Ahad, 2 April 2017

Tidak membentangkan RUU bukan bermakna menolak hukum.

Tidak membentangkan RUU bukan bermakna menolak hukum.
(Klik utk kepautan asal)



Tidak membentangkan RUU bukan bermakna menolak hukum.
Sebelum mempergunakan hukum untuk memfitnah menghina dan menghukum. Cuba tanya kepada diri hukum perintah siapakah anda ikuti dengan angkuh sombong lambung-lambung sewenang-wenangnya sesuka hati mempergunakan hukum untuk menghina memfitnah dan menghukum? Kerana itulah dari awal dulu lagi admin ingatkan HUKUM ALLAH BUKAN HUKUM MAIN-MAIN.

Sahabat-sahabat nak tahu tak?
Usahkan mempergunakan hukum untuk memfitnah menghina dan menghukum. Sedangkan angkuh sombong lambung-lambung itu pun sudah cukup utk menghumban diri kita kedalam neraka inikan pula sewenang-wenangnya sesuka hati mempergunakan hukum untuk menghina memfitnah dan menghukum? Maka itulah admin ulangi pesanan. Hukum Allah ini bukanya hukum main-main.

Nak tahu apa pesan Rasulullah saw dalam perkara ujub bangga diri dan sombong lambung-lambung ini?

Rasulullah saw bersabda:

لَوْ لَمْ تَكُوْنُوْا تُذْنِبُونَ لَخِفْتُ عَلَيْكُمْ مَا هُوَ أَكْبَرُ مِنْ ذَلِكَ الْعُجْبُ الْعُجْبُ

“Jika kamu tidak berbuat dosa, sungguh aku mengkhawatirkan kamu pada perkara yang lebih besar dari itu, yaitu ‘ujub, ‘ujub (kagum terhadap diri sendiri)”
[Hadist Hasan Lighairihi, sebagaimana di dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, no. 658, karya syaikh Al-Albani]



PM kita bukanlah seperti pemimpin pembangkang yang lain. Lihat sahaja kesemua pemimpin pembangang dalam bicara mereka itu pun mereka berkata ikut suka sesuka hati mereka tidak pernah fikir apa menfaat untuk kebaikan pada seluruh rakyat jelata. Dan segala tindakan mereka juga melulu ikut kehendak nafsu tak fikit pun tindakan terburu-buru itulah punca tidak akan pernah selesai sejak dulu.

Apa yang saya nampak. PM kita sentiasa mengambil berat pandangan dan nasihat-nasihat dari sesiapapun jua khususnya nasihat ilmuan islam. Hampir 7 tahun setiap hari ada saja hamba Allah yang perasan dirinya tinggi darjatnya disisi Allah mengkafirkan PM kononya PM menolak hudud. Walhal admin sudah kongsi TIDAK MELAKSANAKAN HUDUD BUKAN BERMAKNA MENOLAK HUKUM ALLAH. Malangnya 93.4% caitro tetap berusaha menjadikan FITNAH itu amal ibadah kononya itulah bukti mereka paling mulia paling tinggi darjatnya disisi Allah.


Admin pernah kongsikan utk mengingatkan PM tidak menolak hudud berdasarkan dari kenyataanya dlm M'kini yg tersiar pada 24 Sep 2011 dalam pautan ini. http://www.malaysiakini.com/news/176760

( admin tak dapat kongsikan link kerana pada Nov 2012 seluruh akaun admin dari akaun gmail lumpuh)

Dari kenyataan beliau yang dijadikan sumber fitnah itu begini. ""Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti."

Dan selanjutnya beliau turut menyatakan.
"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.



Tetapi kenyataan itu tidak pula mereka ambil sampai bersusah payah berlumba-lumba kongsi dosa berantai dari sumber FITNAH.

Kata pujangga,
Pandang yg satu kepada yg ramai,
Pandang yg ramai kpd Yg SATU.
Itulah prinsip kepimpinan PM. Kerana itulah #SayaBanggaSokongPM.


Bagi admin hamba Allah yang daif lagi hina dan jahil ini. Biarlah kita difitnah dikeji dihina oleh manusia asalkan itu adalah yang Allah suka, Jangan sampai kita dihina dimurkai Allah kerana kita ikut apa yang mereka suka. Sejak kecil dilatih oleh orang-orang tua yang miskin yang sering dikeji dihina oleh masyarakat supaya menyerahkan diri pada redha Allah. Itulah tuntutan dalam#TASAWUF. Tidak mustahil tidak ada ilmuan tarekat dan tasawuf yang PM sentiasa dekati selama ini tidak mengingatkan beliau pada perkara ini. Maka itulah PM tidak hiraukan fitnah hinaan malah berusaha terus kearah kebaikan pada perkara yang Allah REDHA.

Dari Ibnu 'Abbas R.huma meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w telah bersabda: "Sesiapa yang menyukakan manusia dengan memurkakan Allah s.w.t, maka Allah murka kepadanya dan Allah akan menjadikan orang-orang yang telah disukakannya dengan memurkakan Allah itu juga murka terhadapnya. Dan sesiapa yang telah menyukakan Allah dan menyebabkan manusia murka, maka Allah akan menyukakannya dan Allah akan menyukakan juga orang-orang yang telah dia murkakan kerana menyukakan Allah s.w.t. Sehingga Allah s.w.t akan memperelokkan dirinya pada pandangan orang-orang yang marah itu dan Allah s.w.t akan mencantikkan kata-kata dan perbuatan dirinya pada pandangan orang ramai."
(Hadis Riwayat Tabrani)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

salam ziarah
terlanjur bicara,
ampun maaf dipinta,
salam persahabatan dan persaudaraan utk semua.

luahan hati tak pernah kenal isi hati insan lain,
bicara kita tak semestinya diterima baik oleh semua,
terguris hati kita tak pernah lupa.
mengguris hati kita tidak tahu bila dan siapa.

Dosa dan kesilapan yg kita lakukan pada allah,
keampunan dan taubat pengubatnya.
dosa sesama insan yg kita aniaya,
tidak akan terampun selagi insan itu tidak menerima kemaafan dan mengampunkan.
oleh itu.
saya memohon jutaan ampun dan maaf bila terlanjur bicara menghiris rasa.

salam ukhwah utk semua.