Biar kita miskin hina asal kaya jiwa.
Pesan org tua OKU masa admin kanak2 dulu.
"Biarlah kita miskin harta benda jangan sampai miskin
akal. Biarlah kita miskin hina dikeji dihina asalkan kaya jiwa."
Dan Almarhum titip doa utk kita amalkan yang mana doa ini
tidak pernah diajar oleh #PakLebai ulama politik dan ustaz-ustaz ilmuan-ilmuan
#PakWahab kerana mereka takut miskin didunia. Doa Rasulullah saw itu begini.
“Allahumma ahyinii miskiinan, wa amitnii miskiinan,
wahsyurnii fii jumratil masaakiin”.
“Artinya : Ya Allah ! Hidupkanlah aku dalam keadaan miskin,
dan matikanlah aku dalam keadaan miskin, dan kumpulkanlah aku (pada hari
kiamat) dalam rombongan orang-orang miskin”.
(Hadits ruwayat Ibnu Majah (no. 4126)
Pesanya lagi. "Jangan takut miskin. Takutlah jauh dari
limpahan rahmat Allah."
Kaya jiwa yg dimaksudkan itu adalah dari pesan Rasulullah
saw dalam hadis berikut.
ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺃَﺣْﻤَﺪُ ﺑْﻦُ ﻳُﻮﻧُﺲَ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺃَﺑُﻮ ﺑَﻜْﺮٍ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ
ﺃَﺑُﻮ ﺣَﺼِﻴﻦٍ ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﺻَﺎﻟِﺢٍ ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻫُﺮَﻳْﺮَﺓَ ﻋَﻦْ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ
ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻗَﺎﻝَ ﻟَﻴْﺲَ ﺍﻟْﻐِﻨَﻰ ﻋَﻦْ ﻛَﺜْﺮَﺓِ ﺍﻟْﻌَﺮَﺽِ ﻭَﻟَﻜِﻦَّ ﺍﻟْﻐِﻨَﻰ
ﻏِﻨَﻰ ﺍﻟﻨَّﻔْﺲِ
Ahmad bin Yunus telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu
Bakr telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Hashin telah meriwayatkan
kepada kami daripada Abi Soleh daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w.
beliau berkata: “Kekayaan sebenar bukanlah dengan kerana banyaknya harta benda
tetapi kaya yang sebenar itu adalah kaya jiwa.”
(Riwayat Imam al-Bukhari)
Kami antara jutaan warga miskin amat berterima kasih dengan
segala bakti dan usaha walau dihujani FITNAH-FITNAH iblis-iblis Dajal-dajal
laknat yang hidup mewah walau berserban berjubah merasakan mereka hidup susah
mengajak kami ikut mereka menjauhi rahmat Allah. Dan kami sentiasa mendoakan
semoga Allah memberkati usaha PM dan mempermudahkan segala urusan PM.
بسم الله الرحمن الرحيم
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ
عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ
فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
"Rabbi auzi' nii an asykuro ni'matakal latii an'amta
'alayya wa 'ala waalidayya wa an a'mala shoolihan tardloohu wa adkhilnii
birohmatika fii 'ibaadikash sholihiin."
Artinya:
"Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri
nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku,
dan untuk mengerjakan amal shlaih yang Engkau ridloi; dan masukkanlah aku
dengan rahmat-Mu kedalam golongan hamba-hamba-Mu yang shalih".
(An-Naml: ayat 19)
Aamiin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.
luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.
Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.
salam ukhwah utk semua.