Berpuasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga.
Sedangkan dihari lain pun kita diwajibkan memelihara #PintuHati dengan menjauhi perkara keji dan mungkar yang lahir dari hati, mata, lidah, telinga, tangan, kaki, perut dan kemaluan. Inikan pula pada waktu kita sedang menjalani ibadah puasa? Sedangkan berpuasa itu juga mendidik NAFSU agar tidak cenderung menuruti kehendak nafsu.
Para ilmuan sering pesan "Ramai yang berpuasa cuma sia2 hanya sekadar lapar dan dahaga.". Tapi kita sering abaikan kerana keinginan nafsu kita tidak mampu menghindar perkara keji yang mempersiakan amalan ibadah ketika berpuasa.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW mengancam dengan ancaman yang keras terhadap orang-orang yang melakukan perbuatan tercela ini, Nabi saw bersabda: "Berapa banyak orang yang puasa, bagian dari puasanya hanyalah lapar dan haus (semata)."
(HR. Ibnu Majah.539)
Dan Rasulullah saw juga berpesan.
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
"puasa bukanlah (menahan) dari makan, minum (semata), tetapi puasa itu menahan diri dari perbuatan sia-sia dan keji. Jika ada orang yang mencelamu, katakanlah: ‘Aku sedang puasa, aku sedang puasa."
(HR. Ibnu Khuzaimah dalam Shohihnya 1996 dan al-Hakim dalam Mustadrok 1/430-431 dan dishohihkan oleh Syaikh al-Albani di dalam Shohihul jami’ 5376)
Perkara yang wajib kita hindari dalam memelihara hati dari 7 pintu hati itu kerana perkara keji dan mungkar yang lahir dari hati iaitu kita perlu hindari hasad ammarah dendam.
7 Pintu hati yang dimaksudkan itu adalah mata,
Menjaga dari memandang perkara maksiat yang diharamkan.
Kedua lidah atau mulut,
Menghindari dari melafazkan perkara keji dan tercela.
Ketiga telinga,
Menghindar dari mendengar perkara yang tidak memberi menfaat apatah lagi dari fitnah dan umpatan.
Keempat tangan,
Menghindar dari mencuri menzalimi dan dalam dunia IT sekarang jemari itu berpungsi menyakiti hati memfitnah mengumpat mengeji yang lain.
Kelima kaki,
Kemana langkah kaki kita adakah perlu ketempat maksiat atau pada perkara yang diredhi Allah.
Keenam perut.
Apa yang kita isi perut kita dari mana sumbernya banyak mana kita isi waktu berbuka puasa. Kerana berlebih-lebihan itu menuruti nafsu pembaziran itu dekat dengan syaitan.
Dan yang terakhir kemaluan.
Usahkan masa berpuasa sedangkan dihari lain pun kita dilarang lakukan maksiat. Dan dari perkara2 maksiat dan mungkar kesemua itulah punca membawa mudarat pada hati kita.
Lagipun. Kesemua anggota kita diminta pertanggung jawabkan disana kelak.
"Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."
(Al-Israa' : ayat 36)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.
luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.
Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.
salam ukhwah utk semua.