Ahad, 2 Mei 2010

Jangan sampai memakan diri.

Dimana2, dalam blog, myspace, twiter mahu pun di FB.
Rata2 membicarakan isu Aminulrashid Amzah - Remaja yang ditembak mati oleh polis awal pagi Isnin lalu, Al-Fatihah.....
Smga Allah menempatkannya bersama2 dalam golongan mereka yg terbaik antara yg terbaik disisinya.


Anda semua pasti tahu bagai mana reaksi serta pendapat mereka semua.
Demi utk kebaikan semua. 
Saya sedia menghadapi sebarang risiko dalam bicara ini andai ada pihak menyalah erti atau tidak berpuas hati.



Umpama kita berada di leboh raya.
Kita memandu tidak melebihi had laju dilorong tengah.
Kita rasakan kita adalah benar. dan memang benar sebenar2nya. kerana tiada peruntukan undang2 yg menyatakan kita salah walaupun kita memandu dgn kelajuan 60km/jam pada kadar had laju yg ditetapkan 90km/jam.
Pada hakikatnya, kita patut rasa bersalah kerana menyusahkan org lain,
Dalam pada itu, tindakan kita juga menjadi penyebab kesesakan lalu lintas. atau mungkin menjadi penyebab terjadinya kemalangan, atau lebih dasyat lagi mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa org lain.
Yg sudah pasti lebih ramai org sakit hati dan membenci, bahkan.. mungkin tiada seorang pun yg memuji.

Selain itu,
Kita memandu mengikut kadar had laju dilorong laju.
Kita juga rasakan kita adalah benar. tetapi bagi sesetengah dari mereka. kita masih menyusahkan mereka.
Maki hamun tetap ada. dimasa ini kita tersepit diantara yg nyata. diantara  tangkas dan yg sabar. dalam ujian utk kesabaran.

Hakikatnya. Hukum2 dan undang2 ciptaan manusia tidaklah sempurna. namun ia menjurus kebaikan dan keselamatan semua.Hanya sebahagiannya menganggap undang2 hanya menyusakkan mereka,
Manakala hukum2 dan ketetapan ALLAH adalah lebih sempurna. Namun yg tahu tetap juga rakus melahap dosa, mungkin kerana semasa hayat tidak merasakan pedihnya azab ALLAH.

Hukum dan undang2 semata2 utk mengingatkan.
Agar kita menghargai setiap inci jasad yg ada, 
agar kita sentiasa mensyukuri setiap kurniaan yg esa,
agar kita mengasihani diri, keluarga dan semua insani.
agar kita mengerti bahawa semua itu anugerah ILLAHI.

Dipertengahan perjalan ada sekatan.
yg pasti semua org mengatakan sesuatu,
hanya kata2 lebih yg buruk yg dapat diaju,
sebagai meluahkan emosi yg tak menentu.
Apatah lagi bila ditahan kerana melebihi had laju.
pasti kita menuduh melulu,
sedangkan kebaikannya kita tidak ingin tahu,
kebanyakkan berkata mereka menyusahkan AKU.
HANYA KERANA MENGINGATKAN SEBELUM JADI "OKU"


KESIMPULANNYA.
JGN SAMPAI KATA2 AKAN MEMAKAN DIRI,
DARI SITU BARU KITA DAPAT MENYESALI,
BERTAPA SUCINYA KHIDMAT MEREKA YG KITA BENCI,
BERTAPA BESARNYA PENGORBANAN MEREKA INI,

ADAKAH KERANA KITA BELUM MENJADI MANGSA KEADAAN,
MAKA KITA TAKBUR HANYA ANGKARA EMOSI HASUTAN,
ATAU SEKADAR MEMENUHI EMOSI KERANA SYAITAN,
HINGGA KITA LUPA KEPADA KEBAIKAN,
HINGGA KITA LUPA TENTANG KEBAJIKAN,
SAMA2LAH KITA FIKIRKAN.

3 ulasan:

  1. Benar.. adakala kata-kata kita tanpa sedar, mendedahkan kepincangan, kelemahan dan kebodohan kita.. Bukan kebijakan semata-mata...

    BalasPadam
  2. Salam Kang, kawan setuju sangat dgn artikel tuan, adalah wajar kita melihat dari pelbagai sudut sebelum memberi pandangan yg buruk sesuatu insiden itu agar kita tidak tersalah serta keterlaluan membuat andaian......

    BalasPadam
  3. Ya.. tksh azie & YG.

    biasa terjadi,
    ramai diantara kita tidak mahu menghargai, sedangkan teguran serta cemuhan itu adalah utk kebaikan tanpa kita sedari.

    BalasPadam

salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.

luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.

Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.

salam ukhwah utk semua.