Sabtu, 19 Ogos 2017

Kami warga miskin sentiasa mendoakan kebaikan kepada PM.





Kami warga miskin sentiasa mendoakan kebaikan kepada PM.

Syukur Alhamdulillah. Kami warga miskin sentiasa mendoakan kebaikan kepada PM. Semoga Allah berkati, rahmati dan permudahkan urusan PM. Walaupun kami tidak menerima apa-apa manfaat dari hasil usahanya sekurang-kurangnya ianya memberi manfaat kepada saudara mukmin yang lain yang lebih memerlukan.

Saya harap dengan usaha murni ini dapat membuka minda saudara kita yang miskin yang sudah terlanjur diperdaya oleh hasutan dan fitnah dajal-dajal iblis-iblis yang bertahta dihati manusia yang durjana. Sebenarnya walaupun selama ini kerajaan sudah menyediakan kemudahan serta bantuan kepada mereka yang layak. Tetapi disebabkan iblis-iblis bermaharaja lela dengan hasutan fitnah adu domba mereka. Segala kebaikan tidak kelihatan, yang ramai orang lihat kepada keburukan kecil yang diperbesarkan sehingga membawa kemudaratan pada diri sendiri.

Perkhidmatan yang sudah sedia ada itu contohnya seperti ini.
www.jkm.gov.my › jkm › left
Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan bantuan kewangan JKM? ... Bantuan Anak Pelihara, Bantuan Orang Tua, Elaun Pekerja Cacat, Bantuan Oku ...
Perkhidmatan Bantuan Kewangan - Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat




Teringat masa remaja bila mendengar nasihat guru tarekat tasawuf  pesannya.
Seorang ulama mursyit dahulu ada berkata: “Andai Allah makbulkan doa nya ssya memilih berdoa kpd pemimpin kerana doa utk diri hanya utk diri sendiri. Doa kpd pemimpin manfaatnya utk kita semua.” Jadi tak salah kita mendoakan Pak Lurah dan Pak Imam kita kerana dari situlah kebahagiaan kesenangan akan kita kecapi bersama.

Dari ‘Abdush Shomad bin Yazid Al Baghdadiy, ia berkata bahwa ia pernah mendengar Fudhail bin ‘Iyadh berkata,
ﻟﻮ ﺃﻥ ﻟﻲ ﺩﻋﻮﺓ ﻣﺴﺘﺠﺎﺑﺔ ﻣﺎ ﺻﻴﺮﺗﻬﺎ ﺍﻻ ﻓﻲ ﺍﻻﻣﺎﻡ
“Seandainya aku memiliki doa yang mustajab, aku akan tujukan doa tersebut pada pemimpinku.”
Ada yang bertanya pada Fudhail, “Kenapa bisa begitu?” Ia menjawab, “Jika aku tujukan doa tersebut pada diriku saja, maka itu hanya bermanfaat untukku. Namun jika aku tujukan untuk pemimpinku, maka rakyat dan negara akan menjadi baik.” (Hilyatul Auliya’ karya Abu Nu’aim Al Ashfahaniy, 8: 77, Darul Ihya’ At Turots Al ‘Iroqiy)


Sebelum ini pun admin sudah kongsikan kewajipan mentaati pemimpin iaitu dengan mendahulukan taat kepada Allah dan Rasul Nya. Utamakan pada perkara yang Allah redha. Dipautan ini.



 Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga memerintahkan,
ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟْﻤَﺮْﺀِ ﺍﻟْﻤُﺴْﻠِﻢِ ﺍﻟﺴَّﻤْﻊُ ﻭَﺍﻟﻄَّﺎﻋَﺔُ ﻓِﻴْﻤَﺎ ﺃَﺣَﺐَّ ﻭَﻛَﺮِﻩَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻥْ ﻳُﺆْﻣَﺮَ ﺑِﻤَﻌْﺼِﻴَﺔٍ ﻓَﺈِﻥْ ﺃَﻣَﺮَ ﺑِﻤَﻌْﺼِﻴَﺔٍ ﻓَﻼَ ﺳَﻤْﻊَ ﻭَﻻَ ﻃَﺎﻋَﺔَ
“Wajib bagi seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada penguasa) dalam perkara yang ia senangi dan ia benci kecuali apabila diperintah kemaksiatan. Apabila diperintah kemaksiatan maka tidak perlu mendengar dan taat. ”
 (HR. Bukhari no. 7144 dan Muslim no. 1839).

Sekali lagi admin ulangi,
SELAGI ILMUAN TAREKAT TASAWUF TIDAK BERKATA WAJIB MEMERANGI PEMIMPIN. Maka haram kita menentang mereka. Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dilindungi Allah dari FITNAH dajal dan azab Allah.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berdo’a di dalam shalatnya dengan do’a:

اَللّهُمَّ إِنِّـي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ…

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah al-Masih ad-Dajjal."
(HR Bukhari)

Aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.

luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.

Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.

salam ukhwah utk semua.