Gendang #MEMALI ditabuh bergema lagi.
Isu Memali: PAS tuntut tubuh RCI
Sejarah hitam. Peristiwa Memali berlaku pada 19 November
1985 mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta
penahanan beratus-ratus orang.
Selanjutnya dipautan ini,
https://www.malaysiakini.com/news/392088#ZsPSJlyeBAvHtYsJ.99
Pendirian saya tetap sama. Salah #PakLebai branded islam
yang berjihad menurut hawa #NAFSU. Dan salah pemerintah masa itu yang bertindak
melulu dengan meminggirkan dan menolak segala nasihat ulama-ulama. Jika PM masa
itu Najib Razak saya yakin tragedi hitam itu tidak akan berlaku.
Penyelesaian cara PM begini.
https://www.facebook.com/kang.nasir/photos/a.813637662025737.1073741866.465342536855253/1395277523861745/?type=3&theater
Walaupun beliau puas difitnah dihina dicerca dikafirkan.
Beliau tetap sabar berlapang dada. Dan DEMI kesucian agama beliau patuh dengan
nasihat ulama khususnya ilmuan Tarekat Tasawuf taat perintah Allah dengan
berusaha mendamaikan saudara yang bertelingkah.
Sewajarnya Ulama dan #PakLebai politik yang kebanyakannya
adalah tahfiz mereka lebih tahu dan sewajarnya itu tanggung jawab mereka. Tapi
malangnya merekalah punca sengketa dengan menghasut agar kita semua
bersengketa.
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah
bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah)
itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
(Al-Hujurat ayat 10)
Itulah cara beliau dan seharusnya kita ikut cara beliau.
Itulah ciri orang-orang yang beriman.
Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik ra. Rasulullah saw
bersabda; "Sesaorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi
saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
(Riwayat Al Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad)
Dari hasutan PakLebai politik lah umat islam Memali buta
mata hati dengan konon berjihad walhal jihad yang mereka perjuangkan itu
menuruti hawa nafsu yang sia-sia. Dalam hal ini Allah dah pesan.
“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal
belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang
berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata
(wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?”
(A-li'Imraan : ayat 142)
Mudah-mudahan dengan usaha PM dalam #TN50 memertabatkan
pengajian pondok dapat menjana modal insan yang bijak berfikir manfaat dihari
kemudian dan berakhlak dan beradab islam yang sebenar.