(Klik untuk kepautan asal)
Jika kita lihat, segala apa yang PM lakukan kesemua itu
adalah yang Allah perintahkan dan dari apa yang dilakukan itu adalah ciri-ciri
orang yang beriman. Jadi Tidak ada alasan menjatuhkan pemimpin islam sekarang.
Benarkah kita golongan orang yang beriman?
Kerana jika benar kita beriman kepada Allah kita berusaha
meluruskan BARISAN dan merapatkan SHAF serta saling berpesan saling
mengingatkan sebagaimana perintah Allah dalam surah Al-Ashr dan mendamaikan
saudara yang bertelingkah sebagaimana yang disebut dalam ayat ke 10 surah
Al-Hujurat ini.
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah
bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah)
itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
(Al-Hujurat ; ayat 10)
Sudah 4 tahun admin berfikir wajarkah kita menentang
pemimpin islam sekarang? Apa yang admin lihat. Tidak ada satupun perkara yang
menyalahi dan bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah dalam pentadbiran PM
kita. Apa alasan umat islam yang mendesak mengugut admin konon agar tidak
menyokong kemungkaran, kebathilan dan kezaliman pemimpin. Sedangkan apa yang
admin lihat kemungkaran dan kebathilan yang sebenar itu dari hati dan lidah
mereka sendiri kerana tidak dicegah terlebih dahulu lalu terjebak dengan
kesalahan dosa-dosa besar yang membawa kepada kemudaratan pada diri dan seluruh
ummah dengan sengaja menzalimi diri.
Rasulullah saw sudah beri peringatan.
Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
فَوَاللَّهِ مَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى
أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمْ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا
كَمَا تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ
"Demi Allâh ! Bukan kefakiran yang saya khawatirkan
atas kalian, namun yang saya khawatirkan adalah kalian diberi kemakmuran dunia
sebagaimana pernah diberikan kepada umat sebelum kalian, lalu kalian
berlomba-lomba sebagaimana mereka. Sehingga akhirnya dunia menyebabkan kalian
binasa sebagaimana mereka."
[HR. Bukhâri dan Muslim]
Dan sudah 4 tahun juga admin berusaha mengingatkan agar
kembali kepada islam kerana JALAN PENYELESAIAN SUDAH TERSEDIA ADA DALAM ISLAM.
Malangnya umat islam lebih percaka kepada iblis laknat DAP dan Piji sehingga
berani menolak kebenaran dalam Quran. Maka itu admin sering bertanya, KEPADA
SIAPA KITA BERIMAN?
Admin tidak salahkan saudara mukmin kita yang terlanjur
beriman kepada DAP dan Piji. Sedangkan ustaz-ustaz, Mopty pun mudah diperdaya
oleh hasutan iblis laknat DAP & Piji. Inikan saudara mukmin kita yang
sememangnya tidak tahu apa-apa selain ikut nafsu semata? Walhal Allah dah
sediakan garis panduan peringatan demi peringatan yang berulang-ulang dalam
Quran kesemua peringatan itu adalah untuk kebaikan kita semua dunia hingga
akhirat. Umat islam sekarang baru ditipu dihasut oleh iblis laknat DAP &
Piji sudah berani ingkar menolak kebenaran dalam Quran. Mampukah
saudara-saudara kita semua dan ustaz-ustaz juga mopty menghindar halusnya
bisikan tipu daya syaitan yang sebenar?
Kesemua itu berpunca dari NAFSU yang terdorong dengan
menuruti kehendak nafsu yang cenderung memburu harta kemegahan dunia yang
dibanggakan mereka. Sedangkan dalam Al-Quran Allah berulang-ulang memberi
peringatan kemegahan dunia itu melalaikan malah Allah beri amaran dan melaknat
orang yang mencaci mencela kerana memburu dunia. Tapi sebaliknya kata-kata dan
fitnah dari DAP & Piji juga mereka ikuti sehingga jika kita berpesan untuk
kebaikan diri mereka sendiri mereka MENENTANG PERINTAH ALLAH walhal diantara
mereka sendiri mahu menegakan HUKUM ALLAH kononya.
Oleh yang demikian, bersamalah kita kembali kepada islam
berpandukan Quran & Sunnah dengan menjalin ikatan ukhwah kerana limpahan
rahmat Allah tersedia dan terbentang luas, Umat islam susah bukanlah salah
pemerintah tetapi diri sendiri yang bangga dengan angkuh sombong menjauhi
rahmat Allah sengaja mendekati laknat Allah.
Allah sudah beri amaran;
"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang
mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; Ia menyangka
bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!"
(Al-Humazah ayat 1-3)
(klik untuk kepautan asal)
Selagi GURU2 ULAMA2 TAREKAT tidak berkata PM Najib WAJIB DITENTANG, selagi itulah kita WAJIB TAAT kpd PEMIMPIN kita.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.
luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.
Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.
salam ukhwah utk semua.