Ahad, 30 Mei 2010

Facebook | Ilham pujangga utk bangsa ku.

 Istimewa utk shbt2 ku, saudara2 ku, serta semua anak bangsa ku. tiada apa lagi yg dapat aku luahkan demi kebaikan. fahami renungkanlah.

ketika masa kanak2,
dulu sering aku dengar,

semasa melangkah dewasa,
menongkah arus utk ilmu,... Lihat seterusnya..
diiringi doa restu ibu,
cercaan hinaan sentiasa menyerbu,
lagu ini sering berkumandang.
menambah semangat agar mengenal arti kesabaran,

kini aku masih kenangkan,
apakah aku harus kembali ke dunia yg ku tinggalkan sewaktu dulu,
berlagu diiringi irama mendayu2,
agar semua org tahu,
bertapa bahagianya andai kita dapat bersatu.

Isnin, 24 Mei 2010

Facebook | Bicara Hati tentang Judi bola.



Facebook | Bicara Hati- tentang judi



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Kadang2, ramai yg tidak sedar dimana mereka berada, utk apa mereka lakukannya, pada siapa mereka berserah sujud syukur.
Ilmu Allah amat luas, lebih luas dari hamparan lautan,
tiada bertebing malah tiada penghujungnya.
setinggi mana kita miliki ilmu jgn lupa asas tunggaknya. ibarat tingginya awan cuma diawangan yg tiada tiang.
dan jgn lupa utk menyelami didalam dasar agar tidak kelemasan. itulah nasihat2 dari guru2 ku masa kanak2 dahulu.

perlukah kita lemas semata2 kerana membantu org yg melakukan kemungkaran,
perlukah kita berhambakan upah semata2 kerana ganjaran lumayan membantu mereka dalam maksiat.
kadang2 adik2, anak2 kita tidak sedar mereka berkhidmat utk bersubahat dalam maksiat.

umumnya judi itu haram,

Sekarang ini tengah panas isu berhubung Lesen Judi Bola/Sukan.
Malahan hampir setiap post berlainan namun Lesen judi juga yg diungkitkan.
Tokoh2 politik, tokoh2 agama(ulamak2) juga sering memberi pandangan.
Bahkan saya memang bersetuju lesen judi bola perlu dibatalkan.

cuma saya tidak tahu mengapa besar sangat isu ini sehingga cabar nencabar, bahkan ada yg sanggup menyatakan org kafir lebih tahu tentang hukum dari saudara mereka sendiri,
terlalu jahil sangat kah mereka?

Tetapi bagai mana lesen judi sedia ada?
bahkan sampai tinggi menggunung genting highland.
bersepah sepah macam sampah kedai no ekor,
Apa ini bukan judi kah? atau yg dah lepas tu kira halallah... begitu.
bahkan..
berduyun2 macam semut pusat2 hiburan, malah dibandar2 kecil pun ada?

tapi malangnya kenapa kita tidak bersama2 mencegah anak2 kita, saudara2 kita,

walaupun lesen tidak diberikan,
adakah anda pasti anak2, saudara2 tidak terlibat sama?

Demi kebaikan semua.
fikirkanlah kebaikan bersama.
saya tahu, pasti ada yg tidak setuju.
kerana kebaikan setiap individu ada sesuatu.
kebaikan bagi sesetengah org tidak mendatangkan keuntungan. pasti mereka menafikan.


saya harap..
jangan sampai kita seperti lalat.

Jumaat, 21 Mei 2010

Lalat2 taik.

Akhir2 ini terlalu banyak Lalat2 taik.
andai lalat2 berfikiran seperti manusia.
pasti tak sudi melahap sisa.
itulah fitrah kehidupannya.



Yang penting utk kita...
Pastikan.....
Pastikan persekitaran kita bersih,
Pastikan tempat yg kita duduk bersih.
pastikan pakaian kita juga bersih,
pastikan diri, jiwa, hati nurani kita juga bersih.
kerana itu adalah amalan kita.


kadang2 kita terlupa.
sofa empuk yg tersedia ada yg tak kena.
tanpa fikir panjang, kita bangga berbicara.
setelah kita kemana2..
tanpa sedar lalat2 setia mengekori kita,
lalat2 senang membalai2 kita.
hanya org tahu siapa kita.

kadang2 orang sengaja bangga buat taik.
mereka gembira bila lalat2 menghurunginya.
mereka bangga lalat2 melahapnya,
mereka senang lalat2 setia membelainya.
mereka berjaya dalam CERITA BERITA SENGKETA.
Kerana itulah matlamat hidupnya.

Kadang2 kita lupa.
ILMU ALLAH ITU AMAT LUAS,
TIADA BERTEBING TIADA PENGHUJUNGNYA.
KADANG2 ILMU TINGGI MENGAWAN.
SEKADAR DIAWANG2AN.
TANPA PAKSI UTK BERDIRI.
TERLUPA ASAS YG DIPELAJARI,
TIDAK SEDAR DIDASARNYA PERLU DIHAYATI.

Saudara2 ku..
anggap sahaja taik itu isu2 yg dipolitikkan.
anggap saja pengampu2 itu lalat2.
yg kotor tetap kotor.
hindarilah ia demi kebaikan bersama.

Ahad, 16 Mei 2010

Sekeping sejadah....

Setelah selesai sujud syukur kpd Allah,


Selepas selesai ku bersujud bersyukur kepada yg Esa,

seperti biasa,
aku mengemas melipat semula seperti sediakala.
Aku terpaku seketika,
Kerana aku dan saudara2 ku dipersenda.
ku lihat kendi yg kadang2 utk meletak abu..





Lama kelamaan..
pandangan ku terus menjalar ingin kepastian..
ternyata terlalu banyak yg tidak kena.
selama ini, kita hanya dihidangkan dgn salib atau imej menyerupai anjing,
juga imej yg menggambarkan org sedang berasmara.
mungkin ada yg sudah mewar2kan.
hanya aku yg tidak perasan,






Dikesempatan ini,
ingin aku rakamkan kekecewaan kerana kita dipersendakan.

setahu anda..
apakah disebalik keindahan gubahan itu.





Apa bezanya dgn tombak iblis ini.


Ya ALLAH ya tuhan ku,
berilah kami kekuatan,
Jauhilah kami dari kesesatan,
lindungilah dari tipu helah syaitan.

Perkuatkanlah iman saudara2 kami.

Sabtu, 15 Mei 2010

Facebook | Gambar Saya - Menadah tangan

Facebook | Gambar Saya - Menadah tangan

Ilmu ALLAH amat luas,
tiada bertepi, tiada penghujungnya.
tksh kpd semua yg sering memberi nasihat pandangan juga komen2 utk kebaikan bersama.
anda juga adalah guru2 ku ketika ini.

selamat hari guru kpd semua.
Tksh kpd semua guru2,
tksh pengorbanan mu,
tksh keikhlasan mu,
tksh
perjuangan mu,
tksh mendidik anak bangsa ku.

Derita Hati Seorang Bonda Algebra featuring Aishah



DrMAZA.com: menerusi DrMAZA.com
Derita
Hati Seorang Bonda Algebra featuring Aishah

www.youtube.com
Derita Hati Seorang Bonda. Lirik dari Dr MAZA menggambarkan rintihan hati seorang ibu yang merasa kesunyian . Alunan suara Aishah membangkitkan emosi sayu di hati pendengar.

Sabtu, 8 Mei 2010

Selamat hari ibu

Facebook | Gambar Saya - Selamat hari ibu

Salam selamat hari IBU/EMAK/UMMI
kpd semua rakan2 yg bergelar ibu,

Tksh pengorbanan mu kpd anak2 mu,
tksh kesetiaan ksh & syg mu terhadap suami mu,
tksh menjadikan syugra bagi keluarga mu,
TKSH KERANA MENDIDIK ANAK BANGSA KU.

-----('_')-----('_')-----('_')-----('_')
-------------

Ahad, 2 Mei 2010

Jangan sampai memakan diri.

Dimana2, dalam blog, myspace, twiter mahu pun di FB.
Rata2 membicarakan isu Aminulrashid Amzah - Remaja yang ditembak mati oleh polis awal pagi Isnin lalu, Al-Fatihah.....
Smga Allah menempatkannya bersama2 dalam golongan mereka yg terbaik antara yg terbaik disisinya.


Anda semua pasti tahu bagai mana reaksi serta pendapat mereka semua.
Demi utk kebaikan semua. 
Saya sedia menghadapi sebarang risiko dalam bicara ini andai ada pihak menyalah erti atau tidak berpuas hati.



Umpama kita berada di leboh raya.
Kita memandu tidak melebihi had laju dilorong tengah.
Kita rasakan kita adalah benar. dan memang benar sebenar2nya. kerana tiada peruntukan undang2 yg menyatakan kita salah walaupun kita memandu dgn kelajuan 60km/jam pada kadar had laju yg ditetapkan 90km/jam.
Pada hakikatnya, kita patut rasa bersalah kerana menyusahkan org lain,
Dalam pada itu, tindakan kita juga menjadi penyebab kesesakan lalu lintas. atau mungkin menjadi penyebab terjadinya kemalangan, atau lebih dasyat lagi mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa org lain.
Yg sudah pasti lebih ramai org sakit hati dan membenci, bahkan.. mungkin tiada seorang pun yg memuji.

Selain itu,
Kita memandu mengikut kadar had laju dilorong laju.
Kita juga rasakan kita adalah benar. tetapi bagi sesetengah dari mereka. kita masih menyusahkan mereka.
Maki hamun tetap ada. dimasa ini kita tersepit diantara yg nyata. diantara  tangkas dan yg sabar. dalam ujian utk kesabaran.

Hakikatnya. Hukum2 dan undang2 ciptaan manusia tidaklah sempurna. namun ia menjurus kebaikan dan keselamatan semua.Hanya sebahagiannya menganggap undang2 hanya menyusakkan mereka,
Manakala hukum2 dan ketetapan ALLAH adalah lebih sempurna. Namun yg tahu tetap juga rakus melahap dosa, mungkin kerana semasa hayat tidak merasakan pedihnya azab ALLAH.

Hukum dan undang2 semata2 utk mengingatkan.
Agar kita menghargai setiap inci jasad yg ada, 
agar kita sentiasa mensyukuri setiap kurniaan yg esa,
agar kita mengasihani diri, keluarga dan semua insani.
agar kita mengerti bahawa semua itu anugerah ILLAHI.

Dipertengahan perjalan ada sekatan.
yg pasti semua org mengatakan sesuatu,
hanya kata2 lebih yg buruk yg dapat diaju,
sebagai meluahkan emosi yg tak menentu.
Apatah lagi bila ditahan kerana melebihi had laju.
pasti kita menuduh melulu,
sedangkan kebaikannya kita tidak ingin tahu,
kebanyakkan berkata mereka menyusahkan AKU.
HANYA KERANA MENGINGATKAN SEBELUM JADI "OKU"


KESIMPULANNYA.
JGN SAMPAI KATA2 AKAN MEMAKAN DIRI,
DARI SITU BARU KITA DAPAT MENYESALI,
BERTAPA SUCINYA KHIDMAT MEREKA YG KITA BENCI,
BERTAPA BESARNYA PENGORBANAN MEREKA INI,

ADAKAH KERANA KITA BELUM MENJADI MANGSA KEADAAN,
MAKA KITA TAKBUR HANYA ANGKARA EMOSI HASUTAN,
ATAU SEKADAR MEMENUHI EMOSI KERANA SYAITAN,
HINGGA KITA LUPA KEPADA KEBAIKAN,
HINGGA KITA LUPA TENTANG KEBAJIKAN,
SAMA2LAH KITA FIKIRKAN.