Sabtu, 11 Mac 2017

Tasawuf - Pintu hati jaga lidah.

7 Pintu hati.


Tasawuf - (pautan asal) Kerosakan hati dlm 7pintu hati.

7 Pintu hati yg menjurus kearah kerosakan hati berpunca dari LIDAH.

Salah satu punca kerosakan hati yg digariskan oleh Imam Ghazali adalah banyak berkata. Kerana bila banyak berkata maka banyaklah silapnya, jika banyak kesilapan maka bertambahlah dosa yg kita tidak menyedarinya. Inikan pula sampai memfitnah mencaci mencela dijadikan sebagai amalan dialam maya media sosial sekarang.

Maka itulah Rasulullah saw mengingatkan cara pencegahan awal sebelum apa yg kita lakukan itu membawa kemudaratan pd diri dan yg lainya. Iaitu ada kalanya kita perlu diam drpd berkata2 pada perkara yg tidak memberi menfaat utk diri apatah lagi pd yg lainya.

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَليَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُت

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam.”
(Muttafaq ‘alaih: Al-Bukhari, no. 6018; Muslim, no.47)

Dalam hadis lain.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

[رواه البخاري ومسلم]

Maksudnya.
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya."
(Riwayat Bukhori dan Muslim)