Ahad, 29 Januari 2017

Siapakah ULAMA?

Siapakah ULAMA?
(Pautan asal disini)


Siapakah ulama yang sebenar ini sebenarnya admin pernah kongsikanya sebelum ini mungkin kerana terlalu panjang huraianya maka ramai yang tidak mahu mengamatinya. Oleh itu dalam album ini admin kongsikan secara ringkas dengan beberapa dalil & Nas untuk memudahkan kita memahami siapakah ULAMA PEWARIS NABI.

Diakhir zaman ini ramai kalangan kita yang keliru mudah tertipu dengan hasutan ULAMA SU sehingga ada antara kita sengaja menghina ulama Pewaris Nabi. Siapakah ULAMA PEWARIS NABI? Jom kita sama-sama fikir dan teliti setiap isu yang admin akan kongsikan dan kemukakan dalam album Siapa ULAMA ini.
Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.”
(Hadis Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)


Dalam hadis itu Rasulullah saw berpesan Nabi TIDAK MEWARISI ULAMA soal duniawi tetapi Nabi mewarisi para ulama itu dengan ILMU. Ulama pewaris Nabi menyampaikan kebenaran dari apa yang Allah turunkan petunjuk dan berkata pada perkara yang Allah redha, sedangkan kita sekarang ini berhadapan dengan para ilmuan yang berlumba-lumba berkata perkara yang benar pada perkara yang Allah murka kerana mengharap sokongan dari redha manusia dengan berkata pada perkara yang NAFSU MANUSIA SUKAKANYA.

Secara ringkasnya. Ciri-ciri ulama yang sebenar itu mereka tidak dengki pada mereka yang ada PHD dan mereka juga angkuh sombong mendabik dada menghina menghukum orang yang kurang ilmunya. Serta mereka juga tidak meremehkan orang yang jahil seperti kita sampai mempergunakan kesucian agama dan ayat-ayat suci untuk menghina dan menghukum memperdaya kita yang jahil ini semata-mata mahu meninggikan kedudukan mereka didunia.

Dalam hal ini Rasulullah saw sudah jelaskan dlm hadis.

Rasulullah saw bersabda;
Kamu tidak akan menjadi seorang ulama hinga ada tiga hal dalam dirimu: Kamu tidak dengki terhadap orang yang (keilmuanya) diatasmu, dan kamu tidak meremehkan orang yang (keilmuanya) ada di bawah kamu, serta kamu tidak mengambil (mencari) dunia dengan ilmu kamu."
(Hadis Riwayat Ad-Darimi-294)

Adab orang yang berilmu itu umumnya semua orang tahu pepatah melayu ada menyebut "IKUTLAH RESMI PADI TUNDUK BILA SEMAKIN BERISI" . Manakala pesan Al-Imam As-Syafie pula menyebut. "YANG DIKATAKAN ILMU ITU BUKANLAH YANG DIHAFAL. TETAPI ILMU ITU ADALAH YANG MEMBERI MENFAAT, "

Ulama agama ada 3 golongan.
Iaitu ulama TAUHID, ulama FIQH & TASAWUF.
Tetapi ulama pewaris Nabi itu yg mengajarkan kpd kita ketiga2 ilmu diatas maka sempurnalah pemahaman kita SEJAUH MANA KITA BERSYUKUR KPD ALLAH KERANA MEMBERI GARIS PANDUAN UTK KEBAIKAN DIRI KITA DUNIA AKHIRAT.

Saya menyeru menjauhi hasutan ulama salaf wahabi dan ulama politik kerana mereka cuma tahu FIQH tapi tidak tahu perkara yg Allah redha hingga merendah2kan ilmuan lain meremehkan mereka membidaahkan amalan yg diredhai Allah.

Imam Ghazali dalam kitab Ihya’nya membahagikan Ulama’ kepada tiga golongan:
1. Ulama’ yang berterus terang mencari dunia dan memusatkan seluruh perhatian kepadanya. Mereka ini jenis ulama’ yang membinasakan diri sendiri dan orang lain.
2. Ulama’ yang memanggil manusia ke jalan akhirat tetapi dia sendiri menolak dunia pada zahirnya sedang pada batinnya bertujuan mempengaruhi orang ramai dan menegakkan kemegahan dirinya. Ulama’ jenis ini adalah ulama’ yang membinasakan dirinya dan membahagiakan orang lain.
3. Ulama’ yang memanggil manusia ke jalan Allah zahir dan batin. Ulama’ jenis ini membahagiakan diri sendiri dan orang lain.

(Juga klik disini.)

Siapakah ULAMA PEWARIS NABI?
Sebelum mengenal ulama pewaris Nabi mampukah kita menghindar halusnya bisikan syaitan? Jika dengan hasutan dajal laknat DAP pun ramai terpedaya inikan pula tipu daya ulama SU yg berlumba2 mengharap REDHA manusia apatah lagi bisikan syaitan? Mana mungkin kita mampu mengenal ulama pewaris Nabi kan? Selanjutnya kita ketahui dulu siapakah ulama pewaris Nabi pada kongsian akan datang. Wallahuaklambissawab.

Usahkan kita sedangkan jika ULAMA itu sendiri tidak takut kepada murka Allah kenapa pula kita perlu ikut mereka ikut sama mengharap laknat dari Allah?

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama)."
(Fathir ; ayat 28)