Ahad, 21 Mei 2017

Awas fahaman PakWahab Extrim




Mohon sahabat-sahabat agar panjangkan mesej ini kepada JAKIM, POLIS & SKMM.

Kegiatan kelicikan mereka mampu memperdaya ramai mukmin dengan dakwah kononnya mengikut Quran & Sunnah dengan menghina memfitnah dan menghukum sesiapa sahaja yang enggan ikut islam kemahuan mereka sehingga admin terhidu ada yang tidak kena dengan kegiatan mereka yang pada awalnya admin sangkakan mereka dari HT(Hitbut Tahrir) Tetapi tenyata bukan kerana HT hormati golongan ILMUAN TABLIGH Iaitu golongan ulama Sufi Tarekat & Tasawuf.

Rentetan dari kisah-kisah ini ada pada pautan ini. Bicara mereka seakan mirip HT,
https://www.facebook.com/kang.nasir/photos/a.560123324043840.1073741843.465342536855253/1176288805760619/?type=3&theater

Pada pautan itu admin berpesan:
Admin tak perlu meleret utk mempertikaikan kalian semua. Kerana admin bukanlah org yang layak bercerita bab agama dan hukum hakam. Akan tetapi berpesan dan saling mengingatkan untuk kebaikan bersama dunia dan akhirat itu adalah perintah Allah dlm surah Al Ashr. Lagipun agama itu nasihat.

Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda,
" Agama itu adalah nasihat". Kami bertanya, "Untuk siapa?" Baginda menjawab, "Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya".
(Hadis Riwayat Muslim)

Admin mula syak mereka bukan berilmu tetapi ada pertubuhan yang cuba memesongkan kefahaman islam dengan mencipta islam ikut logik akal mereka sehingga ulama pewaris Nabi pun dianggap kafir syirik kerana tidak ikut kehendak islam fahaman mereka seolah-olah merekalah paling mulia paling tinggi darjatnya. Bila admin cuba mencungkil dipautan ini hasil dari cubaan permainan fitnah mereka baru admin faham. Mereka seolah dibayar oleh pertubuhan seperti mana ISIS dll yang cuba menjatuhkan pemerintah dengan cara halus bermula dari merosakan akidah.
https://www.facebook.com/kang.nasir/photos/a.673765899346248.1073741856.465342536855253/1431825326873631/?type=3&theater

Dari kongsian pada pautan diatas itu.
Sepatutnya jawapan bagi apa yang mereka pertikaikan sudah tersedia ada pada ilmu MAQAM NAFSU yang pengikutnya kongsikan. Tetapi dengan hasil tipu dayanya maka lahirlah pengikut yang angkuh sombong lambung-lambung pada pautan ini.
https://www.facebook.com/kang.nasir/photos/a.673765899346248.1073741856.465342536855253/1231078080281691/?type=3&theater

Walhal Kesombongan itu satu larangan.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat taqwa, kaya jiwa serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari kenyataan diatas.
Mereka menganggap FARDHU AIN Solat Jumaat perkara remeh alasanya konon Imam dan khatib tidak ikut islam kehendak mereka. Malah dengan angkuh menganggap Jemaah Tabligh khususnya ilmuan Tarekat Tasawuf golongan ahli bidaah.

Oleh itu admin tidak perlu memperjelaskanya. Jika admin jelaskan sebagaimana sebelum ini pun ada saja bantahan. Bukan admin tidak mahu jelaskan, tetapi admin tidak mahu sampai ada antara mereka KUFUR lalu KAFIR kerana menentang kebenaran kerana ada yang menganggap admin menyesatkan. Oleh itu sebaiknya sahabat-sahabat ambil kongsian saya dan kenyataan saya ini bertanyalah dengan ilmuan tabligh tarekat tasawuf dan bertanyalah benarkah ada ulama dan orang awam yang kesyurga Allah tanpa hisab dalam ilmu 7 MAQAM NAFSU? Minta mereka jelaskan agar sahabat faham mesej admin sampaikan.

Admin sentiasa berdoa semoga Allah makbulkan doa kita waktu kita solat. Kerana dalam solat itulah kita merayu mohon kepada Allah agar tunjukan kepada kita jalan yang lurus jalan yang Allah redha.
In'shaa Allah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.

luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.

Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.

salam ukhwah utk semua.