Sabtu, 19 Ogos 2017

Gendang #MEMALI ditabuh bergema lagi.






Gendang #MEMALI ditabuh bergema lagi.
Isu Memali: PAS tuntut tubuh RCI
Sejarah hitam. Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
Selanjutnya dipautan ini,
https://www.malaysiakini.com/news/392088#ZsPSJlyeBAvHtYsJ.99


Pendirian saya tetap sama. Salah #PakLebai branded islam yang berjihad menurut hawa #NAFSU. Dan salah pemerintah masa itu yang bertindak melulu dengan meminggirkan dan menolak segala nasihat ulama-ulama. Jika PM masa itu Najib Razak saya yakin tragedi hitam itu tidak akan berlaku.

Penyelesaian cara PM begini.
https://www.facebook.com/kang.nasir/photos/a.813637662025737.1073741866.465342536855253/1395277523861745/?type=3&theater
Walaupun beliau puas difitnah dihina dicerca dikafirkan. Beliau tetap sabar berlapang dada. Dan DEMI kesucian agama beliau patuh dengan nasihat ulama khususnya ilmuan Tarekat Tasawuf taat perintah Allah dengan berusaha mendamaikan saudara yang bertelingkah.

Sewajarnya Ulama dan #PakLebai politik yang kebanyakannya adalah tahfiz mereka lebih tahu dan sewajarnya itu tanggung jawab mereka. Tapi malangnya merekalah punca sengketa dengan menghasut agar kita semua bersengketa.

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
(Al-Hujurat ayat 10)

Itulah cara beliau dan seharusnya kita ikut cara beliau. Itulah ciri orang-orang yang beriman.
Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik ra. Rasulullah saw bersabda; "Sesaorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
(Riwayat Al Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad)


Dari hasutan PakLebai politik lah umat islam Memali buta mata hati dengan konon berjihad walhal jihad yang mereka perjuangkan itu menuruti hawa nafsu yang sia-sia. Dalam hal ini Allah dah pesan.

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?”
(A-li'Imraan : ayat 142)


Mudah-mudahan dengan usaha PM dalam #TN50 memertabatkan pengajian pondok dapat menjana modal insan yang bijak berfikir manfaat dihari kemudian dan berakhlak dan beradab islam yang sebenar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.

luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.

Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.

salam ukhwah utk semua.