Selasa, 10 April 2012


Amalan yg perlu diamalkan dan dijadikan amalan.

Amalan yg perlu diamalkan & dijadikan amalan.
1- SABAR
2-IKHLAS
3-REDHA & BERSYUKUR.


1- SABAR

Pesan Arwah Emak.
Jadikan SABAR itu AMALan.
BerSABAR ketika berAMAL.
MengAMALkan dgn keSABARan.
SABAR dalam apa jua.
kerana SABAR itu separuh dari iman.

"Sesungguhnya orang-orang yang berhati teguh(sabar)itu, akan dibayar cukup pahalanya dengan tiada terbatas."
(Az-Zumar : 10)

"Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Tuhan bersama orang-orang yang sabar."
(Al-Anfal : 46)






2-IKHLAS 

Pesan Kakek @seorang Tua OKU (arwah bapa angkat ku),
Ketika zaman kanak2 dulu.

Jadikan IKHLAS itu amalan,
Amalkannya dengan keIKHLASan.
kerana IKHLAS menghindarkan kita dari sifat riak & takbur,
Malah IKHLAS juga mendekatkan diri agar sentiasa redha & bersyukur.

Jadikan KEBAIKAN itu sebagai amalan,
Amalkan KEBAIKAN dengan seBAIK-BAIKnya.
Kerana KEBAIKAN adalah amalan mulia.
Mudah2an KEBAIKAN kita perolehi dunia & akhirat.

AMALkan segala kewajipan dengan keIKHLASan.
IKHLASkan hati mengAMALkan keBAIKan.
SEBAIK2 AMALAN DILAKUKAN DENGAN KEIKHLASAN.

"Katakanlah lagi: “Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya."
(Az Zumar : ayat 14)

"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya."
(An-Nissa : ayat 125) 






3-REDHA & BERSYUKUR.

Berterima kasih tidak perlu pilih pilih kasih,
Bersyukur tidak perlu melaung-laungkan dgn takbur.
Rheda apa yg ada itu bermakna kita sudah mensyukuri nikmat kurniaan-NYA.

"Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
(Surah An-Nissa : ayat 32)

"Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?"
(Surah Al-Fathir : ayat 3)

Bersyukur bukan susah.
Tetapi, kufur dengan tidak sengaja memang mudah.

“ Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurlah atas nikmat-Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat Ku. ”
(Surah al-Baqarah, ayat 152)

 “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.”
(Surah Ibrahim, ayat 7).

Nafsu tetap ingin mahu.
Akal mengawal nafsu.
Atau nafsu menguasai akal.

"Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana  sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Yusof, ayat 53)

"Dan syaitan pun menampakkan sesuatu yang bagus bagi apa yang telah mereka kerjakan lalu menghalangi mereka dari jalan Allah , sehingga mereka tidak mendapat pertunjuk."
(Surah Al Naml : ayat 24)




Itulah Amalan-amalan yg perlu diamalkan & dijadikan sebagai amalan.
Malah itulah asas yg perlu diamalkan bagi menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .

Ini adalah 3 perkara antara 10 perkara yg disebut oleh  Imam Al-Ghazali r.a. dalam kitab Arbain Fi Usuluddin.

Kang Nasir (10042012) 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.

luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.

Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.

salam ukhwah utk semua.