Sabtu, 8 April 2017

Istiqamah dalam memimpin diri.




Istiqamah dalam memimpin diri.
Jika kita sendiri tidak tahu memimpin diri kemana arah tuju dikemudian hari. Tak perlulah menyalahkan pemimpin hanya dengan alasan TIDAK BERPUAS HATI. Kerana NAFSU yang cenderung menuruti hawa nafsu itulah punca kita tidak tetap pendirian.


Dulu masa jadi ostajah kata daftar masuk PAS sebab nak daftar masuk syurga. Sekarang ini ikut kafir harbi DAP itu pula mahu daftar kemana?


Itulah perlunya kita dekati guru tarekat tasawuf. Kerana Hati yang teguh suci walau pahit getir azab menimpa walaupun dengan ugutan ancaman manusia, hati mereka tetap TEGUH ISTIQAMAH berserah diri hanya kepada Allah. Lihat saja sejarah para sahabat Nabi saw ketika diseksa dengan pelbagai cara.


Oleh kerana kita tidak sedar kerosakan hati kita itulah punca kita tidak mampu memikirkan menfaat untuk diri dikemudian hati disebabkan akal kita telah dijajah oleh nafsu. Dan nafsu yang cenderung menuruti nafsulah punca kita bertindak diluar batas logik akal. Pesan orang tua masa kanak-kanak dulu. "Orang yang tidak tetap pendirian itu adalah orang yang tidak tetap iman.


Ayuh sahabat, kita tetapkan pendirian dalam Istiqamah dalam memimpin diri.
Apakah yang dimaksudkan dengan istiqamah itu? Istiqomah berasal dari kata “qaama” yang artinya berdiri.

Guru tabika kemas pernah mengingatkan masa saya remaja dulu supaya kita berusaha teguhkan hati kita dengan ISTIQAMAH. Pesanya lagi (Lupa dari kitab apa yang Almarhum bacakan)

1. Abu Bakar Shiddiq ra ketika ditanya tentang istiqamah ia menjawab; bahwa istiqamah adalah kemurnian tauhid (tidak boleh menyekutukan Allah dengan apa dan siapapun)

2. Umar bin Khattab r.a. berkata: “Istiqamah adalah komitment terhadap perintah dan larangan dan tidak boleh menipu sebagaimana tipu musang”

3. Utsman bin Affan ra berkata: “Istiqamah adalah mengikhlaskan amal kepada Allah swt”

4. Ali bin Abu Thalib ra berkata: “Istiqamah adalah melaksanakan kewajiban-kewajiban”


Rasulullah saw pula pesan dalam hadis.
Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya,
“Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”
(Hadith Riwayat : at-Tirmizi)