apatah lagi yg muda remaja. 
Kita semua leka seterunya lalai hanya sekadar menuruti bisikan syaitan.

"Dan syaitan pun menampakkan sesuatu yang bagus bagi apa yang telah mereka kerjakan 
lalu menghalangi mereka dari jalan Allah , sehingga mereka tidak mendapat pertunjuk".
(Al Naml : ayat 24)



Sedangkan, 
Allah telah pun beri amaran khususnya pada kita kaum lelaki supaya tidak terpengaruh mahupun tergoda dgn tidak langsung mempedulikan tentang larangan agar menjaga mata supaya tidak melihat yg diharamkan.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
(An-Nur : ayat 30)



Walhal.
Adegan2 sebegini tidak pun mendapat menfaat apa2 selain DOSA. Jadi, kenapa kita perlu berbangga dgn melakukan DOSA? Apatah lagi adegan sebegini seolah2 menyuruh, menghasut supaya org lain melayan gelora nafsu yg memuncak. Sedangkan iblis tidak perlu bersusah payah memujuk rayu utk kita melakukan dosa2 keterlanjuran itu.
Akhirnya iblis syaitan pun berkata.

"Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya."
(Surah Ibrahim - ayat 22)

"Dan demi jiwa dan penciptaannya yang sempurna, maka Allah mengilhamkan (menunjukkan) jalan kejahatan (mengikut hawa nafsu) dan jalan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan rugilah orang yang mengotorinya."
(As-Syams ayat 7-10)


Oleh yg demikian,
Adakah kita rasakan hasil perolehan dari adegan2 ini adalah dari sumber yg suci & bersih?



Daripada Anas r.a daripada Rasulullah s.a.w sabdanya, 
Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya . maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya. 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
Usaha yang halal adalah suatu yang fardhu selepas fardhu-fardhu yang lain.
(Riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqi).


Wabillahi taufiq walhidayah,
Wassalamualaikum wrh. wbrk.