Jumaat, 4 Ogos 2017

Batu untuk #PakLebai.





Batu untuk #PakLebai.
Bila YB Tan Seng Giaw menulis tulisan jawi. Admin teringatkan kisah Batu Nisan untuk Lebai.

Seorang pemuda bangsa china Wong (bukan nama sebenar) sudah tamat Tingkatan 5 MCE gagal menyesal dari sekolah rendah tak mahu belajar tulisan jawi dulu. Beliau berhasrat mahu memperluaskan bidang perniagaan bapanya yang mengusahakan keranda dan peralatan sembahyang masyarakat china hanya untuk pelanggan masyarakat kaum china sahaja berusaha untuk melebarkan perniagaan membuka perniagaan untuk masyarakat melayu pula. Iaitu membekal Batu Nesan dan semua permintaan keperluan orang melayu.

Wong menyesal tidak mempelajari tulisan Jawi sedangkan beliau meminati tulisan Khat iaitu tulisan khat china. Sedang jenuh berfikir tetiba beliau teringatkan Lebai bapa kawan sekelasnya yang masuk kedalam longkang semasa beliau cuba mengelak lori hantu yang memandu dengan laju lalu menghimpit PakLebai sehingga PakLebai terbabas masuk kedalam longkang. Ketika itu beliau yang memandu kereta bapanya tanpa lesen takut jika jadi apa-apa pada orang tua itu lalu turun membantu. Serban jubah yang mulanya putih bertukar jadi hitam manakala basikal pula menimpa Paklebai itu.

Dari situlah awal mula beliau belajar Jawi dengan bapa Amin (bukan nama sebenar) sebulan Paklebai mengajar beliau minta bapanya belikan Paklebai Motorsikal Honda 70cc supaya mudah berulang alik dari rumah Lebai kerumahnya sejauh kira-kira 8 batu atau 10 kilometer. 

Bangganya Lebai bila dapat motorsikal baru semua orang kampung diberitahu kononnya dia sedang mengajar anak china yang minat mendalami Islam. Perasaan ujub itu berlarutan sehingga bila mana anak-anaknya buat kesalahan pun dia ungkit anak china pun mahu jadi orang islam kamu mahu jadi orang kafir setiap kali lebai memarahi anak-anaknya Amin 18tahun dan Aminah 16 tahun. Bila setiap kali dimarahi dengan membeza-bezakan Wong dengan Amin juga Aminah perasaan benci kepada bapanya semakin membara dalam hati kedua anak remaja itu. Kerana bosan Aminah sering keluar bersama kawan-kawan tidak mengira lelaki perempuan setiap minggu 2-3 hari ponteng sedangkan peperiksaan LCE semakin hampir. Pernah tidak balik semalaman pun ibu bapa tidak hiraukan kerana sebok berangan imbuhan dunia yang diberi oleh Wong. Manakala Amin mula berjinak dengan najis dadah sehinggalah ditangkap masuk pusat pemulihan.

Beberapa tahun kemudian Lebai dibuatkan Rumah Batu bersebelahan dengan rumah asal bertiang seribu. Bertapa bangganya kedua pasangan kerana mereka orang kedua ada rumah batu selain rumah orang kaya Haji Mat ahli perniagaan yang dermawan. Rumah itu dibina kerana membalas jasa Lebai yang mengajar Wong hingga pandai menulis Jawi.

Beberapa tahun kemudian Lebai kemalangan jalan raya disimpang empat dan meninggal ditempat kejadian kerana cedera parah. Semasa mengurus pengebumian kedua anaknya Amin dan Aminah tiada tidak seorang pun tahu dimana mereka berdua. Ibu Amin dan Aminan pun tidak tahu dimana anak-anak mereka. Dari detik itulah Eton(bukan nama sebenar) ibu Amin dan Aminah menyesal kerana kemegahan dunia membuatkan mereka lupa kewajipan mereka. Eton kini kehilangan semua kasih sayang suami dan anak-anak. Tidak bermakna rumah mewah tapi hati kosong.

Keesokan harinya muncul pacuan empat roda Land Rover menghala kerumahnya. Kereta baru yang wong beli untuk memudahkannya menghantar Batu Nesan sampai tanah perkuburan. Emak "INI BATU UNTUK LEBAI" sambil menghulur sedikit wang berjumlah RM1k dalam sampul. "Jika nak buat batu dikeliling pusara panggil saya ya Mak."

Semoga kisah ini menyedarkan kita bahawa peringatan Allah itu adalah untuk kebaikan diri kita dunia hingga akhirat.

"Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya)."
(Al Qiamah : ayat 20-21)

"Bermegah megah telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur, janganlah begitu, kelak kamu akn mengetahui[akibat perbuatanmu itu]dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dgn pengetahuan yg yakin, nescaya kamu benar benar akan melihat neraka jahiim, dan sesungguhnya kamu benar benar akan melihatnya dgn 'ainul yaqin', kemudian kamu pasti akan di tanyai pada hari itu tentang kenikmatan [yg kamu megah megahkan du dunia itu]". 
(AT TAKAATSUR; ayat 1-8)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.

luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.

Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.

salam ukhwah utk semua.