Ahad, 4 Jun 2017

Perkara yang Duli Sultan Selangor murka itu adalah perkara yang Allah murka





Perkara yang Duli Sultan Selangor murka itu adalah perkara yang Allah murka!

Jadi kenapa ada segelintir umat islam bersusah payah berusaha menjunjung mempertahankan kemuliaan Sivarasa? Kenapa perlu menyusahkan diri meletakan diri dalam kekufuran?


Dari dulu lagi saya kutuk mana-mana AJK masjid yang sengaja membenarkan kafir laknat berucap menggantikan imam atau ketua kampong menyampaikan amanat dan ucapan. Bukan soal DAJAL HULUR SUMBANGAN YANG SUMBANG yang saya pertikaikan kafir masuk masjid dan berucap. Soalnya ini adalah perkara yang Allah LARANG.

Dalam Quran bukan satu dua peringatan Allah tentang perkara ini. Salah satu darinya.

"Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka."
(At Taubah ; ayat 17)



Setahu saya, Dalam situasi begini, bukan tidak ada AJK yang membantah tetapi jika majority nya KABUR dengan IMBUHAN RM apatah lagi jumlahnya BESAR maka kebanyakannya lebih cenderung mengharap REDHA MANUSIA. Sengaja ingkar kepada Allah. Jika mereka para ilmuan para imam sendiri NAFSUNYA cenderung kepada dunia? Apa akan jadi dengan nasib MAKMUM yang mengikuti mereka? 

Dalam hal ini Rasulullah saw ada mengingatkan.
Dari Abu Hurairah r.a Bahawa Rasulullah saw Bersabda
"Apabila Umat-umat Ku Mementingkan Hanya Dunia Maka Hati Mereka Luputlah Dari Mencintai Islam Dan Apabila Mereka Berhenti Mendakwahkan Kebenaran Maka Luputlah Mereka Dari Rahmat Allah swt Dan Apabila Mereka Saling Caci Mencaci Antara Satu Sama Lain Maka Mereka Tidak Akan Lagi Dipandang Allah swt" -
(Hadis Riwayat - Tirmizi). 

Oleh itu sahabat. Tak payahlah bersusah payah mencipta alasan menyalahkan MCA MIC UMNO dll. Cuba dahulukan TAAT kepada Allah dan Rasul-Nya utamakan pada perkara yang Allah redha semoga kita terpelihara dan sentiasa dilimpahi rahmat-Nya.