Sebelum bangga tunjuk bodoh dalam islam sudah tersedia panduan pencegahan.
Pada awalnya NIAT mereka itu baik untuk mengingatkan kita pengguna jalan raya. Tetapi bila PRASANGKA BURUK disusuli dengan andaian lalu disebarkan ianya menjadi sebaliknya.
Mustahil anda pengguna media sosial khususnya Whatsaap yang mengikuti mana-mana group tidak menerima mesej suara peringatan dan nasihat berserta imej pondok TOL yang menunjukan kononnya AES dipasang dipondok-pondok TOL bagi memantau pengguna Lebuh Raya.
Sebenarnya dalam islam sudah tersedia garis panduan pencegahan sebelum terjebak dengan DOSA JARIAH. Iaitu penyebaran fitnah disebabkan dari DOSA PRASANGKA BURUK. Dosa jariah itu bermaksud dengan berita dari andaian itu lalu sahabat yang tidak tahu menahu percaya melulu tanpa usul periksa turut sama menyebarkannya kerana rasa tidak berpuas hati disebabkan hati yang tersimpan amarah dan dendam.
Dalam hal ini Rasulullah saw mengingatkan dalam sebuah hadis.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ إحْوَانًا
“Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, karena prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari berita kejelekan orang lain, saling memata-matai, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara”
(HR Al-Bukhari dan Muslim)
Allah juga melarang kita BERPERASANGKA BURUK. Kerana dari prasangka buruk itulah punca terjebak dengan dosa yang berantai iaitu mengumpat mengata lalu memfitnah dan dengan kesalahan-kesalahan mengata mengumpat memfitnah itu pula ada yang menyebarkan lalu terjadilah dosa paling besar iaitu DOSA JARIAH sehingga akhir hayat pun disambung cerita ini dijadikan sebagai FAKTA sebagaimana yang terjadi sekarang ini dari kata-kata ulama branded islam yang menghalalkan cara menggalak kearah permusuhan taat setia kepada dajal iblis laknat DAP dijadikan FAKTA konon ikut Quran & Sunnah. Hal ini admin akan kongsikan suatu masa nanti. In'shaa Allah.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
(Al Hujurat : ayat 12)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.
luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.
Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.
salam ukhwah utk semua.