Syabas MCA.
Anda berjaya MENAMPAR UMAT ISLAM YANG LALAI KERANA KEPENTINGAN DUNIAWI.
Semoga dengan cara ini dapat membuka mata umat islam dan PakLebai politik seolah-olah semakin menjauhi amalan mulia islam.
Klipdari sedutan berita ini dipautan ini.
https://www.facebook.com/
Sebenarnya SEDEKAH kalaupun bukan pada bulan Ramadhan itu amalan yang mulia dan terpuji dalam ISLAM. Dan Allah pun sudah beri panduan adab-adab bersedekah bagi orang-orang islam. Tapi malangnya amalan orang politik sekarang merubah keadaan sehingga sengaja mempersia-siakan amalan bersedekah. Memang lidah berkata IKHLAS bersedekah tetapi selepas bersedekah mereka menghasut kami warga miskin dengan memfitnah mencaci mencela pemerintah konon mereka hidup susah dizalimi kerana GST dan lain-lain. Walhal GST tidak sedikitpun menggugat keimanan kami. Jika golongan miskin seperti kami rasa TERBEBAN disebabkan GST sebenarnya kalangan kami yang merasa terbeban itu adalah orang miskin yang tidak sedar diri dengan mengikut cara kehidupan orang yang bermegah-megah berbangga dengan kemewahan dunia dan kedudukan didunia.
Disebabkan FITNAH dan HASUTAN #PakLebaipolitik dan #PakWahab itulah ramai yang terpedaya hingga ada yang sengaja mahu dilaknat Allah kerana bermegah-megah memburu kesenangan dunia sehingga memfitnah mencaci mencela hinggakan diatas mimbar masjid pun ada yang menyeru KEMBALI KEPADA ISLAM dengan mengajak para jemaah mengamalkan amalan memfitnah mencaci mencela pemerintah.
Walhal dalam surah Al-Humazah Allah melaknat.
"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;"
(Al Humazah : ayat 1-2)
Sedutan khutbah itu pada pautan ini.
https://www.facebook.com/
Sepatutnya amalan sedekah yang dituntut begini.
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."
(Al-Baqarah : ayat 271)
Sebaliknya, kerana kepentingan politik ramai umat islam yang tidak sedar sia-sia sahaja sedekah kita. Hal ini Allah ta’ala telah mengingatkan kita dalam firman-Nya :
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir .“
(Al Baqarah: ayat 264)
TAMPARAN ini dari kongsian ini admin harap mampu merubah diri kita bersama muhasabah kerana KHUATIR SEDEKAH yang kita sangka dapat ganjaran berlipat ganda dari Allah sempena Ramadhan tetapi kerana sedekah itulah punca kita terjun keneraka.
Rasulullah saw bersabda :
ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم ، قال فقرأها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث مرار . قال أبو ذر : خابوا وخسروا . من هم يا رسول الله ؟ قال : المسبل والمنان والمنفق سلعته بالحلف الكاذب
“ Ada tiga golongan, yang tidak akan Allah ajak bicara pada hari kiamat, tidak akan Allah lihat, dan tidak akan Allah sucikan, serta baginya adzab yang pedih. Rasulullah mengulang sebanyak tiga kali. Abu Dzar bertanya : Siapa mereka wahai Rasulullah ? Sabda beliau : Al musbil (lelaki yang menjulurkan pakaiannya melebihi mata kaki, al mannaan (orang yang suka menyebut-nyebut sedekah pemberian), dan pedagang yang bersumpah dengan sumpah palsu”
(H.R. Muslim:106)
Na'uzubillah. Semoga kita semua terpelihara dan sentiasa mendapat keberkatan Nya. In'shaa Allah.
#AttackMode #MissiMemburuSrigala#MissiMembakarSetan #MissiMemburuDajal.
Kongsian asal oleh Dato Akmar Hisham Mokhles Klik Dipautan ini.
Titanium Dining - Stainless Steel - Titanium Dining
BalasPadamTITanium micro touch hair trimmer Dining titanium mokume gane - Stainless Steel - Titanium Dining. Made in Italy. micro titanium trim Rating: 4 · 3 titanium ore reviews · $25.99 · In stock gold titanium alloy