Isnin, 15 Mei 2017

Perlukah DIHARAMKAN sambutan Hari IBU?






Perlukah DIHARAMKAN sambutan Hari IBU?

Bagi kita seluruh mukmin yang beriman tahu, hari ibu itu setiap hari kerana itu adalah kewajipan kita. Bagaimana pula pada mereka segelintir saudara kita yang ambil mudah perkara ini? Sedangkan banyak kisah terjadi setiap tahun menjelang bulan yang mulia bulan penuh barokah ada saja insan malang yang terpinggir dipingirkan anak-anak. Walhal pada bulan mulia bulan penuh keberkatan itulah kita semua perlu berlumba-lumba menghimpun pahala yang berganda.

"Sambut hari ibu HARAM"
Itulah yang sering kita lihat dan dengar.
https://www.facebook.com/kang.nasir.10/posts/842301109279634?pnref=story
Alasanya sebab ikut orang kafir kata mereka. Walhal, setiap hari kita mendoakan ibu, kerana itulah kewajipan kita semua. Cuma setahun sekali kita hargai pengorbanannya kerana setahun sekali dibulan mulia itu juga kewajipan kita kepada mereka. Mana ada kita ikut kafir?

Jika mereka berkata menyambut hari BAPA itu ADALAH HARAM memang saya orang yang pertama setuju sebab saya pernah hampir dibantu FATHER disalah sebuah GEREJA dinegeri Perak pada tahun 1977 dulu.

Amat merugikan seumur hidup kita bila kita meminggirkan kasih sayang doa restu dari ibu. Kerana doa restu mereka adalah salah satu dari doa tanpa hijab. Sepatutnya kita ambil peluang itu tapi malangnya NAFSU DUNIAWI anak-anak punca kedua orang tua tersisih. Bila mereka disisihkan hilanglah keberkatan lalu hidup dalam kesempitan. Bila semakin disempitkan Allah semakin ramai yang tidak hiraukan mereka. Itulah yang sering terjadi masa kini.

Diakhir zaman Rasulullah saw ada mengingatkan bagaimana seorang ibu melahirkan TUAN nya. Na'uzubillah.

dalam hadis Rasulullah SAW:
Ketika Rasulullah SAW ditanya oleh Malaikat Jibril as tentang kiamat maka baginda Rasulullah SAW menjawab “Yang ditanya tentangnya tidaklah lebih mengetahui dari si penanya” Kemudian Jibril berkata lagi, “Kalau begitu khabarkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya” Baginda Rasulullah SAW menjawab. “Seorang budak wanita atau wanita merdeka (Al Amah) akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat para rakyat jelata yang miskin akan tinggal di gedung-gedung yang menjulang tinggi”
(Hadith Riwayat Muslim)

Penerangan tentang hadis.
Perkataan Al Amah yang disebut di dalam hadis di atas memiliki dua maksud. Pertama, ia bermaksud ‘hamba wanita’ dan yang kedua ia bermaksud ‘wanita merdeka’. Para ulama yang berpegang kepada maksud ‘hamba wanita’ ini berpendapat apabila hamba tersebut melahirkan anak hasil perkahwinan dengan tuannya maka taraf anak tersebut secara automatik menjadi tuan kepada ibunya sendiri.

Para ulama yang berpegang kepada maksud yang kedua pula iaitu ‘wanita merdeka’ yang melahirkan tuannya ini membawa maksud bahawa akan banyaknya kederhakaan manusia kepada orang tua mereka khususnya terhadap ibu mereka sendiri.

Atau secara ringkasnya iaitu ibu-ibu jadi orang gaji anak-anaknya yang tinggal dibandar besar bangunan tinggi kondo, pangsapuri dan sebagainya.

Tidak sepatutnya kita perbuat ibu-ibu sedemikian. Jadi persoalan saya. "PERLUKAH MENGHARAMKAN SAMBUTAN HARI IBU?'

Sedangkan garis panduan yang tersedia ada pun umat islam ingkari inikan tanpa motivasi untuk#MerotanMinda mereka agar menghargai jasa ibu sempena hari ibu?

Kenapa kita WAJIB menumpukan sepenuhnya kepada ibu? Usahkan membantah sedangkan menyinggung menghiris perasaannya itupun sudah DERHAKA.

Dari Abu Hurairah berkata:
“Datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya:
“Wahai Rasulullah, siapakah yang perlu aku berikan bakti yang lebih?.”
Rasulullah menjawab: “Ibu kamu”. Lelaki itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasululllah menjawab: “Ibu kamu” Lelaki itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab: “Ibu kamu” Lelaki itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab: “Bapa Kamu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.

luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.

Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.

salam ukhwah utk semua.