Ahad, 7 Mei 2017

Tiada jalan penyelesaian bilamana bertindak menuruti nafsu ammarah.






Tiada jalan penyelesaian bilamana bertindak menuruti nafsu ammarah.
Sepatutnya, ISLAM JALAN PENYELESAIAN.
Islam jalan penyelesaian. Tidak ada penyelesaian dalam apa jua situasi bila mengambil tindakan pada orang yang meng ikut hawa Nafsu Ammarahnya dengan mengambil tindakan terburu-buru menuruti Ammarah nafsu kita. #TASAWUF

Dalam solat kita merayu kepada Allah, mohon ditunjukan jalan yang lurus iaitu jalan yang Allah redhai, tetapi selepas habis solat. Allah uji kita, tapi yang nyata kita engan muhasabah terus bertindak melulu menuruti NAFSU.
Jika kita tak nak dihina oleh non muslim. Jangan lah kita melulu ikut nafsu. Kerana itu bukan amalan islam ikut Quran & Sunnah Nabi.

Rasulullah saw bersabda:
أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا
“Kaum mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaqnya di antara mereka”.
(HR. Tirmidzi 3/315)
Dalam klip pada pautan ini.

Saya tidak boleh nak salahkan sesiapa. Kalau ikutkan. Sebenarnya islam itu kearah kebaikan seluruh umat manusia. Tetapi sekarang ini ramai yang sudah tidak nampak menfaatnya islam untuk kebaikan pada diri sendiri gara-gara ajaran ulama politik dan para ilmuan yang rakus berhati srigala.
Dalam berjihad Fisyabilillah sekalipun kita perlu BERSABAR. Ini baru diuji hon kereta, kita sudah tak mampu bersabar sampai hilang akal hilang pedoman. Walhal sabar itu amalan yang dituntut hatta dalam beribadah sekalipun kita perlu bersabar.

Cuba kita jadikan ianya pengajaran. Dan cuba kita bayangkan apa tindakan kita bila kita diludah musuh Allah dimedan perang disaat musuh itu tidak berdaya melawan? Adakah itu peluang kita membunuhnya atau kita bersabar dahulu sebelum kita berjuang kerana Allah? Hal ini pernah terjadi ketika Syaidina Ali ra yang berhadapan dgn Amru. Dan kisah tersebut diceritakan oleh Syaidina Ali ra. ”Saat dia meludahi wajahku, aku pun marah.Tapi aku tidak ingin membunuh nya karena kemarahanku.Aku menunggu dulu sampai lenyap kemarahanku dan membunuhnya semata karena Allah SWT," Bagaimana pula kita?

#TASAWUF #MengenalDiri
Dalam Quran Allah ada pesan perlunya sabar dalam berjihad.
"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?"
(Ali-Imran : ayat 142)

Oleh itu sahabat. Tidak ada menfaatnya kita pukul anjing yang diternak buas liar dan ganas, sepatutnya kita #Attack dengan #AttackMode tuan punya penternak anjing-anjing yang buas ganas itu agar tidak semakin banyak anjing-anjing ganas ternakannya. Dengan menyerang penternak anjing-anjing buas itu juga kita tidak perlu khuatir saudara-saudara kita juga dijadikan ternakan mereka.
#MissiMemburuDajalDemocratic Action Party Roketkini Lim Kit Siang (林吉祥) CM Lim Guan Eng Nga Kor Ming 倪可敏超级粉丝俱乐部 Suara Rakyat
By K.Nasir (07052017)









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.

luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.

Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.

salam ukhwah utk semua.