(Klik tajuk utk ke pautan asal)
Bahaya Syirik disebabkan Riak dan Sum'ah
Salah satu sifat
mazmumah yang wajib kita hindari adalah RIAK.
Bersama kita berwaspada dengan halusnya bisikan syaitan yang membangkitkan perasaan bangga pada hati kita sehingga tanpa sedar membuatkan kita terjun keneraka disebabkan dosa syirik dari perasaan RIAK & SUM'AH. (Bangga inginkan puji-pujian)
Bersama kita berwaspada dengan halusnya bisikan syaitan yang membangkitkan perasaan bangga pada hati kita sehingga tanpa sedar membuatkan kita terjun keneraka disebabkan dosa syirik dari perasaan RIAK & SUM'AH. (Bangga inginkan puji-pujian)
Hal ini Rasulullah saw sudah beri peringatan.
"Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak."
(HR Imam Ahmad)
Dlm hadis lain Rasulullah saw ajar kita supaya menghindarkan diri dari dajal dalam hati kita.
Rasulullah saw bersabda;
"Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya."
(HR Ibnu Majah)
Apakah yg dimaksudkan sum'ah?
Sum'ah itu juga riak iaitu menceritakan amalan yang kita sudah lunaskan atau kita sudah lakukanya dengan menceritakan semula dengan harapan orang memuji.
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya: “Sesiapa sum'ah (memperdengarkan amalnya), maka Allah akan memperdengarkan aibnya dan sesiapa beramal kerana riak (memperlihatkan amalnya) maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat kelak.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Dalam surah Al-Baqarah Allah ada pesan tentang perihal sum’ah,
"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal)
sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti,
seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana
hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada
Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang
ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu
ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya
orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu
(pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan
memberi petunjuk kepada kaum yang kafir."
(Al Baqarah ; ayat 264)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.
luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.
Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.
salam ukhwah utk semua.