Sabtu, 11 Mac 2017

Islam kembali asing- Jgn mudah melaknat.



Islam kembali asing (Pautan asal) Jangan mudah melaknat

Allah melaknat orang yang melaknat.
Islam kembali asing bila mana semakin ramai yang berlumba-lumba ikut kafir laknat DAP mengamalkan amalan orang-orang kafir. 93.4% Umat islam Caitro upahan DAP sudah enggan menjadikan islam sebagai amalan malah sengaja menolak kebenaran Quran & Sunnah jln penyelesaian untuk kebaikan bersama.

Usahkan mencaci mencela pemimpin sedangkan mencaci mencela menghina sesama saudara pun satu larangan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ أَهَانَ السُّلْطَانَ أَهَانَهُ اللهُ. رواه الترمذي وقال: حديث حسن
“Barangsiapa yang menghina seorang penguasa, maka Allah akan menghinakannya.”
(HR al-Tirmidzi [2224])


Sebenarnya. Mencaci mencela itu amalan keji SIFAT MAZMUMAH kerana perbuatan keji itu menjurus kearah kerosakan hati. Pautan - Larangan mencela.


Lagipun, antara punca paling mudah merosakan hati adalah berpunca dari mulut/lidah. Jika ucapan buruk yang dilafaz oleh lidah maka buruklah hati kita. Dan jika capan yang baik serta memberi bermenfaat maka baik lah hati kita dan bermenfaat untuk diri kita sendiri. Kerana itulah "ISLAM ADALAH JALAN PENYELESAIAN".

“Kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja.Padahal dia pada sisi Allah adalah besar”.
(An Nur : ayat 15)



Tasawuf - Pintu hati jaga lidah.

7 Pintu hati.


Tasawuf - (pautan asal) Kerosakan hati dlm 7pintu hati.

7 Pintu hati yg menjurus kearah kerosakan hati berpunca dari LIDAH.

Salah satu punca kerosakan hati yg digariskan oleh Imam Ghazali adalah banyak berkata. Kerana bila banyak berkata maka banyaklah silapnya, jika banyak kesilapan maka bertambahlah dosa yg kita tidak menyedarinya. Inikan pula sampai memfitnah mencaci mencela dijadikan sebagai amalan dialam maya media sosial sekarang.

Maka itulah Rasulullah saw mengingatkan cara pencegahan awal sebelum apa yg kita lakukan itu membawa kemudaratan pd diri dan yg lainya. Iaitu ada kalanya kita perlu diam drpd berkata2 pada perkara yg tidak memberi menfaat utk diri apatah lagi pd yg lainya.

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَليَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُت

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam.”
(Muttafaq ‘alaih: Al-Bukhari, no. 6018; Muslim, no.47)

Dalam hadis lain.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أًوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاْليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

[رواه البخاري ومسلم]

Maksudnya.
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya."
(Riwayat Bukhori dan Muslim)




Jumaat, 24 Februari 2017

Berapa ramai warga felda akan kufur?



Fitnah dajal akhir zaman. (pautan asal)




Berapa ramai warga felda akan kufur?
Syaitan menghasut ibu bapa kita supaya kufur dengan pentingkan tanah untuk bekalan kekubur.

Fitnah dajal akhir zaman.
Saya mengingatkan utk kebaikan pada diri kita semua pada diri anda sendiri. Jika anda dengan mudah diperdaya oleh sotongsetan. Mampukah anda menghindar halusnya bisikan syaitan? Sedangkan sekarang inipun ramai ustaz-ustaz malah mopthy pakwahab pun menolak kebenaran garis panduan didalam Quran dan Sunnah angkara kerana percaya gila dengan fitnah dajal akhir zaman. Inikan pula kita yang sememangnya kekurangan ilmu pengetahuan? Sedangkan mereka yang tahfiz pun hanyut hanya kerana menganggap mengejar darjat dunia itu lebih mulia disisi Allah. Na’uzubillah.

Lihat saja bagaimana peranan syaitan mampu mengajak lebai ikut sama jadi syaitan.
(Klik disini kepautan)

Lihatlah permainan iblis, Kerugian yang dihadapi oleh felda itu disebabkan penyelewangan oleh orang yang diberi amanah dan dipertanggung jawabkan oleh pentadbir. Tapi sotongsetan mengajak mak bapak kita supaya kufur konon jangan sampai tanah tergadai seolah tanah itulah bekalan kekubur. Kenapa pula perlu UMNO & Najib yang disalahkan sedangkan individu yang menyeleweng itu sendiri ada yang penyokong tegar pembangang?

Tentang prihal dari kesah penyelewengan felda dll seperti 1MDB, LUTH, KWSP dan lainya ini terdapat peringatan Rasulullah saw dalam hadis tentang FITNAH DAJAL AKHIR ZAMAN.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda; "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya "Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab "Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang ramai"
(HR Ibnu Majah)

Sudah jelas dan nyata bukan? Angkara sotongsetan semakin ramai mukmin enggan menjadikan islam sebagai amalan sebaliknya masing-masing berlumba-lumba menghimpun dosa dengan fitnah caci cela dijadikan amalan harian setiap masa. Malah disebabkan lebih percayakan fitnah hasutan sotongsetan ada yang menolak kebenaran ISLAM JALAN PENYELESAIAN yang mana garis panduanya sudah tersedia dalam Quran dan Sunnah.
Na'uzubillah.

(Kongsian asal pada pautan ini)
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=787516484758097&set=a.647976028712144.1073741877.100004992577825&type=3&theater


Jangan ambil mudah walau sekecil-kecil dosa


Pautan asal (Jangan ambil mudah walau sekecil-kecil dosa)



Jangan ambil mudah walau sekecil-kecil dosa

Rasulullah saw telah bersabda:
“Berhati-hatilah kalian terhadap dosa kecil, sebab jika ia berkumpul dalam diri seseorang akan dapat membinasakannya.”
(HR ahmad dan Thabrani dalam Al Awsath).


Segala dosa-dosa kecil yang kita anggap remeh itu adalah dari sifat-sifat mazmumah iaitu perkara-perkara yang keji yang nafsu kita gemar dan cenderung melakukanya dan menjadi dosa besar pabila kita bangga dengan dosa-dosa yang kita lakukan iaitu ujub, angkuh, sombong dan bangga diri.


Setiap kali kita melakukan dosa akan ada terbit noda bintik hitam dalam hati sehingga bintik-bintik itu menutupi menggelapkan hati. Dosa2 dan bintik-bintik hitam itu akan terhapus dengan sifat MAHMUDAH iaitu dengan bertaubat beristighfar serta zikrullah dan menghandari perkara keji sifat mazmumah dengan mengamalkan amalan-amalan mulia sifat mahmudah.


Rasulullah saw bersabda,
إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيئَةً نُكِتَتْ فِي قَلْبِهِ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ، فَإِذَا هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ وَتَابَ سُقِلَ قَلْبُهُ، وَإِنْ عَادَ زِيدَ فِيهَا حَتَّى تَعْلُوَ قَلْبَهُ، وَهُوَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَ اللَّهُ: {كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ}
“Jika seorang hamba melakukan satu dosa, niscaya akan ditorehkan di hatinya satu noda hitam. Seandainya dia meninggalkan dosa itu, beristighfar dan bertaubat; niscaya noda itu akan dihapus. Tapi jika dia kembali berbuat dosa; niscaya noda-noda itu akan semakin bertambah hingga menghitamkan semua hatinya. Itulah penutup yang difirmankan Allah, “Sekali-kali tidak demikian, sebenarnya apa yang selalu mereka lakukan itu telah menutup hati mereka”
(Al-Muthaffifin: ayat 4). (HR. Tirmidzi)

Khamis, 23 Februari 2017

Sayangi DIRI kita masing2


Sayangi DIRI kita masing2 (PAUTAN)



Sayangi DIRI kita masing-masing.
Apa yang TPM 
Ahmad Zahid Hamidi katakan sebelum ini hanya 6.6% pengamal media cenderung mengajak kearah kebaikan sedangkan selebihnya 93.4% pula menghasut mengajak rakyat M'ysia MENZALIMI DIRI cenderung menuruti hawa nafsu. Stiker yang saya kongsikan itu FAKTA ISLAM JALAN PENYELESAIAN pada setiap perkara yang nafsu manusia pertikaikan.


Nahh, sekarang kearah mana kita PIMPIN DIRI KITA MASING2? Adakah kita cenderung TAAT segala HUKUM dan KETETAPAN yang Allah telah aturkan untuk diri kita atau kita cenderung menuruti kehendak hati kita masing-masing? Jika benar kita taat kepada Allah, kita tidak akan bersusah payah mencari alasan mencipta fitnah untuk berbalah sedangkan perkara keji itu adalah larangan Allah. Dari perkara keji dosa-dosa itulah KITA CENDERUNG MENZALIMI DIRI SENDIRI DENGAN MEROSAKAN HATI. Maka itulah hidup kita sesah walau pendapatan bulanan mewah ada rumah mewah kereta mewah tapi hati tidak pernah senang jiwa berantakan fikiran kecelaruan.


Sepatutnya, Jika kita mahu hidup tenang hati senang walau zahir nampak susah tapi kehidupan mudah dengan limpahan rahmat Allah. Kita berusahalah pada perkara yang Allah redha. In'shaa Allah walau sedikit tapi mencukupi untuk keperluan kita masa hayat masih ada. Itulah jalan penyelesaian yang Allah telah sediakan garis panduanya dalam Quran & Sunnah.

Rabu, 22 Februari 2017

Allah kembalikan FITNAH.




Ramai yang tidak sedar mereka bukanya menentang Hadi dan pemerintah tetapi menentang Allah.

Allah kembalikan FITNAH.
Ramai yg tidak sedar, Mereka bukanya menentang RUU yg akan dibawa oleh Hadi dengan kerjasama pemerintah tetapi mereka menentang Allah.

Saya amat bersimpati dgn Hj hadi yg jadi mangsa hinaan saudara jihadnya dulu iaitu dap. Semua ini Allah tunjukan kpd semua. Bahawa Allah telah kembalikan fitnah2 yg dimainkan oleh ulama dgn mempergunakan kalimah Allah, kesucian agama dan ayat suci utk menghina menghukum musuh jihadnya UMNO.

Walhal dlm isu ini hj hadi sendiri tak tau apa2 kerana kerajaan persekutuan ambil langkah menaik taraf perundangan islam dgn meminda RUU ini sejak thn 2010 dan pd 2011 kerajaan mengadakan pertemuan dgn para ilmuan dari ahli fiqh iaitu dari jakim dan para peguam syarie. 3 thn kemudian pd thn 2014 draf utk meminda RUU selesai dan hj hadi diberi tanggung jawab utk membawa usul itu.

Ini baru berusaha meminda RUU belum lagi melaksanakan HUDUD. Malangnya ramai org melayu ikut kafir mencabar Allah. Kerana kalian bukan menentang Hj Hadi dan pemerintah tapi menentang Allah. Na'uzubillah.

Allah kembalikan fitnah itu disebabkan dari fitnah yang pernah Hj. Hadi sendiri cipta untuk menghina memfitnah menghukum musuh jihadnya. Klik kepautan.
https://www.facebook.com/kang.nasir/photos/a.475349369187903.111301.465342536855253/730924666963704/?type=3&theater

Rentetan sejarah pindaan RUU Bermula dari hasil nasihat ilmuan2 kepada pemimpin dan tanpa berlengah Dato Sri Jamil Khir mengumumkanya.
Pada 14 Mei 2010,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Institusi kehakiman syariah negara akan dinaik taraf bagi memenuhi keperluan menyelesaikan lambakan kes syariah, khususnya kes yang memerlukan rayuan di mahkamah yang lebih tinggi,
http://www.malaysiakini.com/news/131811

Selanjutnya pada 6hb Apr 2011 .
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Usaha Naik Taraf Sistem Kehakiman Syariah
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2011/04/06/usaha-naik-taraf-sistem-kehakiman-syariah/
Dalam ucaptamanya Jamil Khir berkata selaras dengan hasrat kerajaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), para pegawai Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) serta agensi hendaklah menggunakan peluang ketika menyertai konvensyen itu untuk mempertingkatkan keupayaan tadbir urus sistem perundangan Islam di negara ini.

Seramai 200 orang terdiri daripada pegawai kanan dari institusi agama termasuk JAKIM, JKSM, Jabatan Peguam Negara (Seksyen Syariah), Majlis Agama Islam Negeri dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia menyertai konvensyen itu.

Setelah para ilmuan dan peguam2 syarie bertungkus lumus mengkaji secara terperinci selama 3 tahun maka keputusan pun dibuat dan akan dibentangkan usul diparlimen.
Berita ini ada tersiar di sinar harian pada 15 November 2014
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/kerajaan-usaha-naik-taraf-mahkamah-syariah-1.333594

Antara catitan ringkas kandungan akhbar,
Kerajaan Persekutuan telah menjalankan usaha menaik taraf kedudukan Mahkamah Syariah agar setaraf dengan Mahkamah Persekutuan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, usaha itu dilakukan menerusi pembentangan Kertas Cadangan Menaik Taraf Kedudukan Mahkamah Syariah Dan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah Di Malaysia dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 22 Ogos 2011.

Pada 25 Februari 2015.
Harakah daily juga ada menyiarkan tetapi dipusingkan cerita kelaut perginya dalam pautan ini.
http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/34052-qazaf-jamil-khir-digesa-belajar-undang-undang-islam

Sebelum itu pada 9hb Mei 2014 ·
Mursyidul Am PAS memperolok-olok usaha pemerintah seolah-olah mahu membuktikan bahawa hukum hudud itu adalah PRODUK JENAMA BRANDED ISLAM PAS.
https://www.facebook.com/kang.nasir/photos/a.690956300960541.1073741858.465342536855253/705075016215336/?type=3&theater

Untuk membuktikan KONON PEMERINTAH MENOLAK ISLAM. Ada saja cerita yang direka bertujuan untuk menghina memfitnah dan menghukum kononya Cina sokong hukum hudud bla bla bla.
Sepertimana sebelum ini dipautan.
https://www.facebook.com/kang.nasir/photos/a.651077748281730.1073741852.465342536855253/697919956930842/?type=3&theater

Walhal jika benar-benar TAKUT KEPADA ALLAH dan memang BERHAJAT mahu melaksanakan hukum Allah. Tidak ada alasan mencipta pelbagai tohmahan fitnah dan sebagainya kerana enggan melaksanakan disebabkan takut kepada saudara jihadnya kafir laknat DAP.
Seperti mana kesah dipautan ini HUDUD diluluskan diKelantan sejak 1993
https://www.facebook.com/kang.nasir/photos/a.475349369187903.111301.465342536855253/604722649583907/?type=3&theater

Begitulah hakikatnya.
Allah dah tunjukan kepada kita bahawa apa yang terjadi sekarang ini mahu mengingatkan kita dan apa yang berlaku itu Allah KEMBALIKAN segala FITNAH2 ulama politik yang mempergunakan kalimah Allah, kesucian agama dan ayat suci untuk menghina memfitnah dan menghukum konon musuh jihadnya. Bersyukur kita kehaderat Allah swt walaupun cuma sedikit masa sudah cukup untuk membuatkan Hj. Hadi sedar dan insaf kesilapan yang telah dilakukanya sebelum ini. Bersama kita bacakan Fateha buat Almarhum Tuan Guru Haron Din kerana dari khidmat nasihat tuan guru itulah Hj. Hadi U'TURN seribu kali ganda. Dan sekarang masa yang sesuai untuk kita mengajak Hj. Hadi agar mengajak seluruh umat islam kembali kepada islam yang sebenar iaitu berpandukan Quran & Sunnah bukanya berpandukan ikut kehendak nafsu sebagaimana perjuangan PAS masa lalu.

Doa saya dari dulu dan selamanya utk semua semoga Allah makbulkan doa kita semua waktu kita SOLAT. Kerana dari situlah kita tinggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dan berusaha kepada perkara yang Allah REDHA. Jika kita tidak ambil peduli perkara yang Allah redha mana mungkin kita mampu menghindar sekecil-kecil DOSA dan berlumba-lumba berusaha pada perkara yang memberi menfaat untuk diri dan seluruhnya?

Dari Ibnu 'Abbas R.huma meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w telah bersabda:
"Sesiapa yang menyukakan manusia dengan memurkakan Allah s.w.t, maka Allah murka kepadanya dan Allah akan menjadikan orang-orang yang telah disukakannya dengan memurkakan Allah itu juga murka terhadapnya. Dan sesiapa yang telah menyukakan Allah dan menyebabkan manusia murka, maka Allah akan menyukakannya dan Allah akan menyukakan juga orang-orang yang telah dia murkakan kerana menyukakan Allah s.w.t. Sehingga Allah s.w.t akan memperelokkan dirinya pada pandangan orang-orang yang marah itu dan Allah s.w.t akan mencantikkan kata-kata dan perbuatan dirinya pada pandangan orang ramai."
(Hadis Riwayat Tabrani)

Jika diri kita sendiri tidak memberi contoh tauladan AMALAN-AMALAN SUNNAH Rasulullah saw mana mungkin orang bukan islam respect kepada kita? Itulah menfaatnya islam dan HUKUM-HUKUM ISLAM bagi kebaikan diri dan seluruhnya dunia hingga akhirat.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya Allah SWT telah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokkan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini?
( Hadith Riwayat at-Tabrani)

Jika manusia tidak diberi AKAL dan sentiasa patuh segala ketetapan yang telah Allah tentukan seperti langit, mentari, bulan, bintang, bumi, gunung-ganang, lautan, hatta unggas, serangga dan haiwan serta yang lainya yang menurut aturan ketetapan Allah. Taat kepada Allah takut azab Allah. KITA TIDAK PERLUKAN MAHKAMAH, HAKIM, PEGUAM, SAKSI dll. Kerana NAFSU dan AKAL manusia itu lah punca INGKAR TIDAK GENTAR dengan amaran-amaran Allah.

Jika ada sahabat yang bertanyakan kpd saya RUU itu utk islam kenapa DAP masuk campur?

Jawapan saya mudah.
https://www.facebook.com/kang.nasir/photos/a.475349369187903.111301.465342536855253/700367743352730/?type=3&theater
Dari dulu lagi DAP mahu umat islam ikut islam kehendak mereka iaitu ikut suka hati mereka tentukan utk umat islam BARULAH UMAT ISLAM TIDAK DIANGGAP RECIS. Lagipun satu perkara yang masih tidak lengkap untuk kita memaksa mereka IKUT HUKUM ISLAM adalah berkaitan dengan GEJALA SOSIAL pergaulan bebas seks bebas kerana DALAM HUKUM DUNIA MEREKA MELAKUKAN HUBUNGAN SUKA SAMA SUKA SESUKA HATI SEPUAS HATI DENGAN GADIS2 MELAYU JANDA2 DAN ISTERI2 ORANG SUKA SAMA SUKA TIDAK MENJADI KESALAHAN. SEDANGKAN PERKARA INILAH YANG ALLAH SURUH KITA TENTANG HABIS-HABISAN.


Langkah PM merancang #TN50 bertepatan

Langkah PM merancang #TN50 bertepatan






Langkah PM merancang #TN50 bertepatan.
Salah satu usaha PM kearah menjana modal insan dengan usaha memberi keutamaan kepada pindidikan pondok amat dialu-alukan dan diharap mampu melahirkan GENERASI MELAYU YANG BERAKHLAK DAN BERADAB ISLAM. 


Semoga dengan perancangan rapi TN50 kelak akan membuahkan hasil. Admin yakin kecelaruan sebegini tidak akan terjadi kecuali kelak ramai ilmuan pakwahab dan liberal bebas berkeliaran mengharap REDHA MANUSIA. Jika sekarang ini pun ISLAM seakan kembali ASING. Apa akan jadi nanti jika perancangan PM dalam #TN50 juga dihalang?

Dalam demo RUU baru-baru ini pelbagai reaksi dapat dilihat. Admin harap pada sahabat. Biar kita tidak tahu apa itu RUU 355 tapi kita ikut serta menyokongnya. Rasanya itu lebih baik dan terbaik daripada mereka yang bijak pandai berilmu malah ahli tahfiz tapi menentang perkara yang Allah REDHA tanpa sedar bersusah payah mencabar Allah demi kerana mengharap REDHA MANUSIA.

Rabu, 15 Februari 2017

TASAWUF - Jauhi dosa PRASANGKA.

TASAWUF - Jauhi dosa PRASANGKA.



Jaga lidah kita supaya hati terpelihara.
Jauhi diri dari dosa berperasangka buruk. Kerana dari prasangka buruk itulah punca terjebak dgn dosa besar yg berantai.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ إحْوَانًا

“Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, karena prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari berita kejelekan orang lain, saling memata-matai, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara”
(HR Bukhari dan Muslim)

Lagipun. Allah dah beri amaran.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
(Al-Hujuraat : ayat 12)

BUKTI PERMAINAN IBLIS (Piji)






BUKTI PERMAINAN IBLIS (Piji) (klik kepautan asal)


Beliau sendiri yang mencabar dan mengsyorkan kerajaan agar menghapuskan subsidi dengan memaksa kerajaan supaya menetapkan harga siling bagi petrol mengikut harga pasaran semasa dunia. Kali ini dengan sengaja memutar belitkan kata-kata dari fakta andaianya sebelum ini konon bila kerajaan menghapuskan subsidi dengan mengikut pasaran semasa dunia ITULAH JALAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK HASIL TIPU HELAH PERJUANGANYA.

Jika ilmuan malah tahfiz quran dan hadis pun mudah diperdaya oleh hasutan, fitnah dan tipu helahnya sehingga menolak kebenaran garis panduan yang terdapat dalam Quran adalah jalan penyelesaian sebelum terjebak dengan persengketaan disebabkan lebih percayakan dengan segala andaian dan fitnah dari kata-katanya. Mana mungkin saudara mukmin mampu menghindar? Apatah lagi menghindar halusnya bisikan syaitan?

Klik pautan 
untuk mengetahui lebih lanjut.
Ilmuan walau tahfiz pun mudah diperdaya inikan pula rakyat biasa?

Sebelum semua FITNAH-FITNAH ini dijadikan amalan untik dikongsi ramai-ramai menjadikanya DOSA BESAR YANG BERANTAI Allah sudah pun memperingatkan LANGKAH AWAL PENCEGAHAN.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. 
(Al Hujurat : ayat 6).

Khamis, 9 Februari 2017

Siapa ULAMA SUK (Ulama yang berhati Srigala)

Siapa ULAMA SUK (Ulama yang berhati Srigala)
(klik kepautan asal)




Siapa ULAMA SUK (2)
(Ulama yang berhati Srigala)
Kadang kita sengaja diajak oleh ilmuan supaya TERJUN KENERAKA dengan seruan-seruanya mempergunakan kesucian agama serta Dalil dan Nas sewenang-wenangnya utk kepentingan dirinya bagi meninggikan darjat mereka didunia. Dan mereka inilah GOLONGAN ULAMA SUK.

Iaitu golongan yang mengharap sokongan pujian manusia bagi meninggikan darjatnya dengan berkata pada perkara yang memberi kepuasan serta menyukakan hati kita sedangkan perkara itu adalah perkara yang Allah murka. Kami warga miskin kadang hairan mengapa ilmuan dan orang ramai sering mempergunakan nasib kami menghasut kami supaya ikut sama KUFUR? Allahuakbar.

Allah dan Rasulullah saw sudahpun mengingatkan mereka. Tapi NAFSU mereka tetap ingkar walaupun mereka sendiri adalah TAHFIZ. Dalam hadis FITNAH AKHIR ZAMAN Rasulullah saw mengumpamakan mereka sebagai manusia yang BERHATI SRIGALA.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.
(H.R Termizi)

Isnin, 6 Februari 2017

Sunnguh Memalukan ULAMA ASWAJA PU Faiz

Sunnguh Memalukan ULAMA ASWAJA PU Faiz
(klik kepautan asal)




Sunnguh Memalukan ULAMA ASWAJA.
Selama ini admin berusaha mengajak agar menjauhi ulama politik pak salaf pakwahab kerana mereka tidak kenal perkara yang Allah redha. Tak sangka pula semakin ramai ustaz ASWAJA pun ikut sama pakwahab berlumba-lumba ikut amalan pakwahab & paksalaf.

Maka sebab itulah dari dulu lagi admin menyeru, mintalah mereka mengajarkan kita ILMU#TASAWUF. Kerana hanya itu saja JALAN YANG SELAMAT dan bermenfaat untuk diri dikemudian hari bukan saja untuk kita semua, malah untuk mereka juga agar MUHASABAH DIRI.

Sewajarnya, dalamilah ILMU TASAWUF.


Admin tidak mahu bicara panjang berkaitan isu ini kerana admin amat hormati ilmuan ASWAJA. Tapi admin menyeru dan merayu kepada ustaz-ustaz muda ASWAJA. Tolonglah, janganlah hasut kami warga miskin agar ikut sama kufur. Cukup-cukuplah sudah ramai dajal syaitan yang sekarang sedang berlumba-lumba mengajak saudara mukmin supaya ikut mereka terjun keneraka dengan AGENDA MEREKA untuk meng"UBAH" mukmin yang beriman kepada Allah kepada MELAYU YANG JINAK DITERNAK oleh mereka.

Sebelum ustaz-ustaz membicarakan sesuatu perkara. Adakah ustaz berfikir dahulu adakah perkara yang diperkatakan itu adalah perkara yang Allah REDHA dan memberi menfaat untuk diri? Jika ustaz-ustaz tidak tahu semua itu MANA MUNGKIN ILMU YANG USTAZ SAMPAIKAN ITU ADALAH PERKARA YANG MEMBERI MENFAAT UNTUK KAMI DIKEMUDIAN HARI? Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin

SEPATUTNYA AGAMA ADALAH NASIHAT.
Dan itulah titik mula kita dapat menyelesaikan setiap pertikaian dan persoalan yang dipertikaikan oleh TUNTUTAN NAFSU MANUSIA.

Daripada Abu Ruqaiyah Tamim bin Aus al-Dariy RA, bahawa sesungguhnya nabi SAW bersabda,
" Agama itu adalah nasihat". Kami bertanya, "Untuk siapa?" Baginda menjawab, "Untuk Allah, untuk kitabnya, untuk rasulnya, untuk pimpinan orang Islam dan untuk umat Islam semuanya".
(Hadith Riwayat Muslim)











Sabtu, 4 Februari 2017

Tidak ada alasan menjatuhkan pemimpin islam sekarang

Tidak ada alasan menjatuhkan pemimpin islam sekarang
(Klik untuk kepautan asal)



Jika kita lihat, segala apa yang PM lakukan kesemua itu adalah yang Allah perintahkan dan dari apa yang dilakukan itu adalah ciri-ciri orang yang beriman. Jadi Tidak ada alasan menjatuhkan pemimpin islam sekarang.

Benarkah kita golongan orang yang beriman?
Kerana jika benar kita beriman kepada Allah kita berusaha meluruskan BARISAN dan merapatkan SHAF serta saling berpesan saling mengingatkan sebagaimana perintah Allah dalam surah Al-Ashr dan mendamaikan saudara yang bertelingkah sebagaimana yang disebut dalam ayat ke 10 surah Al-Hujurat ini.

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
(Al-Hujurat ; ayat 10)

Kejayaan yang membanggakan DAP

Pautan asal Kejayaan yang membanggakan DAP





Syabas kami ucapkan kepada orang melayu yang berkorban dengan mengorbankan agama, bangsa dan negara serta ekonomi Negara dan ekonomi umat islam bagi menjayakan kempen IBLIS LAKNAT DAP.

Jom kita ucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada orang melayu yang Berjaya berusaha  bertungkus lumus berkorban memusnahkan ekonomi menjatuhkan PROTON. Masih banyak lagi kepentingan negara dan ekonomi orang melayu yang perlu dimusnahkan selain Proton, Iaitu Lynas, Felda, LUTH dan banyak lagi.

Dari awal dulu lagi semenjak kempen mendesak kerajaan menurunkan harga kereta import konon membantu kami orang miskin pencuci jamban supaya LAYAK dan mampu memiliki kereta import seperti Honda, BMW dll dalam kempen itu. Sedangkan apa yang admin lihat perancangan licik itu memberi kesan jangka panjang yang bakal menimpa industri kereta nasional PROTON. 
Selanjutnya kongsian asal dulu disini.

Nahh. Sekarang berbanggalah para pejuang melayu hasil pengorbanan kalian dengan mengorbankan ekonomi orang melayu dan Negara tidak sia-sia. Tahniah. Terima kasih tidak terhingga atas jasa kalian semua. Syabas. Hidup DAP dajal LAKNAT. 

Khamis, 2 Februari 2017

Sebijik macam filem TAMIL permainan DAJAL diselangor.





Sebijik macam filem TAMIL permainan DAJAL diselangor. (Pautan asal)
Rupanya LEBAI PAS yang BERIKRAR ATAS KALIMAH ALLAH selama ini konon MENCEGAH KEMUNGKARAN ini yang mereka perjuangkan dalam diam JIHAD MENEGAKAN ISLAM bersama dewa suci DAP. Mungkin ini hanya sementara masih dapat ikhsan belas simpati REDHA DAP diSelangor kot? 



Admin rasa peliklah? Boleh pulak ada LESEN JUDI HIBURAN KHAS UNTUK KELUARGA tapi orang luar melayu india cina boleh joint jadi keluarga BERJUDI SAMA dengan adanya lesen itu erkk? Mungkin juga akan ada kelak WUJUD LESEN RUMAH URUT KELUARGA diSelangor yang dibolehkan melayu india bangla nepal negro dll masuk premis urut keluarga yg diberi lesen oleh kerajaan Selangor juga kan? Sungguh LICIK PERMAINAN IBLIS2 ini.

Dalam berita yang tersiar di M'syiakini
Polis dilapor menangkap pemimpin Baju MerahDato Jamal Md Yunos berhubung kes samun berkumpulan.

Ia susulan serbuan pemimpin akar umbi Umno itu di sebuah tempat didakwa pusat perjudian di Taman Kosas, Ampang pada 29 Disember lalu.

“Pusat hiburan keluarga itu ada lesen, semua ada permit bawah (MPAJ) Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Berita sepenuhnya dipautan ini.
http://www.malaysiakini.com/news/371228

Isnin, 30 Januari 2017

Ini baru tipu daya FITNAH kafir laknat belum lagi FITNAH DAJAL?

Ini baru tipu daya FITNAH kafir laknat belum lagi FITNAH DAJAL?
(Klik kepautan asal)


Jika ulama dan ilmuan pun cenderung taat kpd Dajal bagaimana nasib mukmin yang tidak tahu apa2? Lama juga saya menanti kongsian dari sahabat-sahabat penganut agama PAS untuk mempertahankan kebenaran kenyataan oleh Tuan Guru Hj Hadi Awang. Malangnya tiada siapa pun yang mempertahankan kebenaran itu atau para penganut agama suci PAS masih taat setia kepada DEWA SUCI mereka selama ini yang pernah dijulang sebagai Khalifah Umar Abd. Aziz dan pernah dihebohkan akan memeluk agama islam jika kekal memimpin Penang?

Apa yang Tuan Guru Hj Hadi Awang itu adalah BENAR apatah lagi beliau sendiri pernah terlanjur cenderung dengan perintah dajal laknat itu senganja ingkar kepada Allah dengan menghampiri MUNAFIK kerana meninggalkan orang yang beriman memilih dajal laknat ini sebagai rakan jihad menentang pemerintahan islam. Ini peringatan Allah yang berulang2 dalam Al-Quran. Bukanya admin berkata mengikut prasangka.

Berikut adalah antara ayat2 peringatan Allah dalam Quran. Terdapat tujuh ayat antaranya, Surat Alim Imran ayat 28, Surat An Nisa ayat 144, Surat Al Maidah ayat 57, Surat At Taubah ayat 23, Surat Al Mujadilah ayat 22, Surat Ali Imran ayat 149-150 dan Surat Al Maidah ayat 51. Tujuh ayat menyatakan larangan memilih pemimpin yang tidak seaqidah, Manakala surah An Nisa ayat 138-139 pula peringatan Allah tentang golongan MUNAFIK.

"Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya)."
(An Nisa ayat 138-139)

Ahad, 29 Januari 2017

Projek MEGA terjun keneraka bersama Piji




Pautan Projek MEGA terjun keneraka bersama Piji.
Dalam kongsian FITNAH-FITNAH DAJAL AKHIR ZAMAN selanjutnya kita kupas bagaimana IBLIS mengajak saudara mukmin menjadi iblis agar turut sama terjun keneraka.


Sepatutnya kita berusaha menjauhi Syaitan dengan memusuhinya. Tetapi sekarang dah terbalik. Manusia itu sendiri jadi syaitan mengajak yang lainya ikut sama jadi syaitan agar sama-sama dapat terjun keneraka bersama syaitan.
 "Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka."
(Fathir : ayat 6)


Dan selanjutnya; Apa lagi kerana kehendak mereka sendiri yang berlumba-lumba jadi syaitan maka Allah biarkan saja mereka jadi syaitan ikut syaitan lalu memperdaya kita semua ikut sama mereka terjun keneraka.

"Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup."
(Al-Israa' : ayat 63)
Na'uzubillah.


Siapakah ULAMA?

Siapakah ULAMA?
(Pautan asal disini)


Siapakah ulama yang sebenar ini sebenarnya admin pernah kongsikanya sebelum ini mungkin kerana terlalu panjang huraianya maka ramai yang tidak mahu mengamatinya. Oleh itu dalam album ini admin kongsikan secara ringkas dengan beberapa dalil & Nas untuk memudahkan kita memahami siapakah ULAMA PEWARIS NABI.

Diakhir zaman ini ramai kalangan kita yang keliru mudah tertipu dengan hasutan ULAMA SU sehingga ada antara kita sengaja menghina ulama Pewaris Nabi. Siapakah ULAMA PEWARIS NABI? Jom kita sama-sama fikir dan teliti setiap isu yang admin akan kongsikan dan kemukakan dalam album Siapa ULAMA ini.
Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak.”
(Hadis Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)

Isnin, 24 Februari 2014

Tahu, Faham & Amal: Ciri-ciri Ringkas Fahaman Wahhabi

Tahu, Faham & Amal: Ciri-ciri Ringkas Fahaman Wahhabi:





Saya amat tertarik dgn perkongsian ini (KLIK ke PAUTAN)



Secara ringkasnya.

Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:



Dari Sudut AQIDAH:



01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.



02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.



03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.



04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.



05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.



06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).



07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.



Dari Sudut FIQH:



01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.



02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.



03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.



04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.



05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.



06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.



Dari Sudut MANHAJ:



01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.



02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.



03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.



04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.



05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.



06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.



07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.



08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.



09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.



10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.



11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.



12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.





Pesan guru kemas (KLIK ke PAUTAN)


Pesan
Almarhum guru tabika kemas (Guru tasawuf).


"Yahudi
berusaha menyuntik JARUM HALUS dgn menjadikan umat islam seperti haiwan yg
boleh dijinakkan. "


"Mereka
mahu umat islam seperti burung yg dilatih supaya pandai berkata-kata.  Dan jadi seperti anjing yg taat kpd
tuannya"

Hasil
usahanya hampir berjaya bersama W
AHABI.

"Kerana,
jika amalan mulia sunnah bagi membersihkan hati kita jauhi,
Hati kita akan kotor rosak binasa dan hati yg rosak akan menyebabkan ROH@JIWA
kosong  sehingga akhirnya



AKAL
DIJAJAH oleh NAFSU"